Thursday, 21 February 2013

Keris Pertamaku

alhamdulillah..sedikit perkongsian tentang keris pertamaku..Keris Jalak Ruwoh Wafak Asma ul Husna..daku beli daripada Pedagang Merantau..puas hati daku..selama ni terliur tengok je..sekarang mampu milik..hulu tu terbalik sebenarnya..daku main-main,,tup-tup tersalah pusing..tapi now dah betulkan..gambar hulu yang sudah dibetulkan tak dapat nak masukkan sebab takda kabel nk transfer gambar dari henset murah ke laptop..tiada pengisian apa-apa ni..tak caya try la scan..

segak berdiri keris daku

lagi keris berdiri

dan lagi...

kerisku rehat berbaring..penat berdiri kot :)

ha,,ini lah dia kerisku diruang iklan..baru nampak wafak dia..wafak tembaga tu..selepas daku tengok gambar ni la baru tahu yang daku tersalah pusing hulunya..nasib baik..keris lurus..lawat blog ini untuk melihat gambar keris yang dimaharkan

p/s : keris berdiri atas keseimbangan..disandarkan sedikit pada sarungnya maka mampu berdiri..tiada unsur mistik

Masjid Kuala Dulang

melawat masjid tertua di daerah Jelebu, Negeri Sembilan..sambil duduk tawajjuh..sejarahnya boleh tengok video youtube ini



disini pula beberapa gambar yang sempat daku snap..terlupa nak ambil gambar pintu depan masjid la pulok..takpe la..layan
diceritakan oleh nenek daku..pada zaman semasa tabuh ini boleh digunakan..bunyinya sampai berkilometer jauhnya..mistik ka?? tidaklah..bunyi kompang pun jauh boleh dengar..inikan pula bunyi tabuh..tak caya try tanya pemain kompang..daku main kompang dulu time belasan tahun

tak tahu la apa dalam tu..

sedikit info tentang tabuh sejarah

gambar dari sisi

ruang dalam masjid tempat daku duduk tawajjuh dan seterusnya sempat berjemaah solat zohor..siap ada air-cond tau masjid ni..tapi daku malu nak on air-cond..on kipas angin sudah lerr

disini tempat daku snap gambar tabuh dari pandangan sisi tadi

ini mungkin ruangan untuk majlis gotong royong masak memasak

jadual mingguan aktiviti masjid


senang sahaja hendak ke masjid ni..dapat jalan ke Kampung Dulang,,dapat la ke masjid ni

Wednesday, 20 February 2013

Blog Perkongsian Ilmu

lama jugak la daku follow blog ni..layan..banyak gak dapat ilmu..klik kat sini

Friday, 4 January 2013

Lagu Mengusik Hati




Lirik Lagu M Nasir – Langgam Pak Dogo Lyrics

Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung berpaulan diambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana
Apa hikmah tersemat di balik perintah!
Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul (duk nengu sugul )
Adat wira harus tahan uji
Ya kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti
Langgam Dogol langgam keramat
Bisik-bisik dalam kelambu
Lagak bodoh tapi tapi bersengat
Sambil elak (bila ngelik ) dia main siku
Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh !
Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh
Bersambunglah petir (litar) berdentum dentam
Hujan tak turun laut berlimpahan
Asyik (ghalik) merancang dendam seribu malam
Siang menerang semakin berganda rawan
(koho sie koho bergande rawe)
Keronsang terlekat kerana peniti
Hujan pelangi pula sebabkan igauan
Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan
Dikandung badan !
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang

bagus juga lagu ni..liriknya memberi mesej perjalanan seorang salik...itu dari pendapat daku la..daku bukan pandai sangat berseni..sesama kita memahaminya dari sudut yang lebih mendalam..layan...

update 7 Januari 2013 :


Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul (duk nengu sugul )
Adat wira harus tahan uji

lumrah perjalanan dunia pasti akan berpindah alam..maka janganlah kita berlagak pandai..ataupun syok sendiri dalam menjadi umat Muhammad..kebiasaan kita belum tentu benar jalannya..jalan ikutan ramai belum tentu boleh dijadikan ikutan..ingatlah dalam 73 puak hanya 1 puak sahaja yang benar..1 puak inilah yang ramai berburuk sangka,,ramai yang mengatakan sesat kerana jalannya lain dari kebanyakan..1 puak inilah yang galak ditentang oleh iblis serta pengikutnya yg terdiri daripada jin mahupun manusia..sudah menjadi adat lumrah orang beriman itu akan diuji..maka persiapkanlah ilmu mendapat cahaya iman..mengenal sahabat yang wajib dikenal..sahabat yang paling boeh dipercayai..menghubungkan kita dengan Pencipta...

Ya kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti

setiap insan mempunyai teman yang rapat..yang setia..jika jalan kita benar,,maka kita akan dipertemukan dengan teman ini..mengikut pengajaran daku teman ini ialah roh,,malaikat serta Nur Muhammad..mengenal makhluk yang tiada binasa..mendapat kasih sayang serta pemeliharaan Allah..bersungguh-sungguh dalam mencari iman sebenar-benar iman..tiada kira berapa banyak dugaan dan cabaran harus kita tempuhi bagi mendapatkan iman..iman itu adalah cahaya..temukan cahaya iman ini sebagai bukti kita umat Muhammad

ini antara pemahaman daku tentang lagu ini..faham sikit-sikit ajelah..daku ini baru nak belajar..banyak dosa serta sifat mazmumah dalam diri yang tidak dibuang..tapi daku tiada boleh putus asa dengan rahmatNya..doakan daku wahai saudaraku...

Assalamualaikum 



Tuesday, 1 January 2013

Perubahan Alamat Blog MKFAI

tahun 2013 dengan nafas baru serta wajah baru..dikatakan pada tahun ini modul keilmuan lebih kepada berbentuk kerezekian..ada masa dan fulus,,join la bengkel ni yaa..bagi saya memang tidak rugi join..sila lawat blognya disini..

selamat menuntut ilmu..samoga kita dipelihara Allah..diberkati segala ilmu kita..doakan jua daku yaa??

daku si budak kecil yang baru belajar :-)

Sunday, 16 December 2012

Lagi Blog Keilmuan yang Menarik

Assalamualaikum.. :)

daku dulu ada dengar..nama Allah ni banyak..terlalu banyak..bukan hanya 99 sahaja..dan daku juga dengar dengan adanya nama Allah yg ke-100 yg menjadi rahsia bagi mereka yang tidak mengetahui seperti daku dan menjadi pegangan teguh bagi mereka yang diberi kefahaman oleh Allah..layan blog ni..baca sampai habis yaa..agak panjang coretan beliau..tapi bagi daku,,sungguh bermakna..daku ni hanya budak kecil yang tiada nilai apa..tiada dipandang oleh sesiapa..daku ini selalu lalai dan berbuat dosa..yang taubatku hanya lafas semata..daku mengaku khilaf diriku ini yang banyak perlu diperbetulkan..daku sedar hati daku tidak sebersih kalian..mohon doa daripada kalian agar daku dapat menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya..maaf andai tersalah kata..


Monday, 3 December 2012

Ilmu Mandraguna

ilmu ini under bengkel MKFAI..sebagai menghargai kesetian alumni MKFAI yg telah banyak join bengkel MKFAI,,maka pihak MKFAI telah merangka satu bengkel yang mempunyai pengisian ilmu yang tinggi..bengkel ini telah berlangsung pada 2hb Disember 2012 pada sebelah pagi di Wisma Kohilal, Jalan Gombak..

antara isi kandungan bengkel ini ialah, ilmu mata helang ataupun ilmu scan,,ilmu doa karomah nabi khaidir baik untuk pemagaran diri dari sebarang bentuk anasir jahat..dan ilmu kekuatan badan..ada tiga ilmu kesemuanya dan segala ilmu ini mempunyai energy yg kuat seandainya kita mengamalkn secara istiqomah..yang paling menarik,,Ustaz Shahrin telah mengizinkan kami semua untuk mengijazahkan keilmuan ilmu kekuatan badan..alhamdulillah,,dapat juga daku menjadi guru kecil..mana tau ada jadi apa-apa nanti,,boleh la tolong isikan pada kaum kerabat keluarga..

alhamdulillah..satu ilmu yang bermanfaat..berbaloi pegi..ada yang menarik disini..daku telah boleh menghadirkan amarah..boleh lah jadi tukang demo untuk bengkel ilmu pertahanan diri nanti ni..hehehe..terpelanting terus daku..maklum la,,pemagaran dilakukan oleh seorang master..hehehe..selalu buat sendiri takde lah sampai terjatuh..ini manjang nak tumbuk je jatuh..jatuh je la kejanye den..

buat masa ini,,target nak fokus pada bengkel MKFAI dahulu..tahun depan plan nak ambil ilmu hulubalang,,kunci amalan dan satu program pada bulan ramadhan..semoga dipermudahkan..tak lama lagi cuti sebulan..cadang nak jumpa sifu..nak train buah pukul..lme tak train ni..bagi sesiapa yang berminat mahu join bengkel MKFAI,,click here for more details..

p/s : plan den nak ambil ilmu peringkat guru panca bayu kena postpone la rasanye..lambat lagi la kot..niat nak ambil master keilmuan ini suatu masa nanti..isnyaAllah..