Monday 13 May 2013

Program Kunci Ilmu MKFAI

akan datang...bengkel pada 19/5/2013..secara ringkasnya keilmuan ini untuk merangkumi keseluruhan ilmu yang kita sudah amal..senang cerita sebagai boossterr kepada keilmuan yang lain..sekiranya kita kurang beramal sesuatu ilmu,,tetapi kita perlu menggunakannya untuk waktu tertentu yang terdesak,,maka dengan kunci ilmu,,InsyaAllah dapat manfaat..akan diceritakan lagi pengalaman setelah selesai menghadiri bengkel ini  nanti

aduh,,keilmuan panca bayu tak terkejar laa..kena tunggu ada kerja la dulu..ambil tingkat master terus nanti..moga diizinkanNya

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bergerak daku dari pahang pada hari sabtu pagi dan sampai ke hentian bas pekeliling pada tengah harinya..solat zohor di surau disitu dan terus ke masjed jamek menaiki train..ada kawan menunggu disana..tak tahu jalan maa..ada kawan gak tolont tunjukkan jalan..kekeke..sempat la jalan2 sekitar sogo,jalan tar n jalan masjid india..ok la..sedap gak tengok orang ramai ni..kurus kunci ilmu ni pada hari ahad pagi..jadi daku terpaksa bermalam semalam disini..daku bermalam di wangsa maju..nak ke ukay perdana keesokan harinya..puas juga la nak cari tempat bengkel ni..maklum lah,,sebelum ni dibuat di wisma kohilal jalan gombak..ni tempat baru..kalau di wisma kohilal dulu dekat je dari hentian bas pekeliling..senang juga nak pergi..sini ada sikit susuh untuk daku pergi tetapi ini tidak menghalang daku untuk menuntut ilmu..

berbaloi juga rasanya ke bengkel ini..pengaktifan ilmu dibuat pada masa bengkel..kami pun berzikir beramai2..amalan zikirnya tidak dapatlah disematkan disini..kena pergi bengkel la..senang saja..dan zikirnya pun yang kita familiar..kunci ilmu ini juga tiada amalan harian..lepas aktif terus settle..tapi dinasihatkan sehari ada la sekali amal,,nanti terlupa pulak..kebaikan kunci ilmu ini ialah multifungsi,,booster dan ringkas..sebagai contoh ada ilmu yang belum habis jazam,,tetapi kita mahu guna,,maka baca kunci ilmu dan baca amalan yg kita mahu guna..insyaAllah diperkenankan..

sekarang target daku pada kursus acupinology pada bulan ramadhan nanti..alang-alang tu ada majlis berbuka puasa MKFAI..menariknya,,sejam sebelum berbuka akan diadakan sesi terawangan ke Mekah..hehehe..daku memang dari dulu lagi suka ilmu terawangan ni..moga dipermudahkan...

apa itu acupinology?? ilmu terawangan?? taktau2..hehehe :P

Sunday 10 March 2013

Seminar Kerambit Silat Harimau Berantai

alhamdulillah selesai daku join seminar ini pada 10/3/2013..daku telah diajar beberapa teknik dalam menghadapi lawan tangan kosong dan serangan senjata kerambit..banyak woo teknik but kalau faham,,bereh je..yang penting kena faham ibu dia..susah mau cakap laa..mahu tau kena join la seminar..dari serangan tangan sampai serangan kaki..terbaik la Guru Wan Yusmar..daku berkenan betul cara beliau mengajar..pada pendapat daku,,untuk senang faham permainan ini kena ada basic buah pukul sikit..baru leh faham..sebenar buah tiada buah..kekekekeke..

jumpa juga dengan seorang peminat lian disini..kebetulan mengajar silat olahraga di universiti tempat daku belajar..daku tanpa membuang masa terus pinang beliau sekiranya boleh mengajar daku ilmu lian nanti..beliau kata ok je..tapi beliau ada beritahu "belajar silat olahraga dulu bagi berani sparing baru kita belajar buah pukul"..xpe la kan?? nakkan ilmu kita redah je la..ada gak manfaat join silat olaharaga ni..mahu datang kasi kol sama dia..hari khamis malam katanya..insyaAllah daku akan join..daku takda snap gambar..kamera henset murah..malu nak snap..hehehe..tapi nanti daku snap gambar kerambit latihan serta baju latihan Silat Harimau Berantai yang daku beli

Buah pukul sodap tapi nak belajar kena tahan sakit kena pukul la kan?? :P

Sunday 3 March 2013

Sabah

kenapa mahu ambil sabah?? kami sayang sabah..janganlah ada perang..susah hidup tatkala tidak aman..tanya la atok2 n nenek2 disaat darurat dulu..takut tiap saat..adakah sanggup berjuang?? yang den belajar dulu..mahu syahid kena ada niat yang betul yang kekal dan ilmu..if x,,mati katak nanti..jangan gaduh2..

daku budak kecil tak cukup ilmu mahu berjuang..janganlah ada perang..bersama kita berdoa agar kita dijauhkan daripada peperangan..tetapi jika sudah terpaksa tiada boleh berbuat apa..terpaksa jua berjuang..tiada boleh melarikan diri lagi

Ayat Empat

lama juga dapat amalan ini..antara amalan perang yang hebat..dikatakan multifungsi juga..ada banyak level amalan..mengikut guru masing-masing..kali pertama daku diijazahkan oleh sifuku..sifuku ijazahkan sampai level kedua..but daku mampu jazam sampai level 1 je..level 2 sangkut ditengah jalan..ijazah yang kedua daku perolehi daripada Tok Belagak DarulSaka..ada 3 level..still sama..level satu saja lepas..walhal nak kata berat sangat takde la jugak..tapi tak lepas jua..mungkin ada hikmahnya ataupun memang daku ni memang tak layak..sekarang daku mahu cuba semula..mahu amal ikut cara Tok Belagak..moga dipermudahkan Allah..

p/s : time kuat amal level 1 dulu..boleh tahan juga masin mulut..minta je jadi..minta je jadi..haaa,,,,den bukan wali..ada 2 kemungkinan..pertama memang kurniaan Allah..kedua mungkin ujian daku..niat mahu kena jaga maa..ikhlaskan hati..beramal kerana Allah tau

Thursday 21 February 2013

Keris Pertamaku

alhamdulillah..sedikit perkongsian tentang keris pertamaku..Keris Jalak Ruwoh Wafak Asma ul Husna..daku beli daripada Pedagang Merantau..puas hati daku..selama ni terliur tengok je..sekarang mampu milik..hulu tu terbalik sebenarnya..daku main-main,,tup-tup tersalah pusing..tapi now dah betulkan..gambar hulu yang sudah dibetulkan tak dapat nak masukkan sebab takda kabel nk transfer gambar dari henset murah ke laptop..tiada pengisian apa-apa ni..tak caya try la scan..

segak berdiri keris daku

lagi keris berdiri

dan lagi...

kerisku rehat berbaring..penat berdiri kot :)

ha,,ini lah dia kerisku diruang iklan..baru nampak wafak dia..wafak tembaga tu..selepas daku tengok gambar ni la baru tahu yang daku tersalah pusing hulunya..nasib baik..keris lurus..lawat blog ini untuk melihat gambar keris yang dimaharkan

p/s : keris berdiri atas keseimbangan..disandarkan sedikit pada sarungnya maka mampu berdiri..tiada unsur mistik

Masjid Kuala Dulang

melawat masjid tertua di daerah Jelebu, Negeri Sembilan..sambil duduk tawajjuh..sejarahnya boleh tengok video youtube ini



disini pula beberapa gambar yang sempat daku snap..terlupa nak ambil gambar pintu depan masjid la pulok..takpe la..layan
diceritakan oleh nenek daku..pada zaman semasa tabuh ini boleh digunakan..bunyinya sampai berkilometer jauhnya..mistik ka?? tidaklah..bunyi kompang pun jauh boleh dengar..inikan pula bunyi tabuh..tak caya try tanya pemain kompang..daku main kompang dulu time belasan tahun

tak tahu la apa dalam tu..

sedikit info tentang tabuh sejarah

gambar dari sisi

ruang dalam masjid tempat daku duduk tawajjuh dan seterusnya sempat berjemaah solat zohor..siap ada air-cond tau masjid ni..tapi daku malu nak on air-cond..on kipas angin sudah lerr

disini tempat daku snap gambar tabuh dari pandangan sisi tadi

ini mungkin ruangan untuk majlis gotong royong masak memasak

jadual mingguan aktiviti masjid


senang sahaja hendak ke masjid ni..dapat jalan ke Kampung Dulang,,dapat la ke masjid ni

Wednesday 20 February 2013

Blog Perkongsian Ilmu

lama jugak la daku follow blog ni..layan..banyak gak dapat ilmu..klik kat sini