Saturday 31 December 2011

Ilmu Baru yang telah Dicapai

baru-baru ni dapat 2 lagi keilmuan hikmah..seperti yang dimaklumkan sebelum ni,,iaitu ilmu gerak gayuman umaiyyah peringkat guru..ilmu pengunci zahir dan batin musuh peringkat murid..amik jarak jauh je..now kan musim study week..pengalaman yang best walaupun baru je dapat..yang paling dapat rasa energy tu,,keilmuan gerak gayuman umaiyyah..sakit kepala woo..agaknye energy minta dilepaskan..time ni belum lagi buat amalan pengijazahan..dah dapat rase semangat lain macam..nak 'gerak' je..pada malam nya baru buat amalan pengijazahan..lepas tu try main 'gerak'..sedap gak..coz time baca amalan die,,semangat naik..wow..hehehe..dah terasa dah umph die..tapi kena selalu ingat la..kelebihan ni di gunakan untuk kebaikan..

tak lama lagi cuti sem..time cuti nanti nak belajar Silat Kebatinan Gayong Harimau Nurul Haq pulak..kursus selama 3 hari dan khatam..mahar RM380 termasuk makan dan tempat menginap..hehehe..murahnye..sebab tu la daku nak join..ni pun kalau family izinkan..kalau tak,,amik kursus jarak jauh je la..tapi mengharap sangat dapat..selain itu,,daku juga hendak menghadap mursyid Ustaz Ismail..nak berbai'ah dengan beliau..belajar amalan syahadat..diriku ini jahil teramat..dosa setiap detik buat..taubat nye ntah berapa minit je..sama-sama la kita mencari ilmu..ilmu yang berguna di dunia dan terutamanya di akhirat sana..

p/s : ada dengar tak sesiapa berkata yang memang tak lama sahaja lagi,,akan berlaku proses perubahan ke arah membentuk Daulah Islamiah sebagai persiapan menyambut kedatangan Imam Mahdi?? ada dengar?? maksudnya,,kemungkinan Imam Mahdi akan muncul dalam tempoh 1 atau 3 abad lagi..lebih kurang la plus minus nya..ada tak dengar?? den banyak kali dengar ni

Sunday 25 December 2011

Ilmu Dari Blog Lain

Alhamdulillah,,ramai guru sekarang yang sudah memunculkan diri..maka lebih mudah insan seperti hamba ini untuk belajar..amalan yang mudah dah tidak panjang..hanya perlu istiqomah sahaja..telah di akui oleh pemberi ijazah..sila lawat blog ini..selamat beramal!!! daku baru hari ini start beramal ayat ini..mohon Allah bantu hamba yang lemah ini pada setiap detik..kerana hamba setiap detik lemah

Friday 16 December 2011

Jurus

diri ini sebenarnya tak de belajar ilmu jurus atau pun pukulan jarak jauh yang spesifik..latihan hanya bersumberkan energi keilmuan langkah hikmah panglima sahaja..dulu sifu ada ajar siket jurus-jurus ni..ada lah senaman pernafasan sekali..bagi ada rasa siket kat tangan tu..bagi datang yakin..

bila dah lama tak buat,,maka diriku cube la try..time buat senaman nafas tu dah rase efek die..kepala dah pening..nasihat sifu,,kalau rasa pening tu,,kurangkan sedut nafas tu..tapi daku saje nak rase efek die..sedut lagi dalam-dalam..sambil makhrifat kan energi mengalir menyelaputi tubuh daku yang kering ni..habis buat senaman,,buat latihan jurus..train 1 jurus je..malas buat banyak-banyak..hehehe..macam banyak je jurus yang den blaja..dah la train 1 jurus,,sekejap je lak tu..hmm,,jd la kan??

habis je train,,mula rasa loya..macam orang ngandung lak..ni efek tadi la ni..kata diriku dalam hati..ada masa nak belajar ilmu menjurus ni..sebagai persediaan..

bilik daku takde orang ni..masa yang sesuai train silat gerak..

Thursday 15 December 2011

Langkah Hikmah Panglima

sifu daku dah ada bercadang mahu mengijazahkan kembali ilmu langkah hikmah panglima..salah satu kelebihan yang akan diperolehi daripada ilmu ini ialah dapat bersilat tanpa guru @ silat gerak..jika ada sesiapa berminat boleh lah tinggalkan nama dan no telefon..tentang mahar pulak,,rujuk entry ini..semoga memberi manfaat

Tuesday 13 December 2011

Antara Keilmuan yang Mungkin Akan Dipelajari

tak lama lagi dah nak final exam..lepas final exam,,maka cuti sem sebulan..dah menjadi kebiasaan bagi diri ini apabila cuti sem,,akan ada proses pembelajaran ilmu..sama ada zahir mahupun batin..tapi bagi cuti kali ini,,daku ingin mendalami keilmuan batin..antara yang menarik minat daku ialah:

1) PUKULAN PANCA BAYU MURNI– TAHAP IV (GURU BESAR)-RM380
2)GERAK GAYUNGMAN UMAIYYAH (tahap Guru)-RM50
3) ILMU MENGUNCI SEGALA KUASA ATAU TENAGA MUSUH (tahap Guru)-RM50

kira jumlah semua sekali dalam RM480..betul tak??? elok hadir sendiri la menghadap guru..ye tak?? baru boleh rasa aura..hehehe..ni la antara ilmu yang mempunyai mahar yang murah..ingat entry sebelum ni?? murah ooo...mula ingat nak amik tahap guru kebatinan..yang terhad 50 orang je tu..tapi,,tak pe la..tukar plan..sila click untuk pergi ke blog yang hamba maksudkan..rasa macam nak belajar Silat Kebatinan Gayong Harimau Nurul Haq..kursus selama 3 hari 2malam..tengok la dulu macam mana..




Monday 12 December 2011

Borink

bila sifu dah tarik diri untuk mengajar,,diri ini rase borink lak..yela,,takkan nak duduk umah je..nak gak jalan-jalan cari ilmu..now dri ini cari ilmu dekat internet je la..ni la yang senang bila dah moden..ada je guru yang sudi mengajar..kalau zaman dulu,,memang kena mendaki gunung bagai la baru boleh jumpa guru yang nak mengajar..

adakah mereka ini mengejar kemewahan dan nama??? jangan salah sangka saudaraku..antara tujuan para guru ini adalah kerana mahu berkongsi ilmu..agar kita semua boleh menjaga diri..ni salah satu je..banyak lagi sebab yang hanya diketahui oleh mereka sahaja..kenapa ada mahar??? senang je..ingat senang ke guru tu nak dapat sesuatu ilmu?? kita ni senang je dapat..at least kena la berkorban siket..baru la dapat rasa yang ilmu tu berharga..

ada seorang abang seguru yang duduk dekat dengan tempat diri ini belajar..die pun dah offer,,kalau ada free,,bagitau die..boleh training Pukulan Mat Kelang..memang rasa nak ajak je,,tapi kesian lak tengok dia..dia kena berkorban datang pegi kat diri ini..lagi satu masalah,,sekarang dah dekat nak final exam..tak pe lah,,nanti-nanti diri ini cuba untuk berjumpa..belanja beliau makan ciket..

saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan..

time cuti sem nanti bercadang nak pegi melawat Guru Nurulzaman dengan mursyid beliau,,Ustaz Ismail..nak berbai'ah amalan syahadat..belajar nak jadi mukmin..dah ajak sorang kawan dah..die pun dah confirm nak follow sekali..elok sangat la tu

moga dipermudahkan..aminn...

Friday 9 December 2011

Blog Keilmuan hikmah

jumpa satu blog yang menawarkan ilmu hikmah yg mempunyai mahar yg murah gila!!!!! adoi,,rambang mata tengok...jarak jauh pun leh blaja..arghhh

Entry Yang menarik berkenaan Pukulan Mat Kelang

Didalam latihan Warisan Pukulan Mat Kelang(WPMK), perkara pertama yang diambil perhatian untuk murid baru adalah latihan belebat atau asas. Disini pengamal akan didedahkan dengan latihan berbentuk drill yang boleh diamalkan di gelanggang dan rumah. Latihan ini bermula dari pengenalan buah Hujung iaitu pengenalan bentuk senjata tangan yang digunakan. Kebiasaannya, guru tidak akan menunjukkan bentuk buah Hujung yang berlainan pada murid baru, sebaliknya hanya menunjukkan Buah hujung Genggam menumbuk iaitu kepalan secara songsang(menggunakan BUKU LIMA UNTUK MENGENA). Namun dalam memberi pengenalan buah Hujung ini, sewajarnya ia perlu diberi penerangan ringkas mengenai pelbagai bentuk buah hujung asas seperti dibawah:

1. Genggam Penumbuk
2. Tetak
3. Tampar dan Telapak
4. Cucuk @ Tikam
Terdapat juga buah Hujung tambahan yang akan diberikan kepada murid apabila sampai waktunya.

Didalam latihan Belebat juga, kita akan didedahkan kepada KAEDAH belebat iaitu Songket, Sebat, Buah Sulong dan Tunda. Namun, kebanyakan guru-guru WPMK hanya menumpu kepada Songket dan sebat, kerana ia sangat penting dalam WPMK ini. Perkara ini memang terjadi juga kepada saya semasa berlatih dengan Guru Abbas dan Guru Leman. Kepentingan dua buah ini akan merujuk kepada kepentingan "Ibu Pukulan". Mengikut WPMK ini, terdapat 7 Belebat selain dari 4 diatas.

Seterusnya Latihan akan berpindah kepada permainan Langkah asas yang terbahagi kepada 3 iaitu Langkah Satu(Maju-Undur), Langkah Dua(Melangkah-pusing) dan Pecah Empat. Meskipun begitu, 3 langkah ini adalah langkah belebat yang minima sekali diajar pada murid, memandangkan langkah WPMK ini ada 5 asas langkah kesemuanya dan 3 tambahan langkah untuk menjadi guru. Malahan ada beberapa langkah yang dipecah sehingga menjadi 2-4 langkah, kerana ia untuk memahirkan murid tersebut sehingga boleh bermain langkah campur. Sebenarnya didalam langkah ini, terdapat banyak intipati pengajaran Mat Kelang, namun dengan berlatih kelapan-lapan langkah, insyaAllah gerak kita didalam WPMK menjadi bertambah mahir dan cekap.

Berikut adalah langkah Asas yang disebutkan:

1. Langkah Satu(Maju dan Undur).
2. Langkah Dua( Melangkah Pusing).
3. Langkah Tiga(Tapak Tiga Dalam) 1, 2, 3 dan 4.
4. Langkah Empat(Pecah Empat) 1, 2 dan 3.
5. Langkah Lima(Perahu kolek dan Tapak tiga Luar) 1(2) dan 2.


Jika anda diajar 3 langkah sahaja instead 5 langkah, jangan bimbang kerana langkah itu akan diajar dalam latihan buah Asas, Pecahan dan Inti. Tapi kalau diajar Buah Asas sahaja, alamatnya: LU PIKIR LA SENDIRI...Bukan mudah sebenarnya untuk memastikan murid mendapat gerak sebenar seperti yang dihajati oleh guru-guru tua. Kebanyakan orang yang mengaku tahu tentang Mat Kelang mudah menyebut di lidah tentang sifat Mat Kelang seperti "Suka pukul aurat la","telur-mata la","Pukul telur la..."tetapi sebenarnya ia lebih dari itu,bukan semata itu. Apa yang pasti, jika betul pelaksanaan latihan dan penerangan, akan tepatlah kefahaman...

Wallaahu A'laam...

diperik dari blog Pukulan Mat Kelang

Wednesday 7 December 2011

Mencari Mursyid

dalam proses mencari mursyid..dah jumpa..mursyid kepada Guru Nurulzaman,,Ustaz Ismail namanye..tapi sebelum tu,,kena dapatkan confirmation dulu..sebelum nak pegi berguru,,kena dapat rasa seru dia dulu..dapat rasa banyak kali..lepas tu kena banyak buat solat istikharah..mohon pertunjuk daripada Allah..at least seminggu kena buat..solat istikharah kena buat banyak kali..tak boleh buat sekali je..sebab iblis akan mempermainkan kita nanti..buat banyak kali dan banyakkan berdoa..doa agar dipertemukan dengan guru mursyid yang dapat membimbing kita menuju jalan keredhaan Allah..kita kena ada usaha jadi mukmin..kita WAJIB jadi mukmin..

kita tengok seminggu dulu,,kalau betul petunjuk,,maka time cuti semester nanti akan ke Kuala Kangsar..nak berbai'ah dengan Ustaz Ismail..nak amik ijazah amalan syahadat..zikir Allah setiap masa dalam hati sampai dapat mendengar roh berzikir..dri ini tau konsep yg ringkas ni je..nak kena berguru jugak baru lagi paham..jangan main ikut syok sendiri je..pasti iblis intercept nanti..iblis tu senantiasa jelez tengok kita..dari zaman datuk Adam lagi sampai la sekarang..

bila dah sampai tahap mukmin nanti,,baru dapat dipelihara Allah..ni yang kita nak..dapat merasa kasih sayang Allah..moga dipermudahkan..kita ikut jalan ketuhanan pulak..asal diri ini mengambil jalan hikmah,,bila lama-lama,,dapat paham cket sebab utama segala kesaktian ini..kesaktian bukan tujuan tapi penyaksian dan perjalanan..

adakah dri ini akan meninggalkan segala ilmu hikmah selepas ini??? tidak sama sekali!!! akan diri ini istiqomah mengamalkan segala ilmu yang berguna dunia dan akhirat sampai bila-bila..Rasullullah dulu pendekar..kita kena ingat tu..jadi pendekar pun sunnah jugak..ye x?? salah tolong betulkan..sama-sama kita bersihkan hati yang TERLALU KOTOR ini..diri ini ada bercadang nak menuntut ilmu gayuman 9..hehe..gayuman 3 pun dah 2x fail..gayuman 9 tak tau lagi macam mana..

diri ini MAKHLUK PALING BERDOSA,,tapi ALLAH TETAP BAGI NIKMAT padaku..malu rasanya..dah sampai masanya daku berubah..daku mahu jadi mukmin..nak pikul amanah yang telah di amanahkan Allah..

kredit to my sifu..he open my view on what are 'we' all about...

Saturday 3 December 2011

Rambang Mata

rambang mataku pabila melihat tawaran belajar ilmu hikmah yang murah ni..ilmu power lak tu..bukan ilmu anak kecik..masalahnya ilmu yang siket ni pun lum dapat nak istiqomah dengan sepenuhnya..amalan langkah hikmah panglima je yang selama ini boleh istiqomah..yang lain tu,,kejap ada,,kejap tak da..apara diri ini..kata nak jadi pendekar yang boleh mempertahankan agama,,tapi beramal malaz....pastu sibuk nak cari ilmu yang lain..istiqomahkan yang ada ni dulu..dah ok nanti baru cari tambah..ada paham diri ini???

makluman,,diriku ini buklan guru..baru belajar..nampak cara tulis macam guru kan??? ada ilmu nya tu..ilmu memandai-mandai tulis..:p

blog ni dah jadi diari dah..tempat meluah perasaan..yela,,bukan ada orang baca pun..tu yang sodap tu..tapi kalau ada yang TERbaca,,terima kasih banyak2..hamba memang budak lagi dalam dunia keilmuan hikmah..mohon tunjuk ajar dari guru di luar sana yang dah bertaraf pendekar yang alim..
.
.
.

Kehilangan Seorang Guru Buah Pukul

Al-Fatihah kepada Pak Atan,Guru Gayang Lima..ikuti blog Gayang Lima ini..yang pergi takkan kembali lagi disini..kita disini,,siapkan bekal moga dapat berjumpa disana..semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama dengan para penghuni syurga..

Kisah Israiliyyat Dan Jahiliyah: Perawat Mencemarkan Al-Quran Dan Islam

Sumber 1 (Jahiliyah): Sirah Yang Mana Seorang Putera Jin Yang Aamantu Billaah (beriman Kepada Allah) yang sudah hidup sejak dari zaman Nabi Allah Nuh As lagi, yang bermukim (tinggal) di Bukit Thursina, yang dengan mudahnya memancung Jin Kafir (Syaitan) yang merasuk dalam patung sembahan Arab Quraisy Jahiliyah (Patung bernama Lata dan Uzza) yang mana sebelum itu patung itu bersuara (suara syaitan Yang merasuk sebenarnya) lalu menyebarkan fitnah kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melalui patung Lata dan Uzza itu. Kejadian Ini diketahui oleh Putera Jin Itu, apabila Putera Jin itu terSerempak dengan syaitan itu, beliau tanpa ragu-ragu terus pancung syaitan Itu. Tidak lama seLepas itu, beliau berJumpa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Beliau sendiri menawarkan bantuan pada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam usaha dakwah, dengan cara beliau masuk ke dalam patung Lata dan Uzza, lalu bersuara menyatakan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam...

petikan ini diambil dari blog ini..sila rujuk blog ini untuk maklumat yang lebih lanjut..

sebelum tu,,hamba mahu memohon maaf kerana hamba juga ada melakukan kesilapan dalam posting hamba yang lepas..tapi hamba telah edit semula..