Saturday 31 December 2011

Ilmu Baru yang telah Dicapai

baru-baru ni dapat 2 lagi keilmuan hikmah..seperti yang dimaklumkan sebelum ni,,iaitu ilmu gerak gayuman umaiyyah peringkat guru..ilmu pengunci zahir dan batin musuh peringkat murid..amik jarak jauh je..now kan musim study week..pengalaman yang best walaupun baru je dapat..yang paling dapat rasa energy tu,,keilmuan gerak gayuman umaiyyah..sakit kepala woo..agaknye energy minta dilepaskan..time ni belum lagi buat amalan pengijazahan..dah dapat rase semangat lain macam..nak 'gerak' je..pada malam nya baru buat amalan pengijazahan..lepas tu try main 'gerak'..sedap gak..coz time baca amalan die,,semangat naik..wow..hehehe..dah terasa dah umph die..tapi kena selalu ingat la..kelebihan ni di gunakan untuk kebaikan..

tak lama lagi cuti sem..time cuti nanti nak belajar Silat Kebatinan Gayong Harimau Nurul Haq pulak..kursus selama 3 hari dan khatam..mahar RM380 termasuk makan dan tempat menginap..hehehe..murahnye..sebab tu la daku nak join..ni pun kalau family izinkan..kalau tak,,amik kursus jarak jauh je la..tapi mengharap sangat dapat..selain itu,,daku juga hendak menghadap mursyid Ustaz Ismail..nak berbai'ah dengan beliau..belajar amalan syahadat..diriku ini jahil teramat..dosa setiap detik buat..taubat nye ntah berapa minit je..sama-sama la kita mencari ilmu..ilmu yang berguna di dunia dan terutamanya di akhirat sana..

p/s : ada dengar tak sesiapa berkata yang memang tak lama sahaja lagi,,akan berlaku proses perubahan ke arah membentuk Daulah Islamiah sebagai persiapan menyambut kedatangan Imam Mahdi?? ada dengar?? maksudnya,,kemungkinan Imam Mahdi akan muncul dalam tempoh 1 atau 3 abad lagi..lebih kurang la plus minus nya..ada tak dengar?? den banyak kali dengar ni

Sunday 25 December 2011

Ilmu Dari Blog Lain

Alhamdulillah,,ramai guru sekarang yang sudah memunculkan diri..maka lebih mudah insan seperti hamba ini untuk belajar..amalan yang mudah dah tidak panjang..hanya perlu istiqomah sahaja..telah di akui oleh pemberi ijazah..sila lawat blog ini..selamat beramal!!! daku baru hari ini start beramal ayat ini..mohon Allah bantu hamba yang lemah ini pada setiap detik..kerana hamba setiap detik lemah

Friday 16 December 2011

Jurus

diri ini sebenarnya tak de belajar ilmu jurus atau pun pukulan jarak jauh yang spesifik..latihan hanya bersumberkan energi keilmuan langkah hikmah panglima sahaja..dulu sifu ada ajar siket jurus-jurus ni..ada lah senaman pernafasan sekali..bagi ada rasa siket kat tangan tu..bagi datang yakin..

bila dah lama tak buat,,maka diriku cube la try..time buat senaman nafas tu dah rase efek die..kepala dah pening..nasihat sifu,,kalau rasa pening tu,,kurangkan sedut nafas tu..tapi daku saje nak rase efek die..sedut lagi dalam-dalam..sambil makhrifat kan energi mengalir menyelaputi tubuh daku yang kering ni..habis buat senaman,,buat latihan jurus..train 1 jurus je..malas buat banyak-banyak..hehehe..macam banyak je jurus yang den blaja..dah la train 1 jurus,,sekejap je lak tu..hmm,,jd la kan??

habis je train,,mula rasa loya..macam orang ngandung lak..ni efek tadi la ni..kata diriku dalam hati..ada masa nak belajar ilmu menjurus ni..sebagai persediaan..

bilik daku takde orang ni..masa yang sesuai train silat gerak..

Thursday 15 December 2011

Langkah Hikmah Panglima

sifu daku dah ada bercadang mahu mengijazahkan kembali ilmu langkah hikmah panglima..salah satu kelebihan yang akan diperolehi daripada ilmu ini ialah dapat bersilat tanpa guru @ silat gerak..jika ada sesiapa berminat boleh lah tinggalkan nama dan no telefon..tentang mahar pulak,,rujuk entry ini..semoga memberi manfaat

Tuesday 13 December 2011

Antara Keilmuan yang Mungkin Akan Dipelajari

tak lama lagi dah nak final exam..lepas final exam,,maka cuti sem sebulan..dah menjadi kebiasaan bagi diri ini apabila cuti sem,,akan ada proses pembelajaran ilmu..sama ada zahir mahupun batin..tapi bagi cuti kali ini,,daku ingin mendalami keilmuan batin..antara yang menarik minat daku ialah:

1) PUKULAN PANCA BAYU MURNI– TAHAP IV (GURU BESAR)-RM380
2)GERAK GAYUNGMAN UMAIYYAH (tahap Guru)-RM50
3) ILMU MENGUNCI SEGALA KUASA ATAU TENAGA MUSUH (tahap Guru)-RM50

kira jumlah semua sekali dalam RM480..betul tak??? elok hadir sendiri la menghadap guru..ye tak?? baru boleh rasa aura..hehehe..ni la antara ilmu yang mempunyai mahar yang murah..ingat entry sebelum ni?? murah ooo...mula ingat nak amik tahap guru kebatinan..yang terhad 50 orang je tu..tapi,,tak pe la..tukar plan..sila click untuk pergi ke blog yang hamba maksudkan..rasa macam nak belajar Silat Kebatinan Gayong Harimau Nurul Haq..kursus selama 3 hari 2malam..tengok la dulu macam mana..




Monday 12 December 2011

Borink

bila sifu dah tarik diri untuk mengajar,,diri ini rase borink lak..yela,,takkan nak duduk umah je..nak gak jalan-jalan cari ilmu..now dri ini cari ilmu dekat internet je la..ni la yang senang bila dah moden..ada je guru yang sudi mengajar..kalau zaman dulu,,memang kena mendaki gunung bagai la baru boleh jumpa guru yang nak mengajar..

adakah mereka ini mengejar kemewahan dan nama??? jangan salah sangka saudaraku..antara tujuan para guru ini adalah kerana mahu berkongsi ilmu..agar kita semua boleh menjaga diri..ni salah satu je..banyak lagi sebab yang hanya diketahui oleh mereka sahaja..kenapa ada mahar??? senang je..ingat senang ke guru tu nak dapat sesuatu ilmu?? kita ni senang je dapat..at least kena la berkorban siket..baru la dapat rasa yang ilmu tu berharga..

ada seorang abang seguru yang duduk dekat dengan tempat diri ini belajar..die pun dah offer,,kalau ada free,,bagitau die..boleh training Pukulan Mat Kelang..memang rasa nak ajak je,,tapi kesian lak tengok dia..dia kena berkorban datang pegi kat diri ini..lagi satu masalah,,sekarang dah dekat nak final exam..tak pe lah,,nanti-nanti diri ini cuba untuk berjumpa..belanja beliau makan ciket..

saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan..

time cuti sem nanti bercadang nak pegi melawat Guru Nurulzaman dengan mursyid beliau,,Ustaz Ismail..nak berbai'ah amalan syahadat..belajar nak jadi mukmin..dah ajak sorang kawan dah..die pun dah confirm nak follow sekali..elok sangat la tu

moga dipermudahkan..aminn...

Friday 9 December 2011

Blog Keilmuan hikmah

jumpa satu blog yang menawarkan ilmu hikmah yg mempunyai mahar yg murah gila!!!!! adoi,,rambang mata tengok...jarak jauh pun leh blaja..arghhh

Entry Yang menarik berkenaan Pukulan Mat Kelang

Didalam latihan Warisan Pukulan Mat Kelang(WPMK), perkara pertama yang diambil perhatian untuk murid baru adalah latihan belebat atau asas. Disini pengamal akan didedahkan dengan latihan berbentuk drill yang boleh diamalkan di gelanggang dan rumah. Latihan ini bermula dari pengenalan buah Hujung iaitu pengenalan bentuk senjata tangan yang digunakan. Kebiasaannya, guru tidak akan menunjukkan bentuk buah Hujung yang berlainan pada murid baru, sebaliknya hanya menunjukkan Buah hujung Genggam menumbuk iaitu kepalan secara songsang(menggunakan BUKU LIMA UNTUK MENGENA). Namun dalam memberi pengenalan buah Hujung ini, sewajarnya ia perlu diberi penerangan ringkas mengenai pelbagai bentuk buah hujung asas seperti dibawah:

1. Genggam Penumbuk
2. Tetak
3. Tampar dan Telapak
4. Cucuk @ Tikam
Terdapat juga buah Hujung tambahan yang akan diberikan kepada murid apabila sampai waktunya.

Didalam latihan Belebat juga, kita akan didedahkan kepada KAEDAH belebat iaitu Songket, Sebat, Buah Sulong dan Tunda. Namun, kebanyakan guru-guru WPMK hanya menumpu kepada Songket dan sebat, kerana ia sangat penting dalam WPMK ini. Perkara ini memang terjadi juga kepada saya semasa berlatih dengan Guru Abbas dan Guru Leman. Kepentingan dua buah ini akan merujuk kepada kepentingan "Ibu Pukulan". Mengikut WPMK ini, terdapat 7 Belebat selain dari 4 diatas.

Seterusnya Latihan akan berpindah kepada permainan Langkah asas yang terbahagi kepada 3 iaitu Langkah Satu(Maju-Undur), Langkah Dua(Melangkah-pusing) dan Pecah Empat. Meskipun begitu, 3 langkah ini adalah langkah belebat yang minima sekali diajar pada murid, memandangkan langkah WPMK ini ada 5 asas langkah kesemuanya dan 3 tambahan langkah untuk menjadi guru. Malahan ada beberapa langkah yang dipecah sehingga menjadi 2-4 langkah, kerana ia untuk memahirkan murid tersebut sehingga boleh bermain langkah campur. Sebenarnya didalam langkah ini, terdapat banyak intipati pengajaran Mat Kelang, namun dengan berlatih kelapan-lapan langkah, insyaAllah gerak kita didalam WPMK menjadi bertambah mahir dan cekap.

Berikut adalah langkah Asas yang disebutkan:

1. Langkah Satu(Maju dan Undur).
2. Langkah Dua( Melangkah Pusing).
3. Langkah Tiga(Tapak Tiga Dalam) 1, 2, 3 dan 4.
4. Langkah Empat(Pecah Empat) 1, 2 dan 3.
5. Langkah Lima(Perahu kolek dan Tapak tiga Luar) 1(2) dan 2.


Jika anda diajar 3 langkah sahaja instead 5 langkah, jangan bimbang kerana langkah itu akan diajar dalam latihan buah Asas, Pecahan dan Inti. Tapi kalau diajar Buah Asas sahaja, alamatnya: LU PIKIR LA SENDIRI...Bukan mudah sebenarnya untuk memastikan murid mendapat gerak sebenar seperti yang dihajati oleh guru-guru tua. Kebanyakan orang yang mengaku tahu tentang Mat Kelang mudah menyebut di lidah tentang sifat Mat Kelang seperti "Suka pukul aurat la","telur-mata la","Pukul telur la..."tetapi sebenarnya ia lebih dari itu,bukan semata itu. Apa yang pasti, jika betul pelaksanaan latihan dan penerangan, akan tepatlah kefahaman...

Wallaahu A'laam...

diperik dari blog Pukulan Mat Kelang

Wednesday 7 December 2011

Mencari Mursyid

dalam proses mencari mursyid..dah jumpa..mursyid kepada Guru Nurulzaman,,Ustaz Ismail namanye..tapi sebelum tu,,kena dapatkan confirmation dulu..sebelum nak pegi berguru,,kena dapat rasa seru dia dulu..dapat rasa banyak kali..lepas tu kena banyak buat solat istikharah..mohon pertunjuk daripada Allah..at least seminggu kena buat..solat istikharah kena buat banyak kali..tak boleh buat sekali je..sebab iblis akan mempermainkan kita nanti..buat banyak kali dan banyakkan berdoa..doa agar dipertemukan dengan guru mursyid yang dapat membimbing kita menuju jalan keredhaan Allah..kita kena ada usaha jadi mukmin..kita WAJIB jadi mukmin..

kita tengok seminggu dulu,,kalau betul petunjuk,,maka time cuti semester nanti akan ke Kuala Kangsar..nak berbai'ah dengan Ustaz Ismail..nak amik ijazah amalan syahadat..zikir Allah setiap masa dalam hati sampai dapat mendengar roh berzikir..dri ini tau konsep yg ringkas ni je..nak kena berguru jugak baru lagi paham..jangan main ikut syok sendiri je..pasti iblis intercept nanti..iblis tu senantiasa jelez tengok kita..dari zaman datuk Adam lagi sampai la sekarang..

bila dah sampai tahap mukmin nanti,,baru dapat dipelihara Allah..ni yang kita nak..dapat merasa kasih sayang Allah..moga dipermudahkan..kita ikut jalan ketuhanan pulak..asal diri ini mengambil jalan hikmah,,bila lama-lama,,dapat paham cket sebab utama segala kesaktian ini..kesaktian bukan tujuan tapi penyaksian dan perjalanan..

adakah dri ini akan meninggalkan segala ilmu hikmah selepas ini??? tidak sama sekali!!! akan diri ini istiqomah mengamalkan segala ilmu yang berguna dunia dan akhirat sampai bila-bila..Rasullullah dulu pendekar..kita kena ingat tu..jadi pendekar pun sunnah jugak..ye x?? salah tolong betulkan..sama-sama kita bersihkan hati yang TERLALU KOTOR ini..diri ini ada bercadang nak menuntut ilmu gayuman 9..hehe..gayuman 3 pun dah 2x fail..gayuman 9 tak tau lagi macam mana..

diri ini MAKHLUK PALING BERDOSA,,tapi ALLAH TETAP BAGI NIKMAT padaku..malu rasanya..dah sampai masanya daku berubah..daku mahu jadi mukmin..nak pikul amanah yang telah di amanahkan Allah..

kredit to my sifu..he open my view on what are 'we' all about...

Saturday 3 December 2011

Rambang Mata

rambang mataku pabila melihat tawaran belajar ilmu hikmah yang murah ni..ilmu power lak tu..bukan ilmu anak kecik..masalahnya ilmu yang siket ni pun lum dapat nak istiqomah dengan sepenuhnya..amalan langkah hikmah panglima je yang selama ini boleh istiqomah..yang lain tu,,kejap ada,,kejap tak da..apara diri ini..kata nak jadi pendekar yang boleh mempertahankan agama,,tapi beramal malaz....pastu sibuk nak cari ilmu yang lain..istiqomahkan yang ada ni dulu..dah ok nanti baru cari tambah..ada paham diri ini???

makluman,,diriku ini buklan guru..baru belajar..nampak cara tulis macam guru kan??? ada ilmu nya tu..ilmu memandai-mandai tulis..:p

blog ni dah jadi diari dah..tempat meluah perasaan..yela,,bukan ada orang baca pun..tu yang sodap tu..tapi kalau ada yang TERbaca,,terima kasih banyak2..hamba memang budak lagi dalam dunia keilmuan hikmah..mohon tunjuk ajar dari guru di luar sana yang dah bertaraf pendekar yang alim..
.
.
.

Kehilangan Seorang Guru Buah Pukul

Al-Fatihah kepada Pak Atan,Guru Gayang Lima..ikuti blog Gayang Lima ini..yang pergi takkan kembali lagi disini..kita disini,,siapkan bekal moga dapat berjumpa disana..semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama dengan para penghuni syurga..

Kisah Israiliyyat Dan Jahiliyah: Perawat Mencemarkan Al-Quran Dan Islam

Sumber 1 (Jahiliyah): Sirah Yang Mana Seorang Putera Jin Yang Aamantu Billaah (beriman Kepada Allah) yang sudah hidup sejak dari zaman Nabi Allah Nuh As lagi, yang bermukim (tinggal) di Bukit Thursina, yang dengan mudahnya memancung Jin Kafir (Syaitan) yang merasuk dalam patung sembahan Arab Quraisy Jahiliyah (Patung bernama Lata dan Uzza) yang mana sebelum itu patung itu bersuara (suara syaitan Yang merasuk sebenarnya) lalu menyebarkan fitnah kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melalui patung Lata dan Uzza itu. Kejadian Ini diketahui oleh Putera Jin Itu, apabila Putera Jin itu terSerempak dengan syaitan itu, beliau tanpa ragu-ragu terus pancung syaitan Itu. Tidak lama seLepas itu, beliau berJumpa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Beliau sendiri menawarkan bantuan pada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam usaha dakwah, dengan cara beliau masuk ke dalam patung Lata dan Uzza, lalu bersuara menyatakan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam...

petikan ini diambil dari blog ini..sila rujuk blog ini untuk maklumat yang lebih lanjut..

sebelum tu,,hamba mahu memohon maaf kerana hamba juga ada melakukan kesilapan dalam posting hamba yang lepas..tapi hamba telah edit semula..

Monday 14 November 2011

Cuti Hari Raya Haji @ Cuti Pertengahan Semesta

walaupun diri ini memang berhajat tak nak pegi merantau time cuti seminggu ni,,tapi still dapat ilmu baru beb..hehehe..pe guna cuti kalau tak di isi ngan benda yang berfaedah..tak gitu??? dalam cuti ini,,hamba ini dapat ilmu Yasin 41 dari RIDAM sebagai salah satu ikhtiar dalam berdoa..lagi-lagi student macam hamba ni..lagi satu keilmuan Al-Fatihah dan Qulhu Tok Kenali dari Ustaz Shahrin..

Yasin41 dah start amal..mudah saja amalannya tetapi penuh dengan rahsia..bagi amalan Al-Fatihah dan Qulhu Tok Kenali,,start hari ini..13-11-2011..tapi hamba mulakan dengan amalan Al-Fatihah dulu..kena start pelan-pelan lerr..hamba pacal hina..susah mau duduk zikir lama..amalan ni khas untuk mereka yang mahu membersihkan diri dari dosa..orang yang paling banyak berdosa seperti hamba ni,,memang elok mengamalkannya..

ha?? ada kena bayar tak??? mesti la ada..kena la ada pengorbanan sikit dalam menuntut ilmu..baru la dapat rasa nilai ilmu tu..lagi pun bukan sampai kena korbankan duit 8juta pun..bukan niat guru mahu menjual ilmu..kerana jika ilmu ni mahu dijual beli,,maka tidak ternilai harganya..kita harus pandang bagaimana guru bersusah payah menuntut ilmu ni..mungkin setelah habis 1 juta ringgit telah habis..mungkin 200trilion titik keringat telah menitis..kita kena pikir semua ni..guru juga manusia..perlu makan minum..duit diperlukan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini..lagipun apa la sangat duit yang kita keluarkan jika dibandingkan dengan ilmu yang telah kita perolehi..tak gitu????

terima kasih kepada guru-guruku..jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat..
..
...
...

Monday 31 October 2011

Terkilan

banyak ilmu melayu lama yang daku terlepas..bukan kerana guru nya tak mahu ijazahkan,,tapi kerana guru nya telah kembali menghadap Yang Maha Perkasa...Ilmu Baginda Ali dan Ilmu Dabus..Ilmu Baginda Ali ni ilmu gagah..ada suatu ketika dulu..ketika daku masih belum dizahirkan di dunia ini,,ada seorang orang tua yang masih mampu memikul padi seguni..orang tua ya..bukan muda..dah tu,,selambe je bawak beban..juga dikatakan,,tong dram minyak tar jalan yg penuh tu,,selamba je di angkat masuk kedalam lori berikutan ramai orang yang malas nak tolong bawak..dia dah tensen sangat,,die sorang je angkat..ada amalan dia tapi takda yang dapat..dia rahsiakan..wan daku ada time muda dulu try minta,,tapi jawapan nya " ko perempuan,,nanti habis lak lelaki ko tibai"..kalau dapat,,dapat gak la daku merasa salah satu keilmuan orang melayu ni..

lagi satu Ilmu Dabus..nama sebenar ilmu ni tiada lah diketahui..just daku tulis Ilmu Dabus je bagi memudahkan bicara..ilmu ni dimiliki oleh Allahyarham Tok Long daku..seorang guru silat..ada suatu masa ketika upacara menutup gelanggang,,ada seorang murid nya tercedera tertikam keris @ pisau di peha kerana perbuatan orang yang mahu mencuba kebatinan..Tok Long daku baca siket,,tepuk ditempat luka tu 3 kali,,sembuh terus..darah berhenti sakit hilang..boleh terus main balik..time Tok Long daku masih diberi nyawa di alam ini,,daku tak pegi menghadap ekoran kerana daku ingat hanya tahu bersilat..dah lama baru tau yang Tok Long daku ni seorang guru silat..nama guru silat Tok Long daku Pendekar Hassan..

ni la antara ilmu yang daku tak sempat nak berguru..Ilmu Baginda Ali memang kerana daku tak idup lagi pada masa tu dan Ilmu Dabus kerana salah daku sendiri..nak berguru ilmu ni dengan guru yang lain diluar sana,,rasanya cukup sukar..mungkin dirahsiakan..ada rezeki,,dapat juga suatu masa nanti..cuma ingat jangan nak jadi gagah sebab makhluk tak kan sesekali dapat jadi gagah..ni ikhtiar kita kepada Allah bagi mempertahankan diri,,bangsa,,negara dan agama..mempertahankan diri ini boleh dikira wajib juga la kan??? salah tolong tunjukkan..
..
..
..

Sunday 30 October 2011

Kursus Intensif Pukulan Melaka (Part 1)

walaupun banyak buah yang dah tau..tapi berguna tetap berguna..banyak petua yang dapat..idupkan kaki tangan..besh..susah nak cerita pasal petua ni..nak kena duduk menghadap gak baru boleh paham..akan pegi lagi pada masa akan datang..insyaAllah..

kalau nak cakap puas,,belum puas lagi..banyak lagi yang kena belajar dan belatih..buah sulong dan buah seturut masih belum mantap lagi..nak berlatih pun tak de masa sangat..dugaan..mungkin pada masa akan datang nak menginap terus kat gelanggang..start dari pagi trainning..

banyak lagi yang berlubang dalam permainan buah pukul daku..dulu ingatkan dah ok..bila turun gelanggang,,rasa diri ini banyak lagi yang kurang..ok la tu kan..sekurangnya tau yg diri sendiri banyak kekurangan..bila dah tau kena la berubah..
...
...
...

Wednesday 19 October 2011

Kursus Intensif Pukulan Melaka

baru ni dikejutkan dengan mahar bagi kursus intensif ialah RM150..dah turun rm50..wow..makin gian nak berpukul..cadang memang nak turun gelanggang dalam masa terdekat..lagipun tak lama lagi dah nak cuti..hmm..

pernah dengar hadir hanya 7 kali sudah boleh ditauliahkan mengajar??? pernah dengar??? Silat Setiabakti ada..sebab apa boleh??? sebab buah biar satu,,tapi mampu mengatasi 1000 serangan berbeza..kalau 5 buah??? sebab tu la Silat Setiabakti boleh buat kursus intensif dan seterusnya melayakkan diri untuk menjadi tenaga pengajar..Mudah,,Ringkas dan Berkesan....

tak caya??? jemput turun gelanggang utama di Taman Permata,Kuala Lumpur..nak alamat penuh,,search je kat google tu..jumpa la nanti..

akhir kata,,daku sediakan pantun yang Mahaguru Dahlan Karim sampaikan di rancangan Gelanggang suatu ketika dulu:

Iman Islan Tauhid Makhrifat;
Penuhkan Ilmu Didalam Dada;
Tuntutlah Kalian Jangan Terlambat;
Akhirat Jua Kembalinya Kita..

jom sama-sama penuhkan ilmu..belajar silat ibadat juga..dengan niat yang betul..bukan ke wajib mempertahankan diri,,keluarga,,bangsa,,negara dan agama..

diri ini mungkin akan menghadirkan diri di gelanggang utama pada 29/10/2011..akan cuba mencari kelapangan masa..moga dipermudahkan olehNya..
..
..
..
..

Thursday 13 October 2011

Berita Sedih dalam Gembira

pada saat ini..sifuku telah berundur diri dalam beladiri dan menuju jalan mengenal Allah..sedih driku tatkala menerima berita ini kerana daku tahu,,tiada lagi buah dan ilmu baru yang akan daku dapat dari beliau buat masa ini..tetapi daku berbangga,,kerana sifuku telah memilih untuk mengenal Allah..daku memang berbangga..walaupun ada rasa sedih..

daku tak mampu berkata apa..sampai bila-bila pun daku akan mengingati jasamu wahai guruku..
walaupun guruku ini tidak mengaku guru,,tapi dengan segala nasihat dan ilmu yang telah beliau curahkan pada ku,,tak mampu daku untuk mengelak dari mengelar beliau sebagai guru..
Ya Allah,,redhokan segala ilmu yang berguna yang guruku perolehi dan bantulah beliau setiap masa dalam mengenal Mu..aminn

berita ini memang membuka mindaku..daku terlalu mengejar kehebatan duniawi..terlalu taksub dengan beladiri hingga lupa akan perkara yang terlalu penting bagi seorang hamba..Ya Allah,,tolong daku mengenalMu..sesungguhnya daku jahil dalam mengenalMu..pertemukan lah daku dengan seorang mursyid yang dapat membimbing daku menuju jalan keredhaanMu..aminn

Friday 7 October 2011

Hudud

sekarang hangat jugak dibincangkan dengan topik ni..dalam kuthbah jumaat tempat daku pun ada..
ada yang menyokong,,ada yang menolak..

yang hairan tu,,ada yang pegi tanya artis..tanya la ulama..apara..

daku bukan nak sokong PAS atau UMNO,,tapi ni kan hukum Islam..kita wajib ikut apa yang Allah suruh dan tinggal yang dilarang TANPA BANYAK SOAL!!!!

daku jahat,,jadi perlukan suasana yang baik untuk jadi baik..dorng yang tak sokong hudud ni sebab tak paham..dorg ingat senang ke nak laksanakan hukuman..kena banyak usul periksa dulu tau tak..biar salah ampun daripada salah hukum..hudud ni lebih kepada mahu mendidik bukan menyeksa..lagipun hanya orang Islam saje yang terlibat..yang bukan Islam tak pakai hudud pun takpe..kecuali jika mereka mahu mengikuti hudud,,maka itu lebih baik..

daku yang baru belajar ni,,dan tak berapa paham pun leh sokong hudud..apara..nak ikutkan dalam Islam takda demokrasi,,yang ada syura..apa beza kedua ni??? daku yakin kalian lebih paham daripada daku..

Friday 23 September 2011

Ayat Seribu Dinar

antara kelebihan yang biasa kita dengar berkaitan amalan ayat ni adalah berkaitan dengan rezeki..harus di ingat,,rezeki ni luas..bukan hanya pada duit semata..boleh jadi berkaitan jodoh,,ilmu yang berguna yang mudah masuk dalam kepala,,ilmu yang mudah istiqomah dan macam-macam lagi la..

selain tu,,amalan ni bagus gak untuk menghadirkan rasa tawakal hanya kepada Allah..diri ini sendiri telah mengalami satu peristiwa yang boleh di katakan mencarik adat dalam tempoh mengamal amalan ini..nampak mudah,,tapi ingat,,ilmu Allah TERSANGAT LUAS..NO BOUNDARIES bak kata omputih..masa ditimpa bahaya tu,,tiba-tiba teringat akan ayat seribu dinar lalu secara automatiknya berdoa bertawakal kepada Allah..alhamdulillah,,walaupun diri ini sangat banyak dosa,,tapi Dia tetap memberi daku peluang untuk menyaksikan sedikit dari berinfiniti ilmuNya..

dari sifuku,,ilmu ini hendak dijazam sebanyak 41x selama 41 hari tanpa ponteng sehari pun..jika ponteng,,kena ulang balik la..habis proses penjazaman,,cukup sekadar baca 3x selepas solat fardu..mengikut pengalaman daku,,selalunya amalan ayat mesti ada amalan tambahan yang lain..tapi daku hanya amal ayat seribu dinar saja dah nampak kelebihan..jika ada tambah amalan lain?? mesti lah KABOOOMM!!! hehehe..nak amalan tambahan???? tu kena tanya mana-mana guru la..daku tak tau..daku budak kecik baru nak belajar..

ingat,,dalam beramal jangan hanya kerana kelebihan..tapi buat kerana mahu menjadi hamba..nak paling senang dan sistematik,,berguru lah dimana-mana tarikat yang sah diluluskan oleh akidah..

maafkan daku jika tersalah bicara..hanya mahu berkongsi

Tuesday 6 September 2011

Silat Gerak

selepas dengar pe yg diberitahu sifu,,main gerak ni power..tapi kena istiqomah..try psni..

masalahnya,,tak de tempat yang sesuai nak main gerak ni..kang main dalam bilik,,garu kepala lak roommate kang..tu ok lagi,,buat die marah..'nak bersilat kat luar la'..lebih kurang camni la agaknya die marah nanti..hehehe..tapi memang nak kena istiqomah training gerak gak..mana tau someday memerlukan,,kan senang..dah mantap..

ilmu tanpa amal tarak guna..

Monday 5 September 2011

Aidilfitri

dah banyak hari..tapi,,Selamat Hari Raya

Monday 1 August 2011

Sedihnya

sedih bila ada kalangan orang yang tak pandai merebut peluang yang dah terbentang di depan mata..niat nak membawa buah pukul mat kelang di kampung macam sukar nak dicapai..geng yang dulunya rajin datang berlatih kini telah rajin tak datang berlatih..sibuk dengan urusan sosialnya..

den nak kongsi ilmu buah pukul yo..den bukan mintak duet pun..

lepas ni kalau ada yang nak datang belajar buah pukul,,nak mintak duit lak..rm2 sekali hadir..lepas tu kena datang sekurang-kurangnya 2 orang..

bukan banyak sangat buah dalam permainan buah pukul mat kelang ni.."biar buah satu,,tapi power"..ni kira pegangan dalam buah pukul mat kelang..ada dengar sampai 15 buah orang dapat dalam permainan ni..tapi diri ini tak dapat banyak pun..sebab fokus utama sifuku untuk daku mahir semahirnya sesuatu buah tu..berlatih sampai lupa buah..

syok sendiri la jawapnya daku ni...nanti-nanti kalau di izinkan nak join lian pulak..tak kisah la lian apa pun..janji buah pukul..nak tau gak cara berpukul diorang..

Sunday 31 July 2011

Ramadhan

sebelum tibanya bulan Ramadhan ni,,memang dah ada terniat dalam dri ini untuk menambahkan amal..kebetulan masa melawat sifu ritu ada amalan yang di ijazahkan..alhamdulillah..dri ini baru nak menuju jalan Allah,,tapi Allah Yang Maha Penyayang berlari kepada ku yang memang terang jahil dalam mengenal tuhanku..

semoga istiqomah dalam amalan..selamat berpuasa saudaraku sekalian..

p/s : banyak gak dosa yang perlu dihentikan ni..moga dibantu oleh Allah

Terlintas

bila dah balik dari rumah sifu ni,,tetiba terlintas dibenak fikiran daku ini..lebih kurang camni la bunyinye " kalau dah orang nak bagi free tu,,amik je lerr..mengada tol la dri ini"

hehe..camtu la..lain kali cerita laa..benda suah lepas..

Wednesday 27 July 2011

Melawat Sifu

pada tanggal 25-7-2011,,dri ini telah selamat sampai ke rumah sifuku..dengan tak tau jalan daku meredah jalan raya yang berliku..hahaha..alhamdulillah,,selamat sampai jugak..walaupun ada sesat sikit2..tapi dapat jumpe jalan keluar lerr..

sesampai je kat taman sifuku menginap,,dri ini pun kol lerr,,bukan pe,,ada guard la jaga tempat..risau gua geng..maklumlah,,wajah gua ni bukan tampan atau hensem..macam samseng ada laa..hahaha..

banyak gak la yang berjaya dikorek dari sifuku..tapi bila sampai je rumah baru teringat ada bnda lg yg tak dikorek..tak pe la,,dah tak de rezeki..nak wat camne kan..panjang umur,,moga dipermudahkan lagi..

p/s : yang paling best dapat makan free..banyak tol benda free yang diri ini dapat..thank you sifu

Friday 8 July 2011

Guru Mursyid

dalam proses mencari..dalam proses mengenal..dalam sedap-sedap search google,,jmpe lak satu blog yg ada info tentang guru mursyid..kat jelebu pun ada rupenye..jahil dri ini..dalam tempat sendiri pun tak tau..insyaAllah,,jika ada kelapangan,,nak menziarah..tengah tunggu info tentang guru ni..

daku sedar dri ini jahil,,bila dah tau jahil ni kena la cari ilmu..ye tak?? bukan ke tamat jahil itu kerana ilmu?? dan menjadi lumrah makhluk ini jahil,,maka jangan la sesekali terdetik di hati ini lebih baik dari orang lain walaupun sudah banyak ilmu yang diperolehi..

alhamdulillah,,dalam daku bersilat dan belajar ilmu hikmah yang berbentuk keduniaan,,maka daku diberi pengetahuan tentang jalan ahli sufi..dari sifuku daku dibuka jalan menuntut ilmu..jasa sifuku akan ku kenang..

banyak yang daku dengar tentang orang-orang yang mahu mengikut jalan ahli sufi ni..ada yang sesat,,ada yang gila dan macam-macam lagi la..dri ini sedar akan risiko yang akan ditempuhi,,tetapi dri ini juga sedar yang dri ini jahil tentang ilmu mengenal Yang Maha Esa..dari pendapat driku yang jahil ini,,ilmu mengenal Allah ini wajib hukumnya..jadi walau apa pun risikonya,,perlu juga ditempuh..moga Allah permudahkan daku..ibarat naik kereta..kita tahu yang menaiki kereta terdedah dengan kemalangan jalan raya yang mengerikan..tetapi adakah hanya kerana itu,,kita harus menolak menggunakan kereta untuk kemudahan perjalanan???

daku dah lupa dari siapa daku tahu atau dari mana daku baca..tapi bunyinya lebih kurang begini,," dalam beramal,,jangan kerana mahu menjadi wali,,tapi beramallah kerana mahu menjadi hamba Allah.."

Wednesday 6 July 2011

Masalah

daku ada masalah sekarang..hati ini sering dilanda penyakit was-was dalam beribadah..susah sangat nak berniat dalam membuat amalan..sebagai contoh,,bila nak solat..nak niat solat tu kemain susah..asyik was-was je..time nak ambil wudhuk pun sama..dalam membaca tahiyat pun ada masalah..sepotong ayat pada permulaan bacaan tahiyat susah sangat hendak diucapkan..

tak tau la apa bagaimana masalah ni boleh terjadi dan apa puncanya?? doakan daku dapat sembuh..dah la diri ini susah nak beribadah,, ditambah pula dengan penyakit was-was ni..mesti ada hikmah disebalik penyakitku ini..daku yakin..Ya Allah,,hamba mohon,,bantulah daku,,sembuhkanlah segala penyakit daku sama ada zahir mahupun batin..permudahkanlah daku dalam beribadah kepadaMu Ya Allah..

Tuesday 5 July 2011

Apa Nak Jadi??

ada lerr satu amalan ni..dah dapat lama dah..tapi asyik fail je nak jazam..paling tinggi pun sehari..padahal nak jazam seminggu je pun..just yang susah tu kena berjaga malam..daku harap Yang Maha Kuasa izinkan daku dalam menjazam nya...

lantak la pe orang nak cakap..diri ini memang jahat pun...

Monday 27 June 2011

Seminar Seni Sembah Pengantin

pada tanggal 25/6/2011,, dri ini telah pun ke gelanggang pusat Silat Setiabakti di Taman Permata, Ulu Kelang..seminar start dalam pukul 3 petang..pada asalnya seminar ini start pada pukul 9 pagi tetapi disebabkan pada sebelah paginya ada persembahan dari adik-adik tadika..budak tadika pun belajar silat,,tak kan kita yang dah besar ni tak nak belajar lak..

mulanye test langkah panglima satu dulu..nasib baik ingat lagi..so,,settle..then nak amik seni die lak..ada 3 peringkat dalam seni sembah pengantin setiabakti..alhamdulillah,,dapat tangkap semua sekali..just now nak kemaskan lagi..masih lagi kaku pergerakan diri ini..

dalam bunga ada buah,,jadi bila time pengolahan seni sembah pengantin,,ada juga di ajarkan tentang beberapa buah..hehehe..sambil main seni,,dapat gak berpukul..yess,,cantik la..ada gak diselitkan petua dalam berpukul..ada yang dah tau dan ada jugak yang belum..yang dah tau makin paham,, yang belum tau,,sudah tau..

diajar cara main buah pukul dalam cara Allahyarham Guru Ali Rani..best siot..dalam main seni dapt gak train buah pukul..

next time nak hadir kelas intensif buah pukul melaka lak..

elok gak sekali sekali pegi gelanggang pusat ni,,rasa diri ini masih jahil dalam buah pukul..banyak lagi tak tau..yang paling segan tu,,ada adik tu,,sudah pun mahir berpukul..kalau dah sampai umur macam dri ini,,mesti dah boleh mengatasi diri ini..entah-entah,,die dah pun mengatasi diri ini..

terima kasih Cikgu Hamidi serta jurulati yang lain..tak lupa juga pada adik (name dah lupa) yang turut serta mengajar dalam seminar silat seni sembah pengantin tadi..

Friday 20 May 2011

Satu cerita dari Wan 2

now cuti 4 bulan..banyak benda leh wt time cuti panjang ni..cadangan di hati nak memandai-mandai je..hehehe..nak try laksanakn plan yg dlu hanya angan-angan..nak bawak ilmu buah pukul mat kelang kt kmpung..reunion pun akan cbe diusahakan dlm cuti ni..pe lg nak wt ni???

salah satu sebab dri ini suke lek umah coz dpt jmpe wan..wan dah besarkn dri ini dr kecik lg..sy syg wan sy..hehehe..manje gak den ni tau..dri ini ske borak-borak ngan wan..borak ngan org lame ni elok gak..coz xd la banyak sgt melalutnye..byk isi pnting je..cerita pasal pngalaman..psl agama..mcm2 lg la..

baru ni wan cerita pasal ibadah haji..wan bile bercerita tentang hal haji atau umrah memang bersemangat..memang tol la org ckp..kat tanah haram sana macam de magnet..klo pegi skali,,rse nak pegi berkali-kali..rindu katenye..wan sempat berpesan,,sebelum pegi haji atau umrah,,kne siapkn dri sepenuhnye dlu..cari dan pahamkn sgala ilmu ttg ibadah haji ni..hafal mana-mana doa yang perlu..jngan hanya kerana ada buku,,malaz nak hafal..takut nanti susah kt sana..wan pun ada cerita ttg ada sorang ni..die camtu lah..coz de buku,,malz hafal..bile tbe je kat tanah suci,,tak dapt langsung nak bce doa..merangkak bce doa tgk bku..amik die..sebelum berangkat ke tanah suci,,berdoa banyak-banyak agar dapat sabar dan kuatkn iman..bagi mudah dan senang menjalankn ibadah haji..

balik ni wan bagi satu doa untuk dri ini..doa haji mabrur..doa ni bukan untuk orang yang nak pegi haji je,,org yang belum nak pun leh amal..wan cakap doa ni dulu moyang daku bagi kat tok long..then tok long bagi kat wan..and now it time for me to take the legacy lah..hehehe..ada ilmu tarak amal,, tarak guna jugak..ada betui??? daku nak cuba jadi hamba Allah,,bukan jadi hamba dunia..insyaAllah..plan-plan kayuh lah..istiqomah tu penting..

Friday 6 May 2011

Persediaan

baru-baru ni tersedar akan sesuatu..negara kita memang aman..dan daku berharap akan sentiasa aman..tapi adkah hanya kerana aman,,kita tidak perlukan persediaan pertahanan?? sudah tentu tidak..disebabkan kita aman juga lah kita perlu menguatkan sistem pertahanan negara kita ni..adakah cukup hanya kekuatan dari askar-askar kita sahaja?? dalam konsep mempertahankan tanah air ini tidak boleh hanya disandarkan hanya pada askar-askar kita,,tetapi semua warga negara kita..dan ni lah masanya untuk kita belajar bersilat atau apa-apa seni beladiri..

ingatkah lagi peristiwa komunis mengganas dulu?? ramai yang mati terkorban..cuba kita bayangkan jika kita semua tahu bersilat..kemungkinan besar jumlah yang terkorban akan berkurang..adkah anda bersetuju dengan pendapat daku?? siapkan lah segala macam kekuatan pada dirimu wahai saudaraku..kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan..keamanan yang dikecapi sekarang sering menimbulkan perasaan benci pada musuh-musuh kita..beringatlah..jika tiada gerangan Panglima Kiyai Salleh di Batu Pahat dulu,,bagaimana rasanya?? kerana beliau lah bisa komunis mula terubat..kerana penangan parang terbang beliau lah timbul kekuatan dari bangsa melayu khususnya..dan perlu ingat,,Kiyai Salleh seorang guru silat

trajedi 13 Mei juga tidak kurang hebatnya..negara yang sudah merdeka dan sudah merasai keamanan juga pernah di robek..hanya timbul perasaan takut yang menyelubungi di ketika itu..walaupun diri ini belum lagi wujud dikala itu,,tapi cukup bila mendengar kisah dari keluargaku sudah mula menaikkan semangatku untuk terus membela agama,bangsa dan negara..

sebab ni yang buat daku makin bersemangat nak bawak ilmu buah pukul ke kampung halaman..biar semua anak muda tahu bersilat..dalam bersilat selitkan tentang nilai murni..moga-moga daku dan seluruh penduduk kampungku khususnya dan seluruh bangsaku umumnya pandai menjaga maruah diri..tak de lah anak muda yang asyik merempit dan jadi gengster je..jadi gengster berani,,suruh mengaji takut..hehehe..

daku dalam permainan tangan kosong MUNGKIN sudah cukup untuk menjaga diri..tetapi dalam permainan persenjataan masih belum cukup lagi..perlu belajar lagi..walaupun pada hakikatnya apabila sudah boleh bermain buah pukul tangan kosong,,maka secara automatik sudah boleh bermain pisau,,keris,,kerambit dan macam-macam lagi senjata yang berukuran bawah sehasta..adakah kalian tidak percaya pernyataan ku ini??? daku yakin bagi mereka yang sudah belajar ilmu buah pukul akan percaya kataku..

siapkan diriku dan kalian dalam menentang musuh-musuh..dan ingatlah bahawa iblis dan syaitan adalah musuh kita yang nyata..dari mereka yang terkutuk inilah timbulnya huru-hara dari kalangan anak-anak Nabi Adam..mari belajar silat khususnya ilmu buah pukul..siapkan diri kita sebelum terlambat..

p/s : niat nak belajar main parang la sekarang...mintak tolong sifu ajar lah..dulu belajar tak habis..

Sunday 1 May 2011

Hmmm...Hati Rasa Macam...

hmm..tiba-tiba terdetik perasaan dihati ini nak wat seminar sehari kat kampung..seminar Silat Setiabakti..dah la cuti panjang nanti ni..kampung daku dah la takde satu pun pertubuhan silat..sedey diri ini..start betul-betul belajar silat ni pun time matrix dulu..main Buah Pukul Mat Kelang atau Silat Setiabakti..memang lama bercadang nak bawak silat kat kampung ni..

1st nak kena bincang ngan family dulu macam mana nak wat..tu pun kalau jadi la..selalunya angan-angan anak kecil macam daku ni hangat-hangat tahi ayam je..tapi akan cuba usahakan..amin...

time sesaje baring untuk mencari mood rajin nak study..tiba-tiba hati terdetik lagi..nak jemput my sifu la wat seminar nanti..buat dalam 3 hari..my sifu pun stay kat ngori yo..jarak rumah beliau ngan kampungku dalam 1/2 jam perjalanan menaiki kereta yang dipandu dengan kelajuan above 80 km/j...daku nak sangat tengok adik-adik,,sahabat handai n saudaraku di kampung khususnya tau bersilat..ni yang daku nak bawak aliran buah pukul..

Friday 29 April 2011

Adakah..... Atau Hanyalah.....

baru-baru ni tengah amal yassin 7 mubin..mohon Allah matikan segala ikhtiar kepada sekalian makhluk Allah jika ada yang menganiaya diriku serta keluarga..yela,,kita mana la tau kan..kot-kot ade terkena sihir ke,,de jin bedamping ke,,de jin asyik yg syok ke dan macam-macam lagi la..

kebetulan now,,bila time nak tido je,,tetibe datang gerak tangan..hari 1st ibarat sedar tak sedar..ha,,macam mana nak cakap ni??? separuh sedar separuh tidur..hahahahaha...tak tau macam mana nak explain..dalam separuh sedar tu,,rasa tangan ni bergerak..ibarat trainning silat gerak gitu..adakah ini petanda diriku sedang mempertahankan diri atau menyerang sesuatu??? atau hanyalah mainan perasaan???

time pagi lak,,bila time nak bangkit dari tidur,,lagi sekali tangan bergerak..dari pengamatan cara gerak ibarat gerak memagar diri..yang ni memang sedar betul la..dah nak bangun tidur kan..adakah diri ini memang ada terkena aniaya dari orang??? atau gerak itu hanya alamat supaya training silat gerak yang dah lama la jugak tak training..last training sebulan lepas kot..susah nak training kat hostel..roommate ade je..nak cari port lain takde n malas nak mencari..hehe..

adakah diri ini???? atau hanyalah....
Ya Allah,,sekiranya ada dikalangan makhluk-makhlukMu yang berbuat aniaya pada diriku serta keluarga,,hamba mohon Engkau balaskan segala perbuatan itu setimpalnya..jangan hentikan pembalasan itu melainkan mereka telah bertaubat nasuha..sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik pelindung..aminnn

Wednesday 20 April 2011

Ragam manusia

ni nak cerita siket kes kat rumah..kejadian ni jadi lebih kurang setahun lepas..rumah kena pecah masuk..habis duet ngan cincin emas wan den!!! tak lamo lopeh tu,,dalam 3-4 bulan lepas kejadian,,rumah masuk laie dek penyangak..tapi mela'on ni tak dapek nak ngambik papo..apo dio ingat rumah den banyak ghato ko?? dah habih kono kobeh dek yang sobolum ni..apo boleh buek..sabar yo lah ai..lopeh tu ado orang lain lak yang buek busuk kek wan den..ado ko dio poie bantai ghacun tnaman wan den..tak pueh ngan tu,,dio poie kidnap buah klapo wan den..nak nambahkan doso laie agak eh,,dio tambah laie ngan sosah buah pisang..ado skali tu,,wan den dah tak tahan agak eh,,dio poie mengadap orang yang gomar cari balo ni..di 'sound' eh..ha,,cmno wan den leh tau orang yang buek khianat kek tanaman eh?? sonang yo,,sobab wan den nampak la..tambah ngan ceghito jiran sobolah menyobolah..beghani tol wan den..hehehe..tak tahan agak eh..sampai now orang ni tak ubah pangai..sampai wan den dah maleh nak amik port dah..kesian den tengok wan den..ni ado satu kes lain..yang ni tang pak sdagho den..habih licin ikan kek dalam kolam eh..kali yang 1st yang den dongar,,kolam tu kono bukak..habih lansai ikan..lopeh tu bawak masuk laie ikan..baru ni den balik umah dongar laie ceghito..pak sdago den nak bukak kolam ni td..dapek lah 2 ekjor ikan..2 ekor yo yang ado..mano poie yang lain??? tak salah,,ni memang kono jalo dek makhluk Allah yang berniat jahat ni..montang-montang pak sdagho den kojo perikanan,,apo dio ingat nak dapek ikan free ko??? kono boli tau tak???!!! memang mela'on tol..sabar yo la..ado oghang tuo time zaman dan ketika wan den mudo dulu ponah bagitau wan den..nak magar oghang ni boleh jadi susah,,boleh jadi sonang..yang sonang ni bilo kito kobakan kek deh,,"ha,,yang ni hak den,,bukan hak ko do,,kok nak, mintak,,jangan ngambik buto yo.."lopeh tu sah oghang tu tak ngambik laie..ha ni part sonang..yang susah eh,,oghang ni bilo kito pagar macam mano pun la,,kalo niat eh tu memang nak ngambik hak oghang,,conferm lopeh..kalo binatang tu dah dipagar takdo lah datang masuk laie..yo tak?? ha ni tang susah eh nak magarkan oghang...

ni lah ragam manusia..manjang family den yo yang kono nayo den oghang..tak po,,ni Allah bagi chance kek family den nak dapek pahala sabar ngan redho ngan apo yang ditontukan..macam mano den nak buek ni..tetibo den teringat something..doa orghang yang teraniaya ni makbul..ha,,insyaAllah,,dengan izinNYA,, makhluk yang terlibat tadi ni dapek balasan eh..

dah tak tahan dah,,speaking bhsa kampung dah ha..tensen saya dibuatnye...time ni la pentingnye belajar ilmu nak magar rumah..

Wednesday 13 April 2011

Satu Cerita Daripada Wan

time balik umah ritu..wan de cite cket pasal silat dalam darah daging keluarga ku ini..maklum lah,,dia tau diriku gila silat..so,,die cite la ciket..die cerita pasal Allahyarham atuk sedaraku a.k.a abang tiri wan ku..lain ayah tapi mak sama..sebelum ni daku hnya tahu yang atuk sedaraku ini atau yg driku gelar "tok long" hnya tahu bersilat..masa kecik-kecik dulu ada gak rasa nak belajar ngan die..tapi jadi cam fobia lepas peristiwa daku dimarahi wan kerana sibuk nak belajar silat..mana tak nye die marah,,time suruh ngaji maleh,,sampai melalak den dulu kena marah sebab maleh ngaji..hehehe..adik-adik sekalian,,jangan tiru macam abang ni..kena rajin baca Al-Quran..insyaAllah hati bersih..

hari pun berlalu dan ajal pun tiba..tak berapa ingat tarikh nya tapi yang penting time kat matrix,, tok long ku ni meninggal..toklong tak pernah berkahwin so,,tak de la zuriat daripada beliau..if tak silap,,2 minggu sebelum ajal tok long,,diri ini dan wan telah datang melawat..sebab time ni beliau tak berapa nak sihat..tapi time melawat ni die dah nampak pulih..dah boleh bercerita..rancak jugak die cerita..ha,,pe yang dicerita??? rilex dulu..kita pegi slow-slow..

beliau pernah di santau suatu ketika dulu..time kejadian,,beliau sedang belajar berzanji if tak silap..maka ada la hamba Allah ni letak racun santau pada kole/bekas air ni..maka semua orang yang belajar,,semua nye kena santau..ada yang meninggal..ada yang hidup tapi terpaksa merana sebelum sembuh..maka tok long ku ni termasuk dalam golongan yang kedua ni..tok long tau tawarkan santau..sebut lak pasal santau,,atuk ku penah kena santau..atuk a.k.a suami wan ku dan adik ipar kepada tok long..kena santau makan..time ni tok long ku tak sanggup nak ubatkan atuk kerana takut atuk ku tak tahan..sebab kata tok long,,cara dia ni sakit..beliau minta cari mualij lain dulu..keluarga ku jumpa sorang di Gelang,N.9..dari pemerhatian,,santau ni berpunca atas sifat dengki..memang selalu kerja sihir ni kerana dengki..ye tak?? lagi satu die ada bagi 1 klu la..cmni die cakap"hmmmmm"..tak ingat la...sori..tapi yang dapat ingat sebab kerana tanah sekangkang kera, ............" kemungkinan orang yang buat ni keluarga terdekat..tok long ada gak nasihat kan aku dulu.."ko kalau jumpo orang yang nak ngaja ilmu tawar santau ni,,klo boleh tak payah lah ko amik..sobab selalu eh orang yang pandai menawar ni saat akhir eh kono dek santau gak.." cakap stail loghat ngori ye..susah nak menaip stail loghat ngori kat sini..so pandai-pandai la menyesuaikan diri yee..hehehe..

ok,,dari cerita ni di atas,,maka timbul satu lagi cerita..pasal ayah kepada wan ku a.k.a moyang ku..semasa hidup,,moyang ku terkenal dengan kepandaian mengubat dan kealiman..dah ramai yang beliau dapat sembuhkan dengan izin Allah..ada satu cerita,,kawan beliau mengupah sorang tokey kedai kopi..letak kan racun santau dalam minuman moyang ku..time moyang ku nak minum je,,piring cawan pecah??? maka,,sedarlah beliau yang minuman ni ada racun santau..beliau pun tak jadi minum..tak puas hati agaknye,,kawan moyang ku yang meletak racun santau tadi try lagi..tapi kali ni die sendiri yang letakkan..die buat-buat ajak nak belanja moyang aku minum..kali ni lain siket cerita..siket je yang lain..piring alas cawan melekat kat cawan semasa handak minum..mengikut apa yang die belajar,,air tu MESTI diminum..setelah tu settle problem..sebelum minum beliau ada menyindir " sodap air ni..handal pokek eh" ni ikut dialek minangkabau lak yee..yang dri ni tau tang "pokek" tu..if loghat ngori pakai "pokat"..lagi la den tak reti nak type loghat minang kek sni..pepandai lah yoo..banyak lagi la yang diuji oleh orang kat moyang ku ni..ada yang buat-buat baik..bagi padi la..macam-macam cara manusia nak buat jahat..tapi akhir hayat beliau beliau kena buatan orang..beliau jadi seakan-akan nyanyuk..kadang-kadang elok,,kadang-kadang macam orang tak betul..lari sana,,lari sini..moyang ku ni meninggal dunia yang fana ni waktu wan ku masih anak-anak kecil..mungkin dalam lingkungan 3-4 tahun..wan ngan dri ni lebih kurang je..wan tiada ayah sejak kecil,,dri ini tiada ibu sejak kecil..ni ujian dari Nya..daku redha..moga aku dipertemukan dengan ibuku di syurga kelak..insyaAllah..

now cerita pasal adik kepada moyang aku..juga terkenal dengan mahir mengubat/kebatinan dan seorang yang alim..tapi tak banyak sangat dapat tahu..yang dapat tahu satu je..ada seorang hamba Allah ni jalan sama dengan beliau..tidak semena-mena,,angin bertiup kencang ibarat mahu hujan..maka beliau pun bukak payung..sama-sama la beliau denga sahabat beliau ni jalan hendak balik ke rumah..tiba-tiba,,dahan pokok jatuh menghimpap mereka..dahan yang besar..besar mana?? ntah..at least besar peha la kot..kalau besar jari kelingking takde daku nak cerita kat sini de..yang pelik nye,,dahan tadi ibarat terhenti di atas payung beliau..maka kawan beliau ni sudah berpeluh ketakutan..mana tak nye,,kena kepala boleh mati ooo...tapi dengan kekuasaan Allah,,takde pe yang jadi..mereka berlalu dari tempat kejadian ibarat takda apa yang pelik berlaku..pada akhir hayat beliau juga senasib dengan saudaranya..yakni moyangku..

seterusnya nak cerita pasal tok long aku balik..pada zaman muda nya,,nakal orangnya..suka nyakat orang..memang satu kanpung kenal tok long aku..kenal atas kenakalan beliau..wan aku pun termasuk diantra yang disakat..sampai menangis pun ada..hehehe..biasa lah tu kan..time kecik..apa la yang tau sangat..if tak silap tok long start belajar silat time muda remaja..segala ilmu zahir batin telah dipelajari..atas kesungguhan beliau,,maka beliau mendapat gelaran guru kaka..iaitu murid yang akan mengganti guru nanti..dah nama pun nak ganti guru,,maka lebih la ilmunya dari murid yg lain..ye tak??? ada satu ketika,,ketika ada hendak buat pertunjukan silat..maka ada seorang anak murid beliau kena tikam keris kat peha..maka beliau tepuk ditempat luka tu,,dengan izin Allah juga darah berhenti keluar..beliau pernah cerita dekat wan,,die de rajah daerah..rajah ni mengikut wan aku,,ada gambar orang,,macam arah mata angin,,warna ijau,,merah,,putih n hitam ada..lagi satu rajah ni seperti papan catur..ibarat warna bendera gitu..kegunaan ni wan cakap,,jalan mati..cara pilih jalan di saat kematian..lebih kurang camtu la..ana pun dok pahe ape punn..rajah ni pada asalnya milik moyang ku..diturun kan sehingga tok long..tok long de cakap kat wan,,bila die dah tak de nanti,,bawak rajah ni jumpe orang yang pandai..senang je belajar die cakap..tak sampai sebatang rokok dah habis belajar..malangnye,,hilang..orang curi agaknye..if ada sesiapa tahu tau ada tentang rajah ni tolong inform yee..email saya..tok long gak penah ajar ilmu tangkap ragum kat wan ku..ilmu ni dikatakan bila kita dah tangkap kaki or tangan seseorang tu,,insyaAllah,,tak dapat dilepaskan..alhamdulillah,,dapat ijazah ilmu ni dari wan..tapi tak dapat la nak ijazah kat orang lain yee..maaf...pada pandangan dri ini,ilmu ni lebih pada silat yang lebih kepada kuncian..yang pakai buah pukul ni tak payah tangkap-tangkap..bubuh je..senang..tapi dek kerana datang dari family tu,,apa salahnye nak amal..ada betul??

moga-moga dah tulis kat sini,,diri ini tak lupa akan asal usul keluargaku..akan ku cuba naikkan silat..dari silat ku mula kenal Islam..alhamdulillah..

p/s: wan de cakap dulu.."panji-panji kita nanti menyongsong angin" tapi die tak tau betul or x..

sekian cerita dari wan

Wednesday 6 April 2011

Alamak!!!!

tiba-tiba sifu den bagitau kt ktorg sume..akan datang suatu hari nanti dia tak kan lagi mengijazahkan apa-apa ilmu hikmah..dengan itu,,sifu memberi peluang kepada seluruh muridnya untuk korek ilmu dari dia secepat mungkin..but ada syarat..lepas dapat msti kasi habis jazam..tak leh fail..adoi.....mana la den nak cari tempat meluaskan ilmuku dalam bidang ilmu hikmah lagi ni..takpe la..maybe now sifuku dalam proses mencari lagi..maka daku bangga akan pencapaian sifuku..walaupun dah berpengalaman tapi masih lagi giat dalam mencari ilmu..bukan sahaja ilmu tentang persilatan/buah pukul tetapi juga dalam rangka menuju ke negeri akhirat..daku berdoa agar suatu hari nanti sifu serta kami yang lain di izinkan Allah untuk dipertemukan dengan seorang mursyid yang dapat membimbing ke arah jalan menuju jalan redha Allah..teringat pesan Guru Nurulzaman,,lebih kurang camni bunyinya "jangan belajar ilmu gagah,,tapi belajar ilmu mendapat keredhaan Allah..insyaAllah selamat dunia akhirat." lebih kurang camni la..daku pun ingat-ingat lupa daa..

sifu,,daku support dari belakang..follow what is good for you..and may Allah be with us..

p/s: ermm,,ilmu pe nk korek sebelum sifuku tutup pintu dr mengajar ilmu hikmah ni??? gayuman 3,,,lg pe ek??? nak kena mintak list dari sifu ni..list ilmu pe yang ditawarkan...hehehe..entah dapat jazam or tak,, entah la



saya rindu kat Guru Dahlan, Guru Nurulzaman n sifuku la..bila la nak jumpe ni..cadang nak jumpe Guru Dahlan time nak pergi kursus seni silat pengantin aliran Silat Setiabakti,,Guru Nurulzaman lak,,kitorang ngan sifu de plannning nak melawat nanti n sifuku lak,,jumpa time reunion akan datang lerr..cmne la tahap ilmu buah pukul den now????

Wednesday 30 March 2011

Terbaru dari Silat Setiabakti


kalau RM80 sejam,,kalau 4 jam RM320..eh,eh bukan la..RM200 je!!!!


Minat gak nak main bunga





Logo Baru


Pelebat

kebelakangan ni,, Allah berikan daku ilham/idea tentang pelebat..rasa hina diri ini..rasa kerdil..dan sesungguhnya Dia yakni Allah Yang Maha Penyayang memang Maha Mengasihi hambanya..walaupun daku lebih banyak berbuat maksiat dari beramal,,tapi Dia masih mencurahkan rahmat yang tak terkira banyaknya pada daku..betul la cakap sifuku,,bila kita mengajar,,maka akan datang pecah buah..mana yang sebelum ni tak paham akan jadi paham..mana yang sebelum ni dah paham maka makin paham..mana yang sebelum ni salah paham akan betul paham..Ya Allah,,daku mohon moga Engkau ingatkan hati daku untuk setia mensyukuri nikmatMu..malu rasanye diri ini..dah la hina,,tapi Dia tetap berikan daku rezeki yang berupa ilham dalam pelebat buah pukul mat kelang..

time tengah baring untuk melelapkan mata,,daku terpikir..apa fungsi pelebat?? apa guna nya?? lantaran itu daku mengingati pelebat yang sifuku telah ajar..asas maju dan undur,,asas maju dan pusing,,asas empat penjuru kanan dan empat penjuru kiri..dari asas pelebat ini daku tambah dengan beberapa pergerakan pukul..dari pukul daku garapkan dengan beberapa rahsia lapis..selain itu daku juga memasukkan petua alif,ba,ta dalam pelebat ini..bagi memvarisasikan lagi pelebat,,daku hidupkan kaki dalam memukul..dari sini daku paham apa itu fungsi pelebat..dari pemahaman daku,,pelebat berfungsi untuk membetulkan langkah,,memantapkan pukul,,menghaluskan gelut,,menghadirkan gerak dan juga mampu menzahirkan apa itu kekuatan dan rahsia buah pukul mat kelang yang sebenar..tapi sebelum itu kena tau pelebat asas dulu la..kalau tak tau pelebat asas susah lerr daku nak tunjuk..dalam pelebat ini daku mengutamakan pergerakan kiri dan kanan bagi mengimbangkan serangan dari tangan kanan dan kiri..

dari pelebat ini juga boleh dijadikan salah satu buah untuk menyerang dan melapis serangan musuh..yang penting asas mesti mantap..nanti cuti panjang nak test pelebat ni kat jiran sebelah rumah..nak ajar die pelebat ni dan nak tengok macam mana peningkatan yang die dapat..tapi sebelum nak mengajar,,mesti mantapkan dulu pelebat ni..ada betul??? masalahnya,,bilik daku asyik ada orang je ha..bila lak nak trainning ni???!!!! adoi...

ni pun asas gak ni..asas nak jadi orang yang mahir dalam seni beladiri adalah selalu berlatih..tak kira la silat apa or martial art pe..semuanya kena rajin trainning..jangan syok sendiri..jangan anggap hanya hak diri je yang kuat..ingat,,kat dunia ni tak de yang perfect..semuanya ada kelemahan..sampai disini saje untuk sesi kali ini..

p/s: hope sifu den tak marah den memandai buat pelebat baru..den memang mahir dalam memandai ni..tengok nama blog lerr kan..Hanya Memandai...

Friday 11 March 2011

Sesungguhnya,,peperangan yang terakhir semakin hampir

Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibahagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi)


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda:”Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.”

http://akuislam.com/blog/renungan/dajjal-kecil-telah-muncul/



kalau tak silap,,salah satu cara nak lawan fitnah dajjal,,bce surah al kahfi..apa yang Rasullullah risaukan telah mula kelihatan..fitnah dajjal sememangnya bahaya

maka dengan ini disarankan belajar beladiri,,memanah,,berkuda,,dan lain -lain sunah Nabi Muhammad s.a.w.

time nak berperang dengan dajjal nanti,,kereta kebal,,bom,,senapang dah tak da..besar kemungkinan ini terjadi apabila sumber bahan mentah habis..

cari syarat-syarat nak jadi tentera imam mahdi..cuba buat..if tak mampu,,cuba sdaya upaya didik anak-anak kita kelak supaya cukup syarat jadi tentera imam mahdi..

alang-alang belajar beladiri,,biar sampai dapat syahid..diri ini belum cukup sedia lagi..banyak kena dipersiapkan..

Sunday 6 March 2011

Batas Gurauan

ni cerita panas cket..sabar je..dri ini bila diam orang pijak kepala..bila bising orang cakap sombong pulak..ada orang dah terlebih gurau la sama ana..hehehe..last betumbuk masa form 2 dulu..time zaman jahiliah dulu..time ni memanang jahat la..nak bertumbuk je..nak ikut hati,,nak je hentak orang ni..adoi..susah nak tahan marah walaupun mampu meluahkannya..

entah bila leh sabar lagi ni..dah la single now..if de aweks,,leh gak ngadu kt aweks..hehehe..gatal den ni..tapi bila dah single camni rasa aman lak..sebab sebelum ni kebanyakan masalah berpunca dari cinta..hehehe..yang ni kira pengalaman hidup la..untuk bercinta,,hanya rasa cinta saje tak cukup..mesti kena ada saling memahami dan tahu batas yang mana pasangan tidak suka..entry kali ni terkeluar dari landasan beladiri..hati ni panas campur sedih la..nak luahkan orang lain tak tau la..dah jenis saya ni suka berahsia..lagi pun hal ni kalau diluahkan,,terpaksa bukak aib diri sendiri dan orang lain..so,,luahkan kan blog sendiri..bukan ada orang baca pun..hehehe..

kita kalau nak bergurau ni kena berbatas..kena tau apa yang boleh buat orang lain marah..malas la nak jadi macam perangai dulu lagi..salah siket nak bertumbuk..walaupun dah belajar buah pukul,,bukan bermaksud dah kuat..nanti kalah kang,,malu lak..hehehe..if kalah kerana membela yang benar tak pe la,,tapi ni kalah kerana terlalu mengikut perasaan..camne nak buat ni?? tengok la nanti..kalau dah lebih sangat,,terpaksa sound gak..pe nak jadi,,jadi la..diri ni bukan tinggi sangat taraf kesabaran..

entri kali ni lebih kepada isi hati penulis pada masa sekarang..tulis apa yang terlintas je ni..so,,kalau tak paham tu normal la..hanya penulis je yang paham agaknye..bila la den nak kawin ni??? hahahahahahahahahaha.....

(esok ada kelas,,projek de masalah,,nak tido takut tak bangun lak nanti)

Sunday 20 February 2011

Kisah Dato' Moyang Salleh

DATO' MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR


Pada suatu ketika dahulu, daerah Jelebu di Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan Sultan Johor. Kononnya baginda seorang yang zalim dan tingkah laku baginda tidak disenangi oleh Datok Penghulu Jelebu.
Datok Uban iaitu Penghulu Rembau mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Seri Banun. Bila Sultan Johor mendapat tahu kecantikan gadis itu maka baginda menghantar utusan tapi pinangan baginda ditolak sebab Seri Banun sudah bertunang dengan seorang pemuda bernama Si Amat.
Sultan JOhor murka lalu memerintahkan Datok Penghulu Rembau datang mengadap tetapi beliau enggan sebaliknya menyuruh Si Amat iaitu tunang Seri Banun ke Johor sebagai pengganti. Baginda Sultan merasa terhina lalu bertanya kepada Si Amat kenapa hasrat baginda hendak mengahwini Seri Banun di tolak.
" Ampun, Tuanku. Seri Banun itu tunang patik," sembah Si Ahmad.
" Putuskan pertunangan kamu!" titah sultan.
" Ampun Tuanku," sembah Si Amat. " Patik tidak sanggup mungkir janji sebab sekali kita mungkir janji seumur hidup orang tidak akan percaya."
Baginda bertambah murka lalu memerintahkan Si Amat di bunuh. Pengawal istana segera menghayunkan pedangnya ke leher Si Amat tetapi senjata itu tidak melukainya kerana Si Amat memiliki ilmu kebal.
" Tuanku," kata Si Amat." Patik ini anak pembesar. Mengikut adat anak pembesar tidak boleh dibunuh. Tetapi kalau tuanku nak bunuh juga maka gunakan keris patik dan tikamkan ke rusuk sebelah kiri patik."
Mendengar itu lalu Sultan mencabut keris Si Amat lalu menikam rusuknya dan dengan sekali tikaman saja maka Si Amat pun mati. Datok Penghulu Rembau merasa amat sedih dengan kematian Si Amat akibat di bunuh oleh Sultan JOhor. Maka beliau pun mengadukan hal tersebut kepada Moyang Salleh Datok Penghulu Jelebu.
Moyang Salleh turut merasa simpati dengan kematian Si Amat dan beliau bersetuju mengadap sultan Johor untuk bertanya kenapa pembunuhan itu dilakukan oleh baginda.
Maka Moyang Salleh pun bertolak ke JOhor dengan membawa empat orang pengiringnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam, dan Tok Bauk. Dan mereka mempunyai kegagahan dan kesaktian masing-masing.
Apabila sampai di Johor baginda Sultan tidak menerima mereka mengadap malah disuruh berdiri di halaman istana sahaja. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati Moyang Salleh dan pengiringnya tambahan pula beliau pembesar tanah jajahan sultan.
Tiba-tiba langit gelap menandakan hujan lebat akan turun. Sultan yang duduk di anjung istana bersama pengiring hanya memerhatikan sahaja tanpa mempelawa naik ke istana. Baginda seolah sengaja hendak membiarkan utusan dari tanah jajahan itu basah kuyup di halaman istana.
Apabila hujan turun maka Moyang Salleh membuka destarnya lalu melambungkan ke atas dan tiba-tiba destar itu bertukar menjadi payung. Dengan ini mereka berlima tidak basah.
Kemudian pengiring-pengiring Datok MOyang Salleh pula menunjukkan kehebatan masing-masing. Datok Gagah Lela Perkasa menggarukan belakangnya pada batang kelapa yang tumbuh di halaman istana menyebabkan buah- buah kelapa yang masak berguguran jatuh ke tanah.
Tok Beruang Hitam pula menunjukkan kekuatan tangannya dengan mencakar dinding istana hingga tercabut. Manakala Tok Laut Api pula bila menghembuskan nafasnya keluar api hampir membakar langsir istana.
Sultan Johor merasa hairan melihat kejadian itu sekaligus merasa tercabar seolah Moyang Salleh dan para pengiringnya sengaja hendak menunjuk kehandalan di depan baginda.
" Beta mahu kamu tunjukkan pula kehandalan kamu kepada mereka," titah Sultan kepada pembesar istana.
" Ampun Tuanku," sembah Datok Bendahara. " Setahu patik tidak ada sesiapa di negeri Johor ini mempunyai ilmu setanding dengan mereka."
Sultan terdiam sambil berfikir. " Kalau bagitu benarkan meraka mengadap." titah baginda.
Datok Bendahara menjemput Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana mengadap Sultan tetapi mereka mengenakan syarat mesti disediakan jamuan kerana mereka merasa amat lapar.
" Sediakan nasi lima puluh gantang dan lauknya seekor kerbau," kata Moyang Salleh.
" Makanan sebanyak itu biasanya untuk seratus orang," kata Datok Bendahara hairan.
" Jika baginda setuju kami akan naik ke istana tapi jika tidak setuju biarkan kami di sini sahaja," kata Moyang Salleh pula.
Mahu tidak mahu Sultan terpaksa menerima syarat itu kerana bimbang utusan dari Jelebu itu bertindak liar. Dan apabila jamuan sudah disediakan makan Moyang Salleh dan para pengiringnya naik ke istana.
Sekali lagi Sultan Johor dan pembesar-pembesar istana hairan bila mendapati makanan yang mereka hidangkan habis di makan oleh Moyang Salleh dan para pengiringnya.
" Benarkan mereka mengadap beta kemudian suruh balik segera ke Jelebu," tutah Sultan Johor.
" Beginikah cara tuanku melayan pembesar tanah jajahan?" tanya Moyang Salleh sebaik sahaja mengadap Sultan.
" Apa maksud kalian datang ke Johor tanpa diundang?" tanya Sultan pula.
Oleh kerana terlalu marah dan merasa terhina dengan sikap Sultan maka Moyang Salleh lupa tujuan asalnya datang ke Johor. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah tidak mahu bertuankan Sultan yang tidak betimbang rasa.
" Patik datang untuk memutuskan tali dengan Johor. Mulai hari ini Jelebu merdeka dari pemerintahan tuanku," kata Moyang Salleh.
" Beta tak setuju!" titah Sultan.
" Alamat negeri Johor akan huru hara kami kerjakan. Akan berlaku pertumpahan darah di bumi Johor ini," kata Moyang Salleh pula.
Kerana bimbang dengan tindak balas Moyang Salleh dan para pengiringnya akhirnya Sultan Johor bersetuju walaupun berat hati baginda melepaskan Jelebu keluar dari tanah jajahan baginda.
Baginda menganugerahkan Moyang Salleh cap mohor sebagai pemerintah " Bergajah Tunggal" dengan membawa gelaran Datuk Mendalika Akhir Zaman Sultan Jelebu.

Kemudian baginda Sultan menyuruh Datok Moyang Salleh dan para pengiringnya meninggalkan Johor dengan segera. Semasa turun dari istana Datok Moyang Salleh mencabut pedangnya lalu dicantasnya tempayan yang terletak di tepi tangga balairong. Kerana tajamnya mata pedang Datok MOyang Salleh dan tetakannya yang kuat maka tempayan itu putus dua, tetapi masih tegak seperti biasa seolah tidak nampak bekas cantasan mata pedang pada tempayan itu.
" Selagi tempayan ini putus maka selagi itulah hubungan antara Jelebu dengan Johor akan putus," kata Datok Moyang Salleh lalu meninggalkan istana Sultan JOhor.

dipetik dari blog http://psbjelebu.blogspot.com/2005/01/kisah-dato-moyang-salleh.html

Monday 14 February 2011

Sunday 13 February 2011

Maulidur Rasul

Cagar

pehal lak hal cagar ni de dalam blog ni?? dah nak tukar topik dari silat ke pengurusan wang ke?? jangan klik lain,,anda masih di blog Hanya Memandai..dan cagar ni bukan cagar hal nak pinjam duit..ni cagar dalam petua silat..

macam mana konsep cagar ni?? cagar ni boleh di ibaratkan macam kita bagi sesuatu untuk dapatkan sesuatu..ada betul?? nak maksud yang betul,,pegi rujuk kamus dewan..diri ini dah lama tak tengok kamus dewan..dulu time sekolah rendah selalu la guna nak cari maksud..time tu subject bahasa melayu terbahagi dua..satu penulisan,,satu lagi pemahaman..dalam pemahaman tu la yang selalu kena suruh cari maksud perkataan..sekian cerita tentang kamus dewan..kang lama-lama sangat cerita pasal kamus dewan,,tertinggal lak cerita tentang petua cagar ni..

dari segi maksud kita dah jelas dengar cagar ni,,tapi bagaimana pula dengan praktikal nye?? sebagai contoh,,bila musuh sepak layang ke arah peha,,maka kita cagar keting kita dan terus masuk menjamu selera dengan lauk muka,dada dan persenyawa..yang ni biasa kita tengok dalam tomoi..paham tak dengan ayat "terus masuk menjamu selera dengan lauk muka,dada dan persenyawa" bukan suruh makan "lauk" ni tau..makan disini maksudnya menumbuk atau menyepak..hehehe..saje je loyar buruk..tau tuan-tuan dan puan-puan semua paham..jangan marah ye..nanti den merajuk baru tau(eh,,gedik jugak aku ni)..ok,kita sambung..biasanya anggota yang kita cagar adalah anggota yang tidak membawa maut jika terkena serangan..sebagai contoh keting,tapak kaki,peha,tangan dan macam-macam lagi la..takkan la tak tau mana titik maut kat badan..cakap dah taraf guru,,mesti tau nye..if tak tau jugak,,refer text book biologi atau refer pada mana-mana sifu korang..tengkuk,leher dan persenyawa tak leh buat cagar tau!!! gilo namenya if buat anggota ni cagar..kalau tak ke liang lahad,,ke hospital bahagia yang berdekatan..jangan buta main..

ni jela petua yang tau..diri ini belum sampai taraf guru lagi..banyak lagi yang nak kena korek kat sifu ni..reunion ketiga nanti nak korek petua banyak-banyak..nak mintak sifu train kitorang main tongkat..lama tol tak main tongkat ni..asyik fokus tangan kosong je..bila dah mahir main tongkat leh main sundang/pedang dan parang..mahir main tangan kosong,,leh main keris,,pisau dan macam-macam lagi senjata yang kepanjanganya kurang 1 hasta..ni salah satu kelebihan buah pukul mat kelang..tu yang den jatuh cintan tu..pastu nak mintak ijazah kat sifu keilmuan Gayuman 3..pe tu Gayuman 3?? please visit this blog for more information..tu pun klo de rezeki

bereh..nak tau lebih lanjut petua cagar,,refer guru memasing..
Assalamualaikum...


Hanya Memandai...

Saturday 5 February 2011

First Time Mengajar

ingat tak perihal jiran sebelah umah yang nak belajar silat dulu?? haa,,ni nak cite ciket..mula cadang nak buat 5 hari,,tapi disebabkan masalah tertentu,,dapat buat 2 hari je..hehe..bygkan macam mana nak ajar sume silibus dalam masa 2 hari..1 sesi tu kena buat dalam masa yang lama la jawapnya..

hari pertama diberi pengenalan tentang asas maju dan undur,,asas maju dan pusing,,empat penjuru kanan,,empat penjuru kiri,,tumbuk spring satu,,tumbuk spring tiga serangkai,,buah 1,,buah 2 dan sedikit cara nak menghadapi serangan sepak layang kiri dan kanan serta tetak..

hari kedua pula tentang buah 3,buah 4 dan buah 14..ajar die main lapis sket ritu..not bad as a beginner..

sekali lagi hendak dimaklumkan,,diri ini bukan guru,,just tukang ajar je..buah 1 pun tak kemas lagi diri ini..tapi atas dasar nak mengembangkan ilmu Buah Pukul Mat Kelang,,maka ajarlah siket..nak lebih kena jumpa my sifu..bab-bab kebatinan den tak dapek nak ngaja lagi..kena rujuk sifu jugak..maybe reunion akan datang nak bawak die menghadap sifu..tapi sebelum tu nak mantapkan lagi ilmu buah pukul die..baru lah tak segan nak jumpa sifu nanti..

sekian coretan..

p/s : angan-angan nak bawak Silat Setiabakti menapak kat kampung den..insyaAllah

Saturday 22 January 2011

Jelez

sifat cemburu memang tak boleh lari dari hati manusia yang serba hina ni..tak banyak sedikit pasti ada..mari kita imbau kembali sejarah anak-anak moyang kita dlu..Habil dan Qabil,,anak kepada moyang kita Nabi Adam a.s. kerana hanya sifat cemburu akan saudara sedarahnya sendiri,,Qabil sanggup membunuh Habil..daripada kisah ini saja kita boleh lihat bahawa sifat cemburu adalah salah satu daripada pintu gerbang bagi tentera-tentera iblis mengacau jiwa setiap daripada anak cucu Nabi Adam a.s. hehehe..ada macam ustaz kan??? dah lama tau tu,,just hari ni je baru nak war-warkan pada orang ramai..eh,,cop-cop...ni bukan sifat sombong ke??? adoi,,hamba tersilap,,mari kita tengok sikit definasi bagi sombong..sifat sombong boleh diertikan sebagai satu sifat yang menganggap bahawa dirinya besar ataupun berkuasa seterusnya menganggap bahawa orang lain hina,lemah,,dan sebagainya yang boleh dikaitkan..kita bukak sikit Al-Quran ye,,

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

kalau salah surah tolong betulkan,,ni copy paste dari internet je..maafkan saya..diri ini bukan ustaz,,tapi hanya hamba Allah yang hina yang hanya memandai..sekali sekala kena gak ingat agama kan?? yeke sekali sekala je kena ingat agama?? kena selalu la..adoi,,sekali lagi hamba tersilap..maafkan saya..haa,,kan dah cakap tadi yang diri ni bukan ustaz,,memang conferm banyak salah dan silap laa..saya pinjam kata-kata dari Guru Nurulzaman,,pengasas Silat Sabil Inderasakti

"Sejauh mana kita belajar ilmu kuat, yang kuat tetap Allah.. kenapa belajar ilmu kuat, sedangkan rasullullah mengajar mencari ilmu mendapat perlindungan dari Allah. Sekuat-kuat Makhluk, kuat lagi penciptanya...cari lah ilmu mendapat perlindungan dari ALLAH selamat Dunia dan Akhirat."

sebenarnya diri ini nak bagitau yang diri ini dah ada sifat jelez..jelez pada siapa??? jelez kek sifu den yo ha...hehehe..mana tak nye,,sifu diri ini sekarang dalam proses belajar Lian..Lian Padukan if tak silap..sifu ni kalau nak ikut beza umur ngan yang empunya diri memang jauh beza..bukan lah nak cakap yang diri ini dah berumur,,just nak cakap yang umur sifu dah masuk line golongan yang penuh pengalaman (cikgu,,saya tak cakap cikgu tua ehh,,cakap berpengalaman)..best dapat jumpa dengan orang yang berpengalaman ni,,die banyak story..banyak gak yang leh amik ikhtibar..kadang-kadang kalau betul gaya,,leh dapat ilmu baru..haa,,ni lagi satu salah ni..rapat ngan sifu atas niat nak ilmu semata..bukan kerana nak merapatkan ukhuwah sesama insan...sekali lagi diri ini silap..dah berapa banyak silap dalam entri kali ni ha?? siapa dapat kira,,saya bagi 1 markah..bagi markah je la yang mampu..nak bagi duit,,diri ini kedekut..kedekut ni salah gak tau..

patut la bila baca blog orang lain banyak iklannya,,coz sedap melalut ni..yela,,blog kita sendiri kan..tulis jela..jangan tulis benda yang boleh membawa provokasi dah..ok,,sambung balik..jelez diri ini bila dengar sifu now masih rajin bergelanggang..coz diri ini memang pemalas dalam bergelanggang..kursus intensif boleh lah..sampai ke kuala kangsar pun sanggup redah..hehehe..dalam blog sifu,,die ada cakap yang nak bermastautin dalam Lian..silat baca blog Pukulan-Clans ye..de link kat sebelah kanan tu..klik je..tahniah kepada sifuku kerana masih rajin dalam bergelanggang..saya??? kemungkinan nak stay dalam Silat Setiabakti..tapi sebelum tu nak amik dulu apa-apa yang tak habis belajar dalam Buah Pukul Mat Kelang..someday nak gerak tengok Guru Abas kat Selandar,Melaka..antara guru dalam permainan Buah Pukul Mat Kelang..dengar-dengar kejap je nak habis buah..tapi tak tau la..kalau asyik sumbang je pelebat nak cepat habis macam mana kan??? kisah Guru Abas ada dalam blog Warisan Pukulan Mat Kelang..nanti tengok la tau..ok,,rasa sampai disini je yang mampu ditulis..dah kering dah idea..Assalamualaikum dan semoga berbahagia hendaknya..entri kali ni lebih kepada nak promote blog lain je sebenarnya..

p/s: ada orang tanya buah pukul ni silat ke?? den jawap yang buah pukul ni petua..kadang-kadang cakap buah pukul ni tinju melayu..bab-bab ni lemah sikit..

Wednesday 19 January 2011

Pengalaman Dalam Langkah Hikmah Panglima a.k.a Silat Gerak

sebenarnye dh tak ingat tahun berapa amik ijazah ni kat sifu..if tak silap dlm 4 tahun lepas..time matrix dlu..sebelum tarikh penijazahan,,ktorng(kalau tak silap 5 orang sumenya) sume dh lama menginginkan keilmuan ni..maklum lah, budak-budak cam ktorng ni memang kejar kesaktian lebih dari kesaksian..padahal inilah yang sebenarnya..belajar keilmuan hikmah bagi menambahkan lagi keyakinan kekuasaan Allah s.w.t. Dia mampu buat apa pun tanpa ada sedikit pun kesusahan..Allah Hu Akhbar..

nak dijadikan cerita,,maybe rezeki memang dah sampai,,sifu cerita la cket apa tu silat gerak dan camna cara nak train silat gerak ni..konsep asal mudah..doa dan zikir..jadi or tak bukan kerja makhluk..tapi setakat ni,,jadi je sumenye..Alhamdulillah,,walaupun hati kotor,,Dia tetap memberi rahmatNya..diri ini jenis yang suka mencuba,,try la buat latihan silat gerak ni kat bilik..time ni belum dapat ijazah lagi ni..tengok-tengok,,jadi la pulak..hehehehe..yang ni jangan tiru tau..bahaya gak kalau wat latihan tanpa ijazah,,kang jadi papehal susah..den dulu berani buat coz den tau sifu ada..pape jd,,roger sifu je..hahahaha..orang lain yang buat masalah,,orang lain yang tolong selesaikan..selepas seminggu dari tu,,den pun bagitau sifu tentang onar yang telah den buat..seb baik tak kena hulur..time ni kesabaran sifu den tinggi kot..dan lebih kurang sebulan lepas ni,,kitorang semua telah di ijazahkan secara rasmi keilmuan Langkah Hikmah Panglima..

cerita takde la best sangat kan?? tapi hati rasa nak menaip je lak..siapa yang berkeinginan hendak mendalami keilmuan hikmah ni bagitau ok?? my sifu sedia membantu..tapi bermahar la..rujuk entri bertajuk Silat Gerak..jangan risau,,takda unsur khadam,,takde kena rasuk..kalau kena rasuk gak,,tu makna ada saka or de ilmu lain yang bercanggah la tu..

Sunday 9 January 2011

Dilema dan Peningkatan

adoi,,sekarng ni dah konfius cket..gerak hati ni rasa nak fokus kat buah pukul je pulak..ble dh lama train buah pukul ni,datang rasa yakin pada buah..lagipun trainng buah pukul sekarang secara intensif je..setiap 1 sem je..3 hari 2 malam..senang..bukan pe,,dri ni sebenarnya lemah cket bila bergelanggang ni..maleh turun kelas..kalau boleh nak amik yang intensif je sume..yang leh cepat habis..macam Silat Sabil Inderasakti..kejap je dah habis..badan pun tak sakit..petua lak taraf guru..wow..sedap siot..hmm..cmne nak buat ni??

baru aritu jiran sebelah rumah nak belajar silat..die nak belajar ngan diri ni..apalagi,,said orite je la..tggu kedatangan ku cuti nanti..lagipun sifu den dah bg green light nak mengajar asalkan ajar buah pukul yang asli..bukan yang telah dioperatekan..hehehe..cm tau je yg diri ni dah start nak operate buah pukul ikut gaya lain..almaklumlah,,buah pukul ni bukan cam silat lain..tak terikat pada buah..bak kata sifu,,asal leh menang,,buah pukul la tu..jangan main koboi dah..nampaknya dri ini dah mula nak jadi guru dah..huahuahuahua...tukang ajar leh la,,jadi guru,,jauh lagi tu..banyak lagi kena belajr..nak jadi guru bukan just ilmu buah pukul kena power,,ilmu agama pun kena lagi super power coz guru lah yg mmpu membentuk murid menjadi manusia yang lebih baik..cuti nanti seminggu,,rasa cukup if ajar nanti ni..tapi tak dapat la nak ajar sampai sume skali coz dri ini pun bukan tau semua..tentatif program pun dah nak start wt ni..nanti senang..terus ajar je..tak payah nak pikir..

Hari pertama:
tumbuk spring satu,tumbuk spring tiga serangkai,asas maju dan undur,asas maju dan pusing,empat penjuru kanan,empat penjuru kiri,buah 1,buah 2

Hari kedua:
ulangkaji hari silibus hari pertama,buah 3,buah 4,buah 14

Hari ketiga:
ulangkaji silibus hari kedua,main panglima bagi serangan tumbuk lurus,tetak,tumbuk orang gila,sepak layang,tujah

hari keempat:
ulangkaji silibus hari ketiga,main lapis

hari kelima:
ulangkaji buah 1,buah 2,buah 3,buah 4,buah 14 dan main lapis

ni antara perancangan jela..jadi tak bukan keja makhluk..makhluk mampu merancang je walaupun pada hakikat sebenar,,tetap Yang Maha Kuasa juga yang merancang..now dah post tentatif ni,,tak de la nanti lupo nak ajar pe..bila die dah mahir dalam permainan buah pukul ni,,nak ajak die join reunion lak..nak bg die tambah lagi ilmu..coz banyak lagi tu yang tak diajar..banyak pecahan lagi..klo nak diikutkan,pe yang akan diajar ni je dah leh jaga diri,,just kena mahir dan yakin pada buah..tu je..hehehehe,,bila dah de geng nak main buah pukul nanti,,ada la geng nak train bila balik cuti..buah pukul ni memang nak kena ada partner..baru leh datang maut die..tengok la nanti camne..

p/s:now dah start sem baru,nak kena kurang merantau ni..fokus study lak..adoi,,chaiyok!!!