Sunday 16 December 2012

Lagi Blog Keilmuan yang Menarik

Assalamualaikum.. :)

daku dulu ada dengar..nama Allah ni banyak..terlalu banyak..bukan hanya 99 sahaja..dan daku juga dengar dengan adanya nama Allah yg ke-100 yg menjadi rahsia bagi mereka yang tidak mengetahui seperti daku dan menjadi pegangan teguh bagi mereka yang diberi kefahaman oleh Allah..layan blog ni..baca sampai habis yaa..agak panjang coretan beliau..tapi bagi daku,,sungguh bermakna..daku ni hanya budak kecil yang tiada nilai apa..tiada dipandang oleh sesiapa..daku ini selalu lalai dan berbuat dosa..yang taubatku hanya lafas semata..daku mengaku khilaf diriku ini yang banyak perlu diperbetulkan..daku sedar hati daku tidak sebersih kalian..mohon doa daripada kalian agar daku dapat menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya..maaf andai tersalah kata..


Monday 3 December 2012

Ilmu Mandraguna

ilmu ini under bengkel MKFAI..sebagai menghargai kesetian alumni MKFAI yg telah banyak join bengkel MKFAI,,maka pihak MKFAI telah merangka satu bengkel yang mempunyai pengisian ilmu yang tinggi..bengkel ini telah berlangsung pada 2hb Disember 2012 pada sebelah pagi di Wisma Kohilal, Jalan Gombak..

antara isi kandungan bengkel ini ialah, ilmu mata helang ataupun ilmu scan,,ilmu doa karomah nabi khaidir baik untuk pemagaran diri dari sebarang bentuk anasir jahat..dan ilmu kekuatan badan..ada tiga ilmu kesemuanya dan segala ilmu ini mempunyai energy yg kuat seandainya kita mengamalkn secara istiqomah..yang paling menarik,,Ustaz Shahrin telah mengizinkan kami semua untuk mengijazahkan keilmuan ilmu kekuatan badan..alhamdulillah,,dapat juga daku menjadi guru kecil..mana tau ada jadi apa-apa nanti,,boleh la tolong isikan pada kaum kerabat keluarga..

alhamdulillah..satu ilmu yang bermanfaat..berbaloi pegi..ada yang menarik disini..daku telah boleh menghadirkan amarah..boleh lah jadi tukang demo untuk bengkel ilmu pertahanan diri nanti ni..hehehe..terpelanting terus daku..maklum la,,pemagaran dilakukan oleh seorang master..hehehe..selalu buat sendiri takde lah sampai terjatuh..ini manjang nak tumbuk je jatuh..jatuh je la kejanye den..

buat masa ini,,target nak fokus pada bengkel MKFAI dahulu..tahun depan plan nak ambil ilmu hulubalang,,kunci amalan dan satu program pada bulan ramadhan..semoga dipermudahkan..tak lama lagi cuti sebulan..cadang nak jumpa sifu..nak train buah pukul..lme tak train ni..bagi sesiapa yang berminat mahu join bengkel MKFAI,,click here for more details..

p/s : plan den nak ambil ilmu peringkat guru panca bayu kena postpone la rasanye..lambat lagi la kot..niat nak ambil master keilmuan ini suatu masa nanti..isnyaAllah..

Saturday 10 November 2012

Ilmu hulubalang

seminar mkfai sekali lagi mengadakan bengkel..rujuk jadual untuk maklumat..daku tak join rasanya..tengah kumpul duit mahu ambil kunci amalan bulan 12 nanti

Pukulan Panca Bayu

malam sebelum hari ini daku belek la wall facebook seorang guru..terbaca la daku akan perjalanan beliau sekarang yang bertemu dengan aulia ataupun ariffbillah..banyak la kelebihan para aulia ataupun arifbillah ni..boleh teleport,,boleh mengajar banyak tempat dengan satu masa dan macam-macam lagi la..mereka ni amal bukan nak sakti pun..dah amalan mereka ikhlas,,dunia ni bawah tapak kaki kiri je la..habiskan masa di dunia ni menjadi hamba Allah sahaja..dari sini tersebut la serba sedikit tentang panji hitam di ufuk timur..tentang tentera imam mahdi suatu masa kelak..daku ni minat bab kependekaran ni..mula la terbakar sikit..

maka disebabkan itu daku pun check gerak..selesai solat asar,,daku pun bermohon kehadrat Allah tentang niat daku..antara boleh go on ataupun tangguhkan dahulu..mengikut gerak den yg memang tumpul ni,,daku pun dapatlah alamat bahawa,,"go on dengan niat tu"..alhamdulillah..nak mohon pertunjuk ni kena fokus hati nurani tu..kena buang semua yang mengarut..tu yang payah tu..tu sebab kebanyakan gerak ilham daku salah..dah hati kotor..patut kekal hati ingat Allah..ni tak,,asyik dunia je yang dingatnya..apa itu 'check gerak'?? ala,,ni kiranya salah satu ilmu scan tahap paling rendah sekali..pakai 'gerak'..macam mana mahu hadirkan itu 'gerak'?? pergi la berguru permainan silat gerak ni..cari yang halal; tau..buat la solat ishikaroh dulu kalau tak conferm..daku malu la nak cakap ilmu scan..sebabnya,,ilmu scan den ditahap paling rendah..malu wooo..hehehe..tapi takpe lah..dah daku ni budak kecil baru belajar,,ilmu tahap rendah je la..dalam pada itu daku pun memikirkan mahu belajar satu ilmu tahap tinggi sedikit bertahap guru..bukan pe,,sebagai bekalan buat anak cucu..nanti diorang semua tak payah la nak merantau berhabis duit..atok die ni dah bagi..biarlah atok die ni habis duit dulu..janji dah dapat ilmu amal..mana tau sampai zaman anak cucu kita nanti imam mahdi muncul,,boleh la manfaatkan segala ilmu yang daku dapat ini buat sijil untuk hantar resume sebagai tentera imam mahdi..daku ni memang tak layak la..jaga malam pun payah..semoga anak cucu cicit dan seterusnya keturunan daku kelak semuanya muslimin muslimat,,mukminin mukminat,,soleh solehah..hati hidup ingat Allah setiap detik..

dek karana ini semua,,daku pun berhajat dalam cuti 2 bulan nanti,,daku mahu belajar ilmu pukulan panca bayu peringkat guru secara bertemu dua mata..ni serius punya..bukan main-main..mungkin dulu daku ada mengatakan ingin belajar,,tapi tak juga belajar..hehehe..now betul..nak kena start kumpul duit dari sekarang ni..sebagai pembuka bicara proses pengumpulan dana ni,,elok rasanya banyakkan bersedekah..ye dok?? dapat untung balik 10 kali ganda maa..kalau hati ikhlas hidup ingat Allah time bersedekah lagi best..sedekah hari ni,,hari ini gak dapat..pokoknya ikhlas la..daku ni tak tahu la ikhlas tahap mana..tapi yakin lah,,Allah pasti membalas perbuatan baik kita..IKHLAS ITU KUNCI..tarak ikhlas,,tarak guna..

jika ada diantara kalian juga bercita-cita mahu belajar,,klik halaman ini sebagai rujukan..ustaz shahrin,,guru kepada sifu den..dan juga guru den..samoga bermanfaat..den takda share apa-apa..berkongsi sahajata..

update: tengok fulus dalam poket,,dah nak kering..hadui,,cmne ni..jadi ke tak plan den ni agaknya??

p/s : sekejap bahasakan diri 'daku'..sekejap 'den'..pepandai la nak paham ye..dua-dua ayat mewakili orang yang sama..cuti 2 bulan den ntah bila ntah..nanti kena tengok jadual dulu

Saturday 27 October 2012

Main Orang Kayu

laju lak mamat ni main orang kayu..power sioott...

 laju kan?? taraf guru dah mamat ni

Thursday 25 October 2012

Sparring Anak Sendeng




ni orang kata light sparring..takda sampai turut sampai k.o...tapi boleh tahan ganasnya..den tak berani nak buat camni..kekekeke..nama je den ni main buah pukul,,tapi penakut sakit..hehehe..buat malu je den ni..

semoga dapat pelajaran..



satu lagi sparring..syok gak tengok..bila la den nak jadi power cam dorg sume ni..hadui..

nak lagi?? de dalam youtube..cari sendiri..hehehe

Wednesday 24 October 2012

Teknik Gayang Lima Pimpinan Guru Tengku Musa




ha,,ce try berlatih dengan sahabat yg lain..buah pukul sodap!! ada juga niat hati nak join kursus intensif Guru Tengku Musa..tapi tak tau la bila..angan-angan je kot..hehehe

Saturday 13 October 2012

Doa Seribu Kejadian

dipetik dari blog TokUban78.
dikatakan doa ini mujarab bagi melindungi diri daripada kejahatan jin, manusia dan bintan buas serta berbisa..rujuk disini..semoga bermanfaat..ingatlah,,ilmu tanpa amal adalah sia-sia..biarlah hanya ada satu ilmu,,tetapi diamalkan senantiasa..

p/s: alang-alang baca,,tolong doakan kesejahteraan den yee...hadiahkan Al-Fatihah pun ok gak

Wednesday 10 October 2012

Anda Berminat Dengan Senjata??

Beladiri Tradisional..click link ni..ataupun search beladiri tradisional..semoga bermanfaat buat peminat senjata

Friday 28 September 2012

Seminar Pertahanan Diri

tanggal 23/9/2012,,daku telah pun selamat sampai di wisma kohilal jalan gombak,kl..tiada sebarang ,masalah kerana daku telah pun pergi kesini suatu ketika dahulu bagi mengikuti bengkel kerohanian..didalam seminar ini didedahkan dengan keilmuan kalimatul ikhfak ataupun dikenali sebagai ibu kalimah..ia adalah suatu ilmu pukulan jarak jauh bagi melumpuhkan musuh tanpa perlu sentuhan..kami pada mulanya dikumpulkan beramai bagi proses pengaktifan(berzikir beramai-ramai)..satu langkah yang baik buat daku..juga ditunjukkan demo bagaimana penyerang yang beremosi tinggi,,tiada mampu menyerang pengamal kalimatul ikhfak walaupun pengamalnya itu baru sahaja diijazahkan seminit tadi..setelah pengaktifan,,keilmuan ini terus boleh diguna pakai..alhamdulillah..dalam bengkel ini kami di ajar sehingga level 3 kalimatul ikhfak bukan hanya level 1 seperti yang daku postkan sebelum ini..pada level ini kami dapat satu ilmu ibu yang dipanggil Nazariah Kalimatul Ikhfak..apakah nazariah kalimatul ikhfak ini?? tiada mampu daku terangkan secara terperinci kerana adap ilmu itu perlu berguru..daku bukan guru..hanya buidak hingusan sahaja..tetapi secara umumnya nazariah ini adalah satu keilmuan lam jalalah..daku yakin ramai pendekar diluar sana tahu akan kelebihan ilmu lam jalalah..tiada perlu daku terangkan lagi rasanya..kesimpulannya,,daku betul berpuas hati dengan pengisian seminar ini yang ringkas,,cepat dan padat..terima kasih buat guruku Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd Rahman..tidak lupa juga kepada Master Farhan yang telah membantu..juga sekalian warga MKFAI..terima kasih semua atas perkongsian ilmu ini..tidak rugi sedikit pun mahar RM180 yang daku keluarkan untuk mempelajari ilmu ini..

ingat lagi pesan guru yang berbunyi lebih kurang,"jika kalian bergaduh atau ada yang mencari gaduh,,kalian lari sahajalah"..ini menunjukkan kerendahan hati beliau sedangkan ilmu ini adalah satu ilmu yang cukup ampuh.

sekiranya ada dikalangan kalian di Johor Bahru khususnya,,akan diadakan lagi bengkel seperti ini..sila rujuk seperti dibawah:


BENGKEL KEROHANIAN DAN PERTAHANAN DIRI ZON SELATAN - JOHOR
InsyaAllah kita akan bertemu lagi di JOHOR BAHRU PADA 13/10/2012 HARI SABTU.

TEMPAT: DEWAN HOTEL SERI MALAYSIA, LARKIN
PENDAFTARAN: PADA PUKUL 8.00 PAGI.

Tempat amat terhad. Sila daftar awal. Pemohon yang daftar awal dgn pembayaran deposit atau penuh akan diberi keutamaan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
MASTER FARHAN: 019-7489625
www.seminar2u.net

p/s: butiran di atas diambil daripada status update oleh Master Farhan..

Sunday 9 September 2012

Ilmu kalimatul ihfa'

akan ke bengkel ini..telah pun mendaftar..jom kita bersama..ni baru tahap 1..ada 3 tahap kesemuanya..niat hati nak habiskan 3 tahap dalam tahun ini..maksudnya,,takda la merantau tempat lain kecuali tempat ini..

p/s: baru habis praktikal laa..gian nak merantau..selalu cuti pergi merantau,,ini cuti pergi praktikal..mau habis sudah daku belajar..doakan daku dipermudahkn tamat belajar

Thursday 14 June 2012

Ada Terbakar Sikit

sifu den de sorang lagi murid dalam keilmuan langkah hikmah..sorang je but excelent student beb..mano tak eh,,memang fokus kek men gerak yo..sekali train makan sejam ke sejam setengah..syioot!!! den dongar kaba,,gerak dah mulo nampak cun..arghhh..tensen den dongar..den yang senior ni la yang patut lagi power gerak..ah,,tak leh jadi..tapi still maleh train den ni..adui..insyaAllah,,bilo den dah leh ijazahkan kek orang lain sem dopan,,den try bukak perguruan kecil kek tompek den..wat training seminggu sekali..1jam seminggu ok dah tu..at least den ado la geng nak main gerak..nak sparring tu memang den tak galakkan la..sobab eh,,den takut bawak gaduh yo kang..den mano ado fulus nak boli(beli) yg pelindung bdn ngan muko tu..sparring cara main pulut ok la..slow motion punya..just nak rasa keberadaan gerak dalam diri..doakan den yo..

den ado gak cadang nak jumpo sifu amik amalan menjurus ni..tapi last time den tanyo,,sifu den koba suruh den amik kek grandmaster..terus den sampai sekarang malu nak tanyo lagi..tengok la dulu macam mano..adui,,masa sempit sebenarnya...bukan tak nak menghadap..nak menghadap kena ada free 1 hari..baru puas beb..kalau sekerat hari je free,,tarak untung la itu macam..

den sekarang dalam fasa tidak kuat..kerana apa?? maleh yo nak beramal..tapi den doa yo lah..maleh macam mano pun,,yang wajib tak tinggal..amalan langkah hikmah panglima memang den dah sayang..memang kalau den dah dapek amalan kunci sekali pun,,den akan still amal amalan langkah hikmah panglima..below 5 minit je amalan for 1 set..amal at least at 1 set satu hari..pasal amalan den leh lagi,,pasal main gerak ni ada berat..dulu time den trainning gerak kt surau,,ado sorang mamat ni ngintai yo colah pintu..start ritu,,den stop buek sekalian lamo..sogan la den orang tengok..gerak den bukan lawa pun..len la gerak junior den yg dapek perhatian khusus bermain gerak drpda sifu den..ah,,jelez den :p

Update ilmu dari seminar best

ilmu menangkap pencuri..insyaAllah,,akan hadir suatu masa kelak..refer link ini

Tuesday 12 June 2012

angan-angan



dari dulu lagi den berangan adanya sebuah pertubuhan silat kek kampung den..bagi anak-anak mudo semangat siket..kuek badan..den lagi prefer silat yang tak berapo nak famous la khususnya permainan buah pukul..kekekeke..dapek buah pukul Mat Kelang or Lian menapak kek kampung den,,alangkah bestnye..time cuti takdo la den borink sangat..leh la datang melawat pekono buah satu duo das..tapi tak kisah la..asalkan ado pertubuhan silat..tp den memang nak yang tak famous..sebab apo?? saje nak famouskan yang tak famous

Sunday 3 June 2012

Rancangan Jangka Pendek

daku berhajat ingin mendalami satu keilmuan hikmah peringkat guru..dan seterusnya membuka persatuan kecil bagi sesiapa yang berminat mengikutinya..ini bertujuan kerana minat daku dalam dunia ilmu persilatan zahir dan batin serta sebagai salah satu ikhtiar daku mencari rezeki..daku suka merantau dan menghadiri seminar,,ini memerlukan wang ringgit..moga dengan ini,,segala mampu menjana pendapatan daku..insyaAllah..doakan..mungkin dalam lingkungan 3 bulan ini daku akan mendalami satu bentuk keilmuan peringkat guru..daku akan cuba men'diskaun'kan mahar nya..tetapi tak la sampai 50% diskaun..maybe 5-10%..semoga lebih ramai lagi dikalangan kita yang makin yakin dengan kekuasaan Allah dan juga mampu menarik golongan non-muslim untuk mengucap syahadah..

akan daku war-war kan nanti setelah daku habis pengajiannya atau habis jazam segala amalan..
alhamdulillah,,sekarang perjalanan untuk daku mempelajari sudah mula bergerak..tinggal mahu ambil kitab amalan dan seterusnya beramal..mohon doa daripada saudaraku disini bagi memudahkan lagi perjalanan daku..jika tiada apa,,daku plan dalam masa 3 bulan lagi,,daku akan start menubuhkan satu organisasi kecil bagi perkongsian ilmu..insyaAllah..daku bukan guru,,hanya mahu berkongsi..nanti mungki ada yang  bertanya..kenapa perlu mahar jika mahu berkongsi..mahar itu atas dasar daku nak tebus balik modal yg dah digunakan untuk mempelajari ilmu serta salah satu usaha daku mencari rezeki yang halal..mahar bukan kerana mahu menjual ilmu,,kerana ilmu ini tiada terkata mahalnya..mahar bagi tujuan perkhidmatan daku mengijazahkannya..

Saturday 2 June 2012

Lagi Blog Keilmuan Untuk dikongsi

kalau tak silap,,pengasas keilmuan ini merupakan anak murid Ustaz Shahrin..sekarang beliau sudah mencapai taraf grandmaster..antara cita2ku jua untuk mencapai taraf grandmaster ni..banayk keilmuan yang berguna disini..semoga bermanfaat untuk agama,,negara,bangsa,keluarga dan juga diri sendiri..

Saturday 26 May 2012

Den Yang Lemah

lemahnya daku..lemah dalam melawan godaan iblis dan sekutunya..lemah dalam menundukkan nafsu..memang benarlah,,sekiranya Allah tiadak membantu,,nescaya sekalian makhluk itu akan tersesat dan terpedaya..hamba mohon kekuatan daripadaMU ya Allah..

daku bersyukur kehadrat Allah Yang Maha Berkuasa kerana memberi ilham kepada daku untuk belajar silat sabil inderasakti..daripada sini daku mula mengenali tentang amalan syahadat..amalan paling penting..amalan rukun Islam pertama..dari naluri yang hanya mahu mengejar kesaktian,,daku cuba perlahan untuk mengejar redha Allah..doakan daku saudaraku..

disini daku kemukan satu blog keilmuan..berkaitan dengan amalan syahadat..jika kalian ada facebook,,add la penulis blog ini..semoga dapat ikhtibar..kalau tak salah,,pada hari ini..26/6/2012 ada majlis ilmu syahadat di pasir panjang,berserah,pekan,pahang..

ini blog yang daku maksudkan..semoga bermanfaat buat kita semua..daku baru belajar..baru nak cuci hati..

Monday 21 May 2012

Niat dihati

keilmuan Langkah Hikmah Panglima ataupun keilmuan Al-Hikmah adalah keilmuan kebatinan pertama hamba..kenapa nama ilmu ini berbeza?? kerana guru kepada sifu hamba telah membenarkan untuk mengubah nama keilmuan kerana sifuku telah sampai level master..jadi tiada persoalan mencuri ilmu disini kerana guru telah pun memberi keizinan untuk membuka perguruan sendiri kepada sifuku..ok back to topic..daku di ijazahkan sampai level 2..amalan pun tak la berat sangat..lebih kurang 5 minit je kot..tak pernah set time lerr pulok..tapi memang tak lama sangat..daku dengan ini berhajat mahu mengambil ijazah peringkat guru dalam keilmuan ini..hamba kena ambil ijazah dari guru sifuku,,Ustaz Shahrin..insyaAllah..tak lama lagi ni kot..

ce tengok kat sini

Tuesday 1 May 2012

Lagi Bengkel Terbaru

ijazah amalan bismillah 6..daku ada dapat ijazah beramal bismillah 6 ni..tapi just beramal tanpa mengetahui tatacara menggunakannya..yang daku tahu,,boleh tawar bisa..now terbaru daku dengar,,boleh tahan peluru..wow..amacam?? terbakar tak dengar?? hehehe..tapi macam biasa la..tidak boleh dipertontonkan..hanya jika terdesak..sila klik disini untuk maklumat lanjut..

alang-alang dah tengok link tadi,,tengok juga bengkel ilmu senjata mukmin-40 fungsi..

insyaAllah,,daku dan juga sahabat daku akan join lagi bengkel ni..plan nak join bengkel ilmu hulubalang(ambil sampai level 3 terus) dan pengijazahan asma ul husna..

p/s: dah ada tambah seorang follower la..hehehe..terima kasih sebab sudi follow daku..daku tiada apa..so,,pengalaman tak banyak nak story..tolong iklankan bengkel leh la..

Monday 23 April 2012

Bai'ah Amalan Syahadat

alhamdulillah,,diizinkan jua oleh Allah untuk belajar amalan syahadat..beramal sampai mendengar hati menyebut Allah,Allah,Allah..susah woo..maklum la,,den ni baru belajar..insyaAllah akan berjalan lagi hingga sampai..jumpa juga dengan Guru Nurulzaman..ulang kaji dan ambil ilmu tambahan..alhamdulillah..lama jugak di rumah beliau..itu saja coretan..tiada lagi yg mampu daku coretkan kerana daku kurang ilmu dan juga pengalaman..doakan daku mendapat iman yg sebenar-benarnya dan seterusnya diiznkan oleh Allah untuk menjadi mukmin..

update (16/12/2012)

secara ringkasnya,,dari sudut pemahaman daku,,amalan syahadat ini adalah satu amalan berkaitan hati..membuang segala ikatan dunia dan meletakkan hanya Allah sahaja..kembalikan segala sifat diri kita ini sama ada zahir atau batin kepada Allah..jauh lagi perjalanan daku

Tuesday 10 April 2012

Lagi Ilmu Baru

seminar Ustaz Shahrin dah pegi..pegi bengkel kerohanian..pe yang diajar dalam bengkel ni?? kena tengok kat sini..banyak keilmuan yang ditawarkan..dari nak jadi pendekar hingga nak jadi perawat..kalau serius dalam bidang ni,,ada ditawarkan pakej A dan pakej B..pakej A RM4000 pakej B RM9000..dah amik pakej B kira dah smpai level master la..tapi kalau nak sambung lagi boleh,,kena ke tanah seberang menghadap guru ustaz shahrin..nanti kalian akan sama level dengan ustaz shahrin..kenapa mahal?? kita tengok dari segi pengorbanan ustaz dalam mencari ilmu je dah cukup..belum lgi kira yg ustaz dan family nak makan..kita sebagai manusia mesti la paham kan..bukan menjual ilmu,,tapi sebagai penebus penat lelah..beliau merantau satu dunia mencari ilmu,,kita senang je..kalau tak percaya,,try merantau seluruh dunia..tengok berapa kos perbelanjaan..tiket kapal terbang je dah berapa..kalau tiada fulus,,takpe,,ikut bengkel yang ditawarkan dah ok..daku ni ada juga berhajat nak belajar pakej B,,tapi kena tunggu kerja dulu la..kursus ini diantara kursus yang direkomen oleh my sifu..jika ada masa,,hadirlah mana-mana kursus..

haritu pergi menghadap sifu lagi bagi test gayuman 3..hehehe..alhamdulillah..lulus ujian..2x kandas kot..hehe..22hb april 2012 berhajat nak berjumpa Guru Nurulzaman untuk ulang kaji Silat Sabil Inderasakti dan seterusnya menghadap mursyid Ustaz Ismail bagi mengambil bai'ah amalan syahadat..insyaAllah..moga dipemudahkan

Friday 23 March 2012

Doa Kota 7 Petala

alhamdulillah..daku yang terlalu banyak berbuat dosa pun diberi kurnia daripada Allah akan segala macam ilmu serta rahsia..walhal jika mahu di ikutkan,,daku ini memang tidak layak sama sekali..Tuan Guru kepada ilmu ini sudi mengajar hamba cara sebenar pengamalan..alhamdulillah..moga dipermudahkan oleh Allah usaha hamba ini..sesiapa yang berminat,,sila lawat blog ini bagi tujuan mengetahui amalannya..dan jika sudah ketahui akan rahsianya daripada bait-bait syair ini,,rujuk ini pula..kalian boleh mengesahkannya dengan emailkan jawapan kalian..

p/s : adui,,den ni teramat hina,,tetapi Allah tetap memberi kurnia..maka dengan ini,,daku yakin lagi bahawasanya Allah itu Maha Pemurah

Saturday 17 March 2012

Berpisah Kita

kalau ikut gerak,,daku kena berpisah dari satu persatuan..kalau ikut hati pun memang kena berpisah..ada problem dalaman lerr..kalau berguru pilih yang betul..daku rasa ini pilihan yang terbaik bagi daku..

adoi,,kena cari baru la nampaknya..moga dipermudahkan..

Sunday 4 March 2012

Kursus Menarik

disini akan saya sertakan link dimana kursus yang menarik ditawarkan..ada cadangan dengan sahabat mahu mengikuti salah satu kursus nanti..moga dipermudahkan..siapa yang mengajar?? Ustaz Shahrin namanya..tinggi ilmu beliau..beliau ada blog juga iaitu qalbu salim..refer blog-blog menarik yang sedia ada didalam blog saya ini..jika ada dikalangan kalian berminat mengikuti kursus sebegini,,sila klik untuk maklumat lanjut

Cerita Dari Kawan

ada mimpi kata kawan,,mimpi melihat komputer..kira macam baca blog la..ada tulis kunci dan pantang dalam permainan dua silat gerak yang berlainan..bila ditanya apa die tu?? dapat baca tak..kawan cakap,,tak ingat..sebab dalam mimpi tu kawan macam nak tak nak je baca..

adui,,geram lak den..baru semangat nak tau..tapi tu mimpi disiang hari..ntah la die..tak tau la mimpi benar ke tak..nanti den nasihat kawan agar buat solat hajat..jika benar mimpi itu,,minta ada smbungannya nanti..leh la den tau cket2..hehehe

p/s: camne la den nak train 'gerak' ni..nak kena bangun tengah malam ke?? yang tu yang berat tu..nanti den torai yo :p

Wednesday 29 February 2012

Petua Mencari Guru (diambil dari blog lain)

salah satu isi penting yang harus kita ketahui apabila mahu berguru..sila klik untuk mengetahui dengan lebih lanjut

daku hamba hina ada berbuat salah kepada seseorang yang daku hormati..malu rasanya daku nak menghadap beliau..bukan setakat menghadap,,nak send message pun malu..hamba berhajat mahu berjumpa berdepan dengan beliau bagi meminta maaf..salah hamba bermula dari diriku yang ujub,bongkak dan takhbur..moga kalian tidak seperti hamba..berhati-hati bila berkata..walaupun kita tiada niat lain,,tapi ada kemungkinan orang yang mendengar akan berfikir yang lain yang membolehkan mereka menyebar fitnah,,memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya yang berniat mengaibkan ornag lain..tak senang daku..hamba mengaku salah diri..akan cari masa untuk menghadap tuan empunya diri untuk memohon maaf secara suri..

buatmu yang daku hormati,,maafkan daku yang hina ini..
elok pe yang ditulis dalam blog yang daku kongsi ni..menjadi sandaran hamba untuk lebih berhati-hati dalam memilih guru

Sunday 26 February 2012

Tapak Suci Kelantan

sudah mula datang minat untuk mendalami keilmuan tapak suci..tapi jauh woo nak pegi..kelantan sana tu..kalau bertolak dari nogowi,,lagi la jauh..kalau dari pahang,,dekat la siket kot..

tapak suci murupakan satu jenis silat kebatinan..daku pun tak tau sangat..sifu daku pernah belajar tapak suci..so,,dari situ la bermula minat daku untuk belajar keilmuan ini..apa yang daku tau,,dalam tapak suci ada silat gerak dan main jurus pukulan jarak jauh..ni je la yang daku tau..mesti ada banyak lagi rahsianya..tapi ni baru niat..jauh tu nak pegi kelantan..dah la tak pernah pergi..dulu pergi kelantan pun sebab nak antar sedara pindah rumah..time kecik dulu..sila lawat blog ini untuk maklumat lanjut

Tuesday 14 February 2012

Zikrullah

mengingati Allah itu wajib..zikir dalam hati Allah,Allah,Allah senantiasa...bila dah zikir dengan fokus,,akan rasa lain..kalau macam daku,,yang de main silat gerak,,time camni la datang gerak..bila trainng sambil zikir Allah dalam hati secara fokus,,gerak die akan semakin mantap..

punya power mengingati Allah ni..walhal den belum ikut khaifiat yg betul lagi tu..cari la guru yang mampu mengajar kalian..daku pun lum belajar lagi..tau camtu je..nak jadi baik ni susah..hati yang lalai mengingati Allah tu jahat..

kadang kala daku ada terlintas,,betul ke ni?? alhamdulillah,,tatkala daku berfikiran sedemikian,,akan datang petunjuk yang menunjukkan betul zikir itu..cuma daku kena belajar lagi la..jika tiada halangan,,daku nak jumpa Ustaz Ismail sekali lagi dalam bulan 4 ni..berbai'ah amalan syahadat..amalan dari dalam perut ibu di amalkan sampai bila-bila..Ya Allah,,permudahkanlah daku menjadi manusia dan seterusnya menjadi insan..aminn...

now cadang nak jazam balik keilmuan nak bangkitkan pancaindera ke-6..time ramdhan taun lepas dah nak habis jazam,,tp tinggal siket hari,,terus miss..adui..amalan die tak susah..yang susahnye kena bangun malam..den ni dah la orang yang jarang bangun malam..

Saturday 28 January 2012

Aktiviti Semasa Cuti Sem Lepas

tanggal 26/01/2012,,daku telah berjaya menaikkan besi khursani dalam tubuh..rentetat perjalan daku dalam menuntut akan daku coretkan disini..sebagai cerita untuk daku sendiri..daku tau pun dari sahabat yg juga merupakan geng buah pukul mat kelang..yang bestnye,,bila naik,,terus leh test..tp takde la test pkai parang..just tumbuk je..orang baru..tapi memang nampak la..org tumbuk sekuat hati di belakang tapi rilek je..time baca amalan die tu pun dah terasa impaknye..sebab tu nasihat guru,,jangan bagi orang lain yang belum naikkan besi khursani baca..di khuatiri isim..disini,,daku dah berjaya tarik seorang sahabat dalam keilmuan hikmah..terasa puas hati..mahar bagi menaikkan besi khursani,,RM30 shaja..mana tak gilo den..hehehe.now dalam proses menjazam selama 44 hari

tanggal 8/02/2012,,daku bersama 2 orang rakan yang memang duduk di Perak telah pergi ke Kuala Kangsar berjumpa dengan mursyid Ustaz Ismail..cadang nak amik bai'ah amalan syahadat..tapi belum ada keizinan daripada Allah..Ustaz Ismail tak sihat..demam..tak pe la,,dapat jumpa tu pun dah seribu rahmat..dapat gak ilmu..tapi cara pengamalan belum lagi..moga dipermudahkan oleh Allah..makhluk tiada daya upaya..dapat gak jumpa Guru Nurulzaman,guru silat yang daku sayangi..beberapa ayat yang daku ingat ialah "perjalanan ini tak boleh gopoh gapah",,"ada beza antara orang islam,,orang beriman dan orang mukmin",,"nak jadi mukmin ni susah,,kena bersuluk,,kena berusaha",,"hati kena ada zikir Allah sentiasa"..ni ye la yang teringat..

daku de cuti seminggu bulan 4 ni..time tu nak jumpa balik Ustaz Ismail..sifu daku pula dah bukak pintu jika ada sesiapa dikalangan muridnye yg ingin belajar jurus..time cuti nak g jumpe sifu..tq sifu..disebabkan sifu daku dah open,,maka tak jadi lah daku nak amik ilmu jurus dari orang lain..kalau nak pun,,lambat lagi kot..

sekian dariku..

Tuesday 17 January 2012

Ilmu Kacip Ragum

sebelum ni den de bagitau dalam blog pasal keilmuan ini..diberi oleh Allahyarham tok long kepada wan kepada den..amalnya mudah..tujuan ilmu ini untuk menguatkn tangan kita apabila mengunci musuh..sesuai untuk mereka yang banyak tahu buah kunci..diberi tahu,,hanya amal 7x setiap selesai solat fardu..just bgtau cmni je..ayat die "La Tatarok"..den de amal..tp tak pernah lak try kat orang lain..den main buah pukul,,cket je tau buah kunci ni..hehehe..sesiapa yang rajin tu,,try jazam dulu 41x sehari selama 41 hari berturut2..dah habis jazam baru buat 7x selepas selesai solat fardu..den cakap je ni..tak pernah pun buat 41x ni..buat terus 7x je..den memang pemaleh..kihkihkih..

cara penggunaan,,baca ayat ini sekali sebelum mengunci musuh..kalau nak test tu,,test la dengan orang yang lagi besar dengan kita..pastu suruh die melawan..klo die tak lepas,,kira jadi la amalan anda..pastu,,cerita lak kat cini..bagi bakar semangat den nak amal..

p/s: semakin banyak dengar yang tahun ini akan jadi huru-hara..ilmu dah la sikit..amal pun sikit..moga Allah izinkan hamba berjuang..berani dalam melawan musuh

Tuesday 3 January 2012

Tahun 2012

sebelum ni guru kepada sifuku ada memberitahu..akan ada satu peristiwa yang akan lebih teruk dari 13 Mei..peristiwa kebangkitan..lepas tu,,dengar dari group fb,,tahun 2012 ni akan ada perubahan..2012 akan ada satu peritiwa..kalau ikut barat,,2012 ni nak kiamat..hehehe..den tak cayo tu..Nabi Isa dan Imam Mahdi pun belum muncul,,tak kan nak kiamat dah..Allah tak memungkiri janji..den je yg selalu mungkir janji..dasar munafik den ni..

apa yang pasti,,peristiwa ni adalah peristiwa kebangkitan..mungkin ya,,mungkin tidak..terpulang nak percaya atau tidak..pesan sifuku kepada adik beradikku dan juga daku "tak kira apa jalan yang kalian pilih,,beramallah..kerana peristiwa yang dijanjikan sudah hampir"..daku dah lah banyak lagi yang tak cukup ni..amalan cket je..adoi..tap pe lah..yang penting istiqamah dalam amalan..biar ilmu siket pun..yg penting amalannya istiqamah..

seandainya memang akan terjadi peristiwa kebangkitan ini,,maka daku berdoa ke hadrat Yang Maha Perkasa,,diizinkan daku menjadi salah seorang dari pejuang Fisabilillah..jika diizinkan oleh Mu Ya Allah,,jika takdir hamba mati disaat berjuang,,mohon izin kurniakan kepada hamba mati syahid..hamba mohon,,hamba dapat syahid setelah dapat menggerunkan pihak musuh..hamba dapat syahid setelah hamba berjaya membunuh puluh ribuan musuh-musuhMu Ya Allah..seandainya Mu Ya Allah,,memanjangkan umur hamba,,hamba mohon di izinkan hamba tergolong dikalangan hamba-hambaMu yang memperjuangkan Islam..hamba mohon izinMu Ya Allah agar hamba dapat memegang amanahMu..izinkan diberikan kekuatan yang luar biasa dalam berjuang dijalanMu..sebagai mana gagah Saidina Ali,,gagahkan jua hamba..bantulah hamba menjadi pendekar Mu..aminnn...

p/s: hati selalu lalai la...hadui ai...hati den ni busuk dah..memang kena jumpa mursyid ni..tak boleh tidak..ada seorang dikalangan adik beradik daku dah pergi berbai'ah dengan Ustaz Ismail..Alhamdulillah,,moga beliau memperoleh bertrillion rahmat..moga daku juga :)