Monday 31 October 2011

Terkilan

banyak ilmu melayu lama yang daku terlepas..bukan kerana guru nya tak mahu ijazahkan,,tapi kerana guru nya telah kembali menghadap Yang Maha Perkasa...Ilmu Baginda Ali dan Ilmu Dabus..Ilmu Baginda Ali ni ilmu gagah..ada suatu ketika dulu..ketika daku masih belum dizahirkan di dunia ini,,ada seorang orang tua yang masih mampu memikul padi seguni..orang tua ya..bukan muda..dah tu,,selambe je bawak beban..juga dikatakan,,tong dram minyak tar jalan yg penuh tu,,selamba je di angkat masuk kedalam lori berikutan ramai orang yang malas nak tolong bawak..dia dah tensen sangat,,die sorang je angkat..ada amalan dia tapi takda yang dapat..dia rahsiakan..wan daku ada time muda dulu try minta,,tapi jawapan nya " ko perempuan,,nanti habis lak lelaki ko tibai"..kalau dapat,,dapat gak la daku merasa salah satu keilmuan orang melayu ni..

lagi satu Ilmu Dabus..nama sebenar ilmu ni tiada lah diketahui..just daku tulis Ilmu Dabus je bagi memudahkan bicara..ilmu ni dimiliki oleh Allahyarham Tok Long daku..seorang guru silat..ada suatu masa ketika upacara menutup gelanggang,,ada seorang murid nya tercedera tertikam keris @ pisau di peha kerana perbuatan orang yang mahu mencuba kebatinan..Tok Long daku baca siket,,tepuk ditempat luka tu 3 kali,,sembuh terus..darah berhenti sakit hilang..boleh terus main balik..time Tok Long daku masih diberi nyawa di alam ini,,daku tak pegi menghadap ekoran kerana daku ingat hanya tahu bersilat..dah lama baru tau yang Tok Long daku ni seorang guru silat..nama guru silat Tok Long daku Pendekar Hassan..

ni la antara ilmu yang daku tak sempat nak berguru..Ilmu Baginda Ali memang kerana daku tak idup lagi pada masa tu dan Ilmu Dabus kerana salah daku sendiri..nak berguru ilmu ni dengan guru yang lain diluar sana,,rasanya cukup sukar..mungkin dirahsiakan..ada rezeki,,dapat juga suatu masa nanti..cuma ingat jangan nak jadi gagah sebab makhluk tak kan sesekali dapat jadi gagah..ni ikhtiar kita kepada Allah bagi mempertahankan diri,,bangsa,,negara dan agama..mempertahankan diri ini boleh dikira wajib juga la kan??? salah tolong tunjukkan..
..
..
..

Sunday 30 October 2011

Kursus Intensif Pukulan Melaka (Part 1)

walaupun banyak buah yang dah tau..tapi berguna tetap berguna..banyak petua yang dapat..idupkan kaki tangan..besh..susah nak cerita pasal petua ni..nak kena duduk menghadap gak baru boleh paham..akan pegi lagi pada masa akan datang..insyaAllah..

kalau nak cakap puas,,belum puas lagi..banyak lagi yang kena belajar dan belatih..buah sulong dan buah seturut masih belum mantap lagi..nak berlatih pun tak de masa sangat..dugaan..mungkin pada masa akan datang nak menginap terus kat gelanggang..start dari pagi trainning..

banyak lagi yang berlubang dalam permainan buah pukul daku..dulu ingatkan dah ok..bila turun gelanggang,,rasa diri ini banyak lagi yang kurang..ok la tu kan..sekurangnya tau yg diri sendiri banyak kekurangan..bila dah tau kena la berubah..
...
...
...

Wednesday 19 October 2011

Kursus Intensif Pukulan Melaka

baru ni dikejutkan dengan mahar bagi kursus intensif ialah RM150..dah turun rm50..wow..makin gian nak berpukul..cadang memang nak turun gelanggang dalam masa terdekat..lagipun tak lama lagi dah nak cuti..hmm..

pernah dengar hadir hanya 7 kali sudah boleh ditauliahkan mengajar??? pernah dengar??? Silat Setiabakti ada..sebab apa boleh??? sebab buah biar satu,,tapi mampu mengatasi 1000 serangan berbeza..kalau 5 buah??? sebab tu la Silat Setiabakti boleh buat kursus intensif dan seterusnya melayakkan diri untuk menjadi tenaga pengajar..Mudah,,Ringkas dan Berkesan....

tak caya??? jemput turun gelanggang utama di Taman Permata,Kuala Lumpur..nak alamat penuh,,search je kat google tu..jumpa la nanti..

akhir kata,,daku sediakan pantun yang Mahaguru Dahlan Karim sampaikan di rancangan Gelanggang suatu ketika dulu:

Iman Islan Tauhid Makhrifat;
Penuhkan Ilmu Didalam Dada;
Tuntutlah Kalian Jangan Terlambat;
Akhirat Jua Kembalinya Kita..

jom sama-sama penuhkan ilmu..belajar silat ibadat juga..dengan niat yang betul..bukan ke wajib mempertahankan diri,,keluarga,,bangsa,,negara dan agama..

diri ini mungkin akan menghadirkan diri di gelanggang utama pada 29/10/2011..akan cuba mencari kelapangan masa..moga dipermudahkan olehNya..
..
..
..
..

Thursday 13 October 2011

Berita Sedih dalam Gembira

pada saat ini..sifuku telah berundur diri dalam beladiri dan menuju jalan mengenal Allah..sedih driku tatkala menerima berita ini kerana daku tahu,,tiada lagi buah dan ilmu baru yang akan daku dapat dari beliau buat masa ini..tetapi daku berbangga,,kerana sifuku telah memilih untuk mengenal Allah..daku memang berbangga..walaupun ada rasa sedih..

daku tak mampu berkata apa..sampai bila-bila pun daku akan mengingati jasamu wahai guruku..
walaupun guruku ini tidak mengaku guru,,tapi dengan segala nasihat dan ilmu yang telah beliau curahkan pada ku,,tak mampu daku untuk mengelak dari mengelar beliau sebagai guru..
Ya Allah,,redhokan segala ilmu yang berguna yang guruku perolehi dan bantulah beliau setiap masa dalam mengenal Mu..aminn

berita ini memang membuka mindaku..daku terlalu mengejar kehebatan duniawi..terlalu taksub dengan beladiri hingga lupa akan perkara yang terlalu penting bagi seorang hamba..Ya Allah,,tolong daku mengenalMu..sesungguhnya daku jahil dalam mengenalMu..pertemukan lah daku dengan seorang mursyid yang dapat membimbing daku menuju jalan keredhaanMu..aminn

Friday 7 October 2011

Hudud

sekarang hangat jugak dibincangkan dengan topik ni..dalam kuthbah jumaat tempat daku pun ada..
ada yang menyokong,,ada yang menolak..

yang hairan tu,,ada yang pegi tanya artis..tanya la ulama..apara..

daku bukan nak sokong PAS atau UMNO,,tapi ni kan hukum Islam..kita wajib ikut apa yang Allah suruh dan tinggal yang dilarang TANPA BANYAK SOAL!!!!

daku jahat,,jadi perlukan suasana yang baik untuk jadi baik..dorng yang tak sokong hudud ni sebab tak paham..dorg ingat senang ke nak laksanakan hukuman..kena banyak usul periksa dulu tau tak..biar salah ampun daripada salah hukum..hudud ni lebih kepada mahu mendidik bukan menyeksa..lagipun hanya orang Islam saje yang terlibat..yang bukan Islam tak pakai hudud pun takpe..kecuali jika mereka mahu mengikuti hudud,,maka itu lebih baik..

daku yang baru belajar ni,,dan tak berapa paham pun leh sokong hudud..apara..nak ikutkan dalam Islam takda demokrasi,,yang ada syura..apa beza kedua ni??? daku yakin kalian lebih paham daripada daku..