Saturday 22 January 2011

Jelez

sifat cemburu memang tak boleh lari dari hati manusia yang serba hina ni..tak banyak sedikit pasti ada..mari kita imbau kembali sejarah anak-anak moyang kita dlu..Habil dan Qabil,,anak kepada moyang kita Nabi Adam a.s. kerana hanya sifat cemburu akan saudara sedarahnya sendiri,,Qabil sanggup membunuh Habil..daripada kisah ini saja kita boleh lihat bahawa sifat cemburu adalah salah satu daripada pintu gerbang bagi tentera-tentera iblis mengacau jiwa setiap daripada anak cucu Nabi Adam a.s. hehehe..ada macam ustaz kan??? dah lama tau tu,,just hari ni je baru nak war-warkan pada orang ramai..eh,,cop-cop...ni bukan sifat sombong ke??? adoi,,hamba tersilap,,mari kita tengok sikit definasi bagi sombong..sifat sombong boleh diertikan sebagai satu sifat yang menganggap bahawa dirinya besar ataupun berkuasa seterusnya menganggap bahawa orang lain hina,lemah,,dan sebagainya yang boleh dikaitkan..kita bukak sikit Al-Quran ye,,

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

kalau salah surah tolong betulkan,,ni copy paste dari internet je..maafkan saya..diri ini bukan ustaz,,tapi hanya hamba Allah yang hina yang hanya memandai..sekali sekala kena gak ingat agama kan?? yeke sekali sekala je kena ingat agama?? kena selalu la..adoi,,sekali lagi hamba tersilap..maafkan saya..haa,,kan dah cakap tadi yang diri ni bukan ustaz,,memang conferm banyak salah dan silap laa..saya pinjam kata-kata dari Guru Nurulzaman,,pengasas Silat Sabil Inderasakti

"Sejauh mana kita belajar ilmu kuat, yang kuat tetap Allah.. kenapa belajar ilmu kuat, sedangkan rasullullah mengajar mencari ilmu mendapat perlindungan dari Allah. Sekuat-kuat Makhluk, kuat lagi penciptanya...cari lah ilmu mendapat perlindungan dari ALLAH selamat Dunia dan Akhirat."

sebenarnya diri ini nak bagitau yang diri ini dah ada sifat jelez..jelez pada siapa??? jelez kek sifu den yo ha...hehehe..mana tak nye,,sifu diri ini sekarang dalam proses belajar Lian..Lian Padukan if tak silap..sifu ni kalau nak ikut beza umur ngan yang empunya diri memang jauh beza..bukan lah nak cakap yang diri ini dah berumur,,just nak cakap yang umur sifu dah masuk line golongan yang penuh pengalaman (cikgu,,saya tak cakap cikgu tua ehh,,cakap berpengalaman)..best dapat jumpa dengan orang yang berpengalaman ni,,die banyak story..banyak gak yang leh amik ikhtibar..kadang-kadang kalau betul gaya,,leh dapat ilmu baru..haa,,ni lagi satu salah ni..rapat ngan sifu atas niat nak ilmu semata..bukan kerana nak merapatkan ukhuwah sesama insan...sekali lagi diri ini silap..dah berapa banyak silap dalam entri kali ni ha?? siapa dapat kira,,saya bagi 1 markah..bagi markah je la yang mampu..nak bagi duit,,diri ini kedekut..kedekut ni salah gak tau..

patut la bila baca blog orang lain banyak iklannya,,coz sedap melalut ni..yela,,blog kita sendiri kan..tulis jela..jangan tulis benda yang boleh membawa provokasi dah..ok,,sambung balik..jelez diri ini bila dengar sifu now masih rajin bergelanggang..coz diri ini memang pemalas dalam bergelanggang..kursus intensif boleh lah..sampai ke kuala kangsar pun sanggup redah..hehehe..dalam blog sifu,,die ada cakap yang nak bermastautin dalam Lian..silat baca blog Pukulan-Clans ye..de link kat sebelah kanan tu..klik je..tahniah kepada sifuku kerana masih rajin dalam bergelanggang..saya??? kemungkinan nak stay dalam Silat Setiabakti..tapi sebelum tu nak amik dulu apa-apa yang tak habis belajar dalam Buah Pukul Mat Kelang..someday nak gerak tengok Guru Abas kat Selandar,Melaka..antara guru dalam permainan Buah Pukul Mat Kelang..dengar-dengar kejap je nak habis buah..tapi tak tau la..kalau asyik sumbang je pelebat nak cepat habis macam mana kan??? kisah Guru Abas ada dalam blog Warisan Pukulan Mat Kelang..nanti tengok la tau..ok,,rasa sampai disini je yang mampu ditulis..dah kering dah idea..Assalamualaikum dan semoga berbahagia hendaknya..entri kali ni lebih kepada nak promote blog lain je sebenarnya..

p/s: ada orang tanya buah pukul ni silat ke?? den jawap yang buah pukul ni petua..kadang-kadang cakap buah pukul ni tinju melayu..bab-bab ni lemah sikit..

Wednesday 19 January 2011

Pengalaman Dalam Langkah Hikmah Panglima a.k.a Silat Gerak

sebenarnye dh tak ingat tahun berapa amik ijazah ni kat sifu..if tak silap dlm 4 tahun lepas..time matrix dlu..sebelum tarikh penijazahan,,ktorng(kalau tak silap 5 orang sumenya) sume dh lama menginginkan keilmuan ni..maklum lah, budak-budak cam ktorng ni memang kejar kesaktian lebih dari kesaksian..padahal inilah yang sebenarnya..belajar keilmuan hikmah bagi menambahkan lagi keyakinan kekuasaan Allah s.w.t. Dia mampu buat apa pun tanpa ada sedikit pun kesusahan..Allah Hu Akhbar..

nak dijadikan cerita,,maybe rezeki memang dah sampai,,sifu cerita la cket apa tu silat gerak dan camna cara nak train silat gerak ni..konsep asal mudah..doa dan zikir..jadi or tak bukan kerja makhluk..tapi setakat ni,,jadi je sumenye..Alhamdulillah,,walaupun hati kotor,,Dia tetap memberi rahmatNya..diri ini jenis yang suka mencuba,,try la buat latihan silat gerak ni kat bilik..time ni belum dapat ijazah lagi ni..tengok-tengok,,jadi la pulak..hehehehe..yang ni jangan tiru tau..bahaya gak kalau wat latihan tanpa ijazah,,kang jadi papehal susah..den dulu berani buat coz den tau sifu ada..pape jd,,roger sifu je..hahahaha..orang lain yang buat masalah,,orang lain yang tolong selesaikan..selepas seminggu dari tu,,den pun bagitau sifu tentang onar yang telah den buat..seb baik tak kena hulur..time ni kesabaran sifu den tinggi kot..dan lebih kurang sebulan lepas ni,,kitorang semua telah di ijazahkan secara rasmi keilmuan Langkah Hikmah Panglima..

cerita takde la best sangat kan?? tapi hati rasa nak menaip je lak..siapa yang berkeinginan hendak mendalami keilmuan hikmah ni bagitau ok?? my sifu sedia membantu..tapi bermahar la..rujuk entri bertajuk Silat Gerak..jangan risau,,takda unsur khadam,,takde kena rasuk..kalau kena rasuk gak,,tu makna ada saka or de ilmu lain yang bercanggah la tu..

Sunday 9 January 2011

Dilema dan Peningkatan

adoi,,sekarng ni dah konfius cket..gerak hati ni rasa nak fokus kat buah pukul je pulak..ble dh lama train buah pukul ni,datang rasa yakin pada buah..lagipun trainng buah pukul sekarang secara intensif je..setiap 1 sem je..3 hari 2 malam..senang..bukan pe,,dri ni sebenarnya lemah cket bila bergelanggang ni..maleh turun kelas..kalau boleh nak amik yang intensif je sume..yang leh cepat habis..macam Silat Sabil Inderasakti..kejap je dah habis..badan pun tak sakit..petua lak taraf guru..wow..sedap siot..hmm..cmne nak buat ni??

baru aritu jiran sebelah rumah nak belajar silat..die nak belajar ngan diri ni..apalagi,,said orite je la..tggu kedatangan ku cuti nanti..lagipun sifu den dah bg green light nak mengajar asalkan ajar buah pukul yang asli..bukan yang telah dioperatekan..hehehe..cm tau je yg diri ni dah start nak operate buah pukul ikut gaya lain..almaklumlah,,buah pukul ni bukan cam silat lain..tak terikat pada buah..bak kata sifu,,asal leh menang,,buah pukul la tu..jangan main koboi dah..nampaknya dri ini dah mula nak jadi guru dah..huahuahuahua...tukang ajar leh la,,jadi guru,,jauh lagi tu..banyak lagi kena belajr..nak jadi guru bukan just ilmu buah pukul kena power,,ilmu agama pun kena lagi super power coz guru lah yg mmpu membentuk murid menjadi manusia yang lebih baik..cuti nanti seminggu,,rasa cukup if ajar nanti ni..tapi tak dapat la nak ajar sampai sume skali coz dri ini pun bukan tau semua..tentatif program pun dah nak start wt ni..nanti senang..terus ajar je..tak payah nak pikir..

Hari pertama:
tumbuk spring satu,tumbuk spring tiga serangkai,asas maju dan undur,asas maju dan pusing,empat penjuru kanan,empat penjuru kiri,buah 1,buah 2

Hari kedua:
ulangkaji hari silibus hari pertama,buah 3,buah 4,buah 14

Hari ketiga:
ulangkaji silibus hari kedua,main panglima bagi serangan tumbuk lurus,tetak,tumbuk orang gila,sepak layang,tujah

hari keempat:
ulangkaji silibus hari ketiga,main lapis

hari kelima:
ulangkaji buah 1,buah 2,buah 3,buah 4,buah 14 dan main lapis

ni antara perancangan jela..jadi tak bukan keja makhluk..makhluk mampu merancang je walaupun pada hakikat sebenar,,tetap Yang Maha Kuasa juga yang merancang..now dah post tentatif ni,,tak de la nanti lupo nak ajar pe..bila die dah mahir dalam permainan buah pukul ni,,nak ajak die join reunion lak..nak bg die tambah lagi ilmu..coz banyak lagi tu yang tak diajar..banyak pecahan lagi..klo nak diikutkan,pe yang akan diajar ni je dah leh jaga diri,,just kena mahir dan yakin pada buah..tu je..hehehehe,,bila dah de geng nak main buah pukul nanti,,ada la geng nak train bila balik cuti..buah pukul ni memang nak kena ada partner..baru leh datang maut die..tengok la nanti camne..

p/s:now dah start sem baru,nak kena kurang merantau ni..fokus study lak..adoi,,chaiyok!!!