Wednesday, 20 February 2013

Blog Perkongsian Ilmu

lama jugak la daku follow blog ni..layan..banyak gak dapat ilmu..klik kat sini

Friday, 4 January 2013

Lagu Mengusik Hati




Lirik Lagu M Nasir – Langgam Pak Dogo Lyrics

Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung berpaulan diambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana
Apa hikmah tersemat di balik perintah!
Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul (duk nengu sugul )
Adat wira harus tahan uji
Ya kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti
Langgam Dogol langgam keramat
Bisik-bisik dalam kelambu
Lagak bodoh tapi tapi bersengat
Sambil elak (bila ngelik ) dia main siku
Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh !
Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimbuh baik rebah merempuh
Bersambunglah petir (litar) berdentum dentam
Hujan tak turun laut berlimpahan
Asyik (ghalik) merancang dendam seribu malam
Siang menerang semakin berganda rawan
(koho sie koho bergande rawe)
Keronsang terlekat kerana peniti
Hujan pelangi pula sebabkan igauan
Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan
Dikandung badan !
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang

bagus juga lagu ni..liriknya memberi mesej perjalanan seorang salik...itu dari pendapat daku la..daku bukan pandai sangat berseni..sesama kita memahaminya dari sudut yang lebih mendalam..layan...

update 7 Januari 2013 :


Temu hulu hilir menyusur
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul (duk nengu sugul )
Adat wira harus tahan uji

lumrah perjalanan dunia pasti akan berpindah alam..maka janganlah kita berlagak pandai..ataupun syok sendiri dalam menjadi umat Muhammad..kebiasaan kita belum tentu benar jalannya..jalan ikutan ramai belum tentu boleh dijadikan ikutan..ingatlah dalam 73 puak hanya 1 puak sahaja yang benar..1 puak inilah yang ramai berburuk sangka,,ramai yang mengatakan sesat kerana jalannya lain dari kebanyakan..1 puak inilah yang galak ditentang oleh iblis serta pengikutnya yg terdiri daripada jin mahupun manusia..sudah menjadi adat lumrah orang beriman itu akan diuji..maka persiapkanlah ilmu mendapat cahaya iman..mengenal sahabat yang wajib dikenal..sahabat yang paling boeh dipercayai..menghubungkan kita dengan Pencipta...

Ya kalau begitu aku berjanji
Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti

setiap insan mempunyai teman yang rapat..yang setia..jika jalan kita benar,,maka kita akan dipertemukan dengan teman ini..mengikut pengajaran daku teman ini ialah roh,,malaikat serta Nur Muhammad..mengenal makhluk yang tiada binasa..mendapat kasih sayang serta pemeliharaan Allah..bersungguh-sungguh dalam mencari iman sebenar-benar iman..tiada kira berapa banyak dugaan dan cabaran harus kita tempuhi bagi mendapatkan iman..iman itu adalah cahaya..temukan cahaya iman ini sebagai bukti kita umat Muhammad

ini antara pemahaman daku tentang lagu ini..faham sikit-sikit ajelah..daku ini baru nak belajar..banyak dosa serta sifat mazmumah dalam diri yang tidak dibuang..tapi daku tiada boleh putus asa dengan rahmatNya..doakan daku wahai saudaraku...

Assalamualaikum 



Tuesday, 1 January 2013

Perubahan Alamat Blog MKFAI

tahun 2013 dengan nafas baru serta wajah baru..dikatakan pada tahun ini modul keilmuan lebih kepada berbentuk kerezekian..ada masa dan fulus,,join la bengkel ni yaa..bagi saya memang tidak rugi join..sila lawat blognya disini..

selamat menuntut ilmu..samoga kita dipelihara Allah..diberkati segala ilmu kita..doakan jua daku yaa??

daku si budak kecil yang baru belajar :-)

Sunday, 16 December 2012

Lagi Blog Keilmuan yang Menarik

Assalamualaikum.. :)

daku dulu ada dengar..nama Allah ni banyak..terlalu banyak..bukan hanya 99 sahaja..dan daku juga dengar dengan adanya nama Allah yg ke-100 yg menjadi rahsia bagi mereka yang tidak mengetahui seperti daku dan menjadi pegangan teguh bagi mereka yang diberi kefahaman oleh Allah..layan blog ni..baca sampai habis yaa..agak panjang coretan beliau..tapi bagi daku,,sungguh bermakna..daku ni hanya budak kecil yang tiada nilai apa..tiada dipandang oleh sesiapa..daku ini selalu lalai dan berbuat dosa..yang taubatku hanya lafas semata..daku mengaku khilaf diriku ini yang banyak perlu diperbetulkan..daku sedar hati daku tidak sebersih kalian..mohon doa daripada kalian agar daku dapat menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya..maaf andai tersalah kata..


Monday, 3 December 2012

Ilmu Mandraguna

ilmu ini under bengkel MKFAI..sebagai menghargai kesetian alumni MKFAI yg telah banyak join bengkel MKFAI,,maka pihak MKFAI telah merangka satu bengkel yang mempunyai pengisian ilmu yang tinggi..bengkel ini telah berlangsung pada 2hb Disember 2012 pada sebelah pagi di Wisma Kohilal, Jalan Gombak..

antara isi kandungan bengkel ini ialah, ilmu mata helang ataupun ilmu scan,,ilmu doa karomah nabi khaidir baik untuk pemagaran diri dari sebarang bentuk anasir jahat..dan ilmu kekuatan badan..ada tiga ilmu kesemuanya dan segala ilmu ini mempunyai energy yg kuat seandainya kita mengamalkn secara istiqomah..yang paling menarik,,Ustaz Shahrin telah mengizinkan kami semua untuk mengijazahkan keilmuan ilmu kekuatan badan..alhamdulillah,,dapat juga daku menjadi guru kecil..mana tau ada jadi apa-apa nanti,,boleh la tolong isikan pada kaum kerabat keluarga..

alhamdulillah..satu ilmu yang bermanfaat..berbaloi pegi..ada yang menarik disini..daku telah boleh menghadirkan amarah..boleh lah jadi tukang demo untuk bengkel ilmu pertahanan diri nanti ni..hehehe..terpelanting terus daku..maklum la,,pemagaran dilakukan oleh seorang master..hehehe..selalu buat sendiri takde lah sampai terjatuh..ini manjang nak tumbuk je jatuh..jatuh je la kejanye den..

buat masa ini,,target nak fokus pada bengkel MKFAI dahulu..tahun depan plan nak ambil ilmu hulubalang,,kunci amalan dan satu program pada bulan ramadhan..semoga dipermudahkan..tak lama lagi cuti sebulan..cadang nak jumpa sifu..nak train buah pukul..lme tak train ni..bagi sesiapa yang berminat mahu join bengkel MKFAI,,click here for more details..

p/s : plan den nak ambil ilmu peringkat guru panca bayu kena postpone la rasanye..lambat lagi la kot..niat nak ambil master keilmuan ini suatu masa nanti..isnyaAllah..

Saturday, 10 November 2012

Ilmu hulubalang

seminar mkfai sekali lagi mengadakan bengkel..rujuk jadual untuk maklumat..daku tak join rasanya..tengah kumpul duit mahu ambil kunci amalan bulan 12 nanti

Pukulan Panca Bayu

malam sebelum hari ini daku belek la wall facebook seorang guru..terbaca la daku akan perjalanan beliau sekarang yang bertemu dengan aulia ataupun ariffbillah..banyak la kelebihan para aulia ataupun arifbillah ni..boleh teleport,,boleh mengajar banyak tempat dengan satu masa dan macam-macam lagi la..mereka ni amal bukan nak sakti pun..dah amalan mereka ikhlas,,dunia ni bawah tapak kaki kiri je la..habiskan masa di dunia ni menjadi hamba Allah sahaja..dari sini tersebut la serba sedikit tentang panji hitam di ufuk timur..tentang tentera imam mahdi suatu masa kelak..daku ni minat bab kependekaran ni..mula la terbakar sikit..

maka disebabkan itu daku pun check gerak..selesai solat asar,,daku pun bermohon kehadrat Allah tentang niat daku..antara boleh go on ataupun tangguhkan dahulu..mengikut gerak den yg memang tumpul ni,,daku pun dapatlah alamat bahawa,,"go on dengan niat tu"..alhamdulillah..nak mohon pertunjuk ni kena fokus hati nurani tu..kena buang semua yang mengarut..tu yang payah tu..tu sebab kebanyakan gerak ilham daku salah..dah hati kotor..patut kekal hati ingat Allah..ni tak,,asyik dunia je yang dingatnya..apa itu 'check gerak'?? ala,,ni kiranya salah satu ilmu scan tahap paling rendah sekali..pakai 'gerak'..macam mana mahu hadirkan itu 'gerak'?? pergi la berguru permainan silat gerak ni..cari yang halal; tau..buat la solat ishikaroh dulu kalau tak conferm..daku malu la nak cakap ilmu scan..sebabnya,,ilmu scan den ditahap paling rendah..malu wooo..hehehe..tapi takpe lah..dah daku ni budak kecil baru belajar,,ilmu tahap rendah je la..dalam pada itu daku pun memikirkan mahu belajar satu ilmu tahap tinggi sedikit bertahap guru..bukan pe,,sebagai bekalan buat anak cucu..nanti diorang semua tak payah la nak merantau berhabis duit..atok die ni dah bagi..biarlah atok die ni habis duit dulu..janji dah dapat ilmu amal..mana tau sampai zaman anak cucu kita nanti imam mahdi muncul,,boleh la manfaatkan segala ilmu yang daku dapat ini buat sijil untuk hantar resume sebagai tentera imam mahdi..daku ni memang tak layak la..jaga malam pun payah..semoga anak cucu cicit dan seterusnya keturunan daku kelak semuanya muslimin muslimat,,mukminin mukminat,,soleh solehah..hati hidup ingat Allah setiap detik..

dek karana ini semua,,daku pun berhajat dalam cuti 2 bulan nanti,,daku mahu belajar ilmu pukulan panca bayu peringkat guru secara bertemu dua mata..ni serius punya..bukan main-main..mungkin dulu daku ada mengatakan ingin belajar,,tapi tak juga belajar..hehehe..now betul..nak kena start kumpul duit dari sekarang ni..sebagai pembuka bicara proses pengumpulan dana ni,,elok rasanya banyakkan bersedekah..ye dok?? dapat untung balik 10 kali ganda maa..kalau hati ikhlas hidup ingat Allah time bersedekah lagi best..sedekah hari ni,,hari ini gak dapat..pokoknya ikhlas la..daku ni tak tahu la ikhlas tahap mana..tapi yakin lah,,Allah pasti membalas perbuatan baik kita..IKHLAS ITU KUNCI..tarak ikhlas,,tarak guna..

jika ada diantara kalian juga bercita-cita mahu belajar,,klik halaman ini sebagai rujukan..ustaz shahrin,,guru kepada sifu den..dan juga guru den..samoga bermanfaat..den takda share apa-apa..berkongsi sahajata..

update: tengok fulus dalam poket,,dah nak kering..hadui,,cmne ni..jadi ke tak plan den ni agaknya??

p/s : sekejap bahasakan diri 'daku'..sekejap 'den'..pepandai la nak paham ye..dua-dua ayat mewakili orang yang sama..cuti 2 bulan den ntah bila ntah..nanti kena tengok jadual dulu