Friday, 23 March 2012

Doa Kota 7 Petala

alhamdulillah..daku yang terlalu banyak berbuat dosa pun diberi kurnia daripada Allah akan segala macam ilmu serta rahsia..walhal jika mahu di ikutkan,,daku ini memang tidak layak sama sekali..Tuan Guru kepada ilmu ini sudi mengajar hamba cara sebenar pengamalan..alhamdulillah..moga dipermudahkan oleh Allah usaha hamba ini..sesiapa yang berminat,,sila lawat blog ini bagi tujuan mengetahui amalannya..dan jika sudah ketahui akan rahsianya daripada bait-bait syair ini,,rujuk ini pula..kalian boleh mengesahkannya dengan emailkan jawapan kalian..

p/s : adui,,den ni teramat hina,,tetapi Allah tetap memberi kurnia..maka dengan ini,,daku yakin lagi bahawasanya Allah itu Maha Pemurah

Saturday, 17 March 2012

Berpisah Kita

kalau ikut gerak,,daku kena berpisah dari satu persatuan..kalau ikut hati pun memang kena berpisah..ada problem dalaman lerr..kalau berguru pilih yang betul..daku rasa ini pilihan yang terbaik bagi daku..

adoi,,kena cari baru la nampaknya..moga dipermudahkan..

Sunday, 4 March 2012

Kursus Menarik

disini akan saya sertakan link dimana kursus yang menarik ditawarkan..ada cadangan dengan sahabat mahu mengikuti salah satu kursus nanti..moga dipermudahkan..siapa yang mengajar?? Ustaz Shahrin namanya..tinggi ilmu beliau..beliau ada blog juga iaitu qalbu salim..refer blog-blog menarik yang sedia ada didalam blog saya ini..jika ada dikalangan kalian berminat mengikuti kursus sebegini,,sila klik untuk maklumat lanjut

Cerita Dari Kawan

ada mimpi kata kawan,,mimpi melihat komputer..kira macam baca blog la..ada tulis kunci dan pantang dalam permainan dua silat gerak yang berlainan..bila ditanya apa die tu?? dapat baca tak..kawan cakap,,tak ingat..sebab dalam mimpi tu kawan macam nak tak nak je baca..

adui,,geram lak den..baru semangat nak tau..tapi tu mimpi disiang hari..ntah la die..tak tau la mimpi benar ke tak..nanti den nasihat kawan agar buat solat hajat..jika benar mimpi itu,,minta ada smbungannya nanti..leh la den tau cket2..hehehe

p/s: camne la den nak train 'gerak' ni..nak kena bangun tengah malam ke?? yang tu yang berat tu..nanti den torai yo :p

Wednesday, 29 February 2012

Petua Mencari Guru (diambil dari blog lain)

salah satu isi penting yang harus kita ketahui apabila mahu berguru..sila klik untuk mengetahui dengan lebih lanjut

daku hamba hina ada berbuat salah kepada seseorang yang daku hormati..malu rasanya daku nak menghadap beliau..bukan setakat menghadap,,nak send message pun malu..hamba berhajat mahu berjumpa berdepan dengan beliau bagi meminta maaf..salah hamba bermula dari diriku yang ujub,bongkak dan takhbur..moga kalian tidak seperti hamba..berhati-hati bila berkata..walaupun kita tiada niat lain,,tapi ada kemungkinan orang yang mendengar akan berfikir yang lain yang membolehkan mereka menyebar fitnah,,memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya yang berniat mengaibkan ornag lain..tak senang daku..hamba mengaku salah diri..akan cari masa untuk menghadap tuan empunya diri untuk memohon maaf secara suri..

buatmu yang daku hormati,,maafkan daku yang hina ini..
elok pe yang ditulis dalam blog yang daku kongsi ni..menjadi sandaran hamba untuk lebih berhati-hati dalam memilih guru

Sunday, 26 February 2012

Tapak Suci Kelantan

sudah mula datang minat untuk mendalami keilmuan tapak suci..tapi jauh woo nak pegi..kelantan sana tu..kalau bertolak dari nogowi,,lagi la jauh..kalau dari pahang,,dekat la siket kot..

tapak suci murupakan satu jenis silat kebatinan..daku pun tak tau sangat..sifu daku pernah belajar tapak suci..so,,dari situ la bermula minat daku untuk belajar keilmuan ini..apa yang daku tau,,dalam tapak suci ada silat gerak dan main jurus pukulan jarak jauh..ni je la yang daku tau..mesti ada banyak lagi rahsianya..tapi ni baru niat..jauh tu nak pegi kelantan..dah la tak pernah pergi..dulu pergi kelantan pun sebab nak antar sedara pindah rumah..time kecik dulu..sila lawat blog ini untuk maklumat lanjut

Tuesday, 14 February 2012

Zikrullah

mengingati Allah itu wajib..zikir dalam hati Allah,Allah,Allah senantiasa...bila dah zikir dengan fokus,,akan rasa lain..kalau macam daku,,yang de main silat gerak,,time camni la datang gerak..bila trainng sambil zikir Allah dalam hati secara fokus,,gerak die akan semakin mantap..

punya power mengingati Allah ni..walhal den belum ikut khaifiat yg betul lagi tu..cari la guru yang mampu mengajar kalian..daku pun lum belajar lagi..tau camtu je..nak jadi baik ni susah..hati yang lalai mengingati Allah tu jahat..

kadang kala daku ada terlintas,,betul ke ni?? alhamdulillah,,tatkala daku berfikiran sedemikian,,akan datang petunjuk yang menunjukkan betul zikir itu..cuma daku kena belajar lagi la..jika tiada halangan,,daku nak jumpa Ustaz Ismail sekali lagi dalam bulan 4 ni..berbai'ah amalan syahadat..amalan dari dalam perut ibu di amalkan sampai bila-bila..Ya Allah,,permudahkanlah daku menjadi manusia dan seterusnya menjadi insan..aminn...

now cadang nak jazam balik keilmuan nak bangkitkan pancaindera ke-6..time ramdhan taun lepas dah nak habis jazam,,tp tinggal siket hari,,terus miss..adui..amalan die tak susah..yang susahnye kena bangun malam..den ni dah la orang yang jarang bangun malam..