Thursday, 13 October 2011

Berita Sedih dalam Gembira

pada saat ini..sifuku telah berundur diri dalam beladiri dan menuju jalan mengenal Allah..sedih driku tatkala menerima berita ini kerana daku tahu,,tiada lagi buah dan ilmu baru yang akan daku dapat dari beliau buat masa ini..tetapi daku berbangga,,kerana sifuku telah memilih untuk mengenal Allah..daku memang berbangga..walaupun ada rasa sedih..

daku tak mampu berkata apa..sampai bila-bila pun daku akan mengingati jasamu wahai guruku..
walaupun guruku ini tidak mengaku guru,,tapi dengan segala nasihat dan ilmu yang telah beliau curahkan pada ku,,tak mampu daku untuk mengelak dari mengelar beliau sebagai guru..
Ya Allah,,redhokan segala ilmu yang berguna yang guruku perolehi dan bantulah beliau setiap masa dalam mengenal Mu..aminn

berita ini memang membuka mindaku..daku terlalu mengejar kehebatan duniawi..terlalu taksub dengan beladiri hingga lupa akan perkara yang terlalu penting bagi seorang hamba..Ya Allah,,tolong daku mengenalMu..sesungguhnya daku jahil dalam mengenalMu..pertemukan lah daku dengan seorang mursyid yang dapat membimbing daku menuju jalan keredhaanMu..aminn

Friday, 7 October 2011

Hudud

sekarang hangat jugak dibincangkan dengan topik ni..dalam kuthbah jumaat tempat daku pun ada..
ada yang menyokong,,ada yang menolak..

yang hairan tu,,ada yang pegi tanya artis..tanya la ulama..apara..

daku bukan nak sokong PAS atau UMNO,,tapi ni kan hukum Islam..kita wajib ikut apa yang Allah suruh dan tinggal yang dilarang TANPA BANYAK SOAL!!!!

daku jahat,,jadi perlukan suasana yang baik untuk jadi baik..dorng yang tak sokong hudud ni sebab tak paham..dorg ingat senang ke nak laksanakan hukuman..kena banyak usul periksa dulu tau tak..biar salah ampun daripada salah hukum..hudud ni lebih kepada mahu mendidik bukan menyeksa..lagipun hanya orang Islam saje yang terlibat..yang bukan Islam tak pakai hudud pun takpe..kecuali jika mereka mahu mengikuti hudud,,maka itu lebih baik..

daku yang baru belajar ni,,dan tak berapa paham pun leh sokong hudud..apara..nak ikutkan dalam Islam takda demokrasi,,yang ada syura..apa beza kedua ni??? daku yakin kalian lebih paham daripada daku..

Friday, 23 September 2011

Ayat Seribu Dinar

antara kelebihan yang biasa kita dengar berkaitan amalan ayat ni adalah berkaitan dengan rezeki..harus di ingat,,rezeki ni luas..bukan hanya pada duit semata..boleh jadi berkaitan jodoh,,ilmu yang berguna yang mudah masuk dalam kepala,,ilmu yang mudah istiqomah dan macam-macam lagi la..

selain tu,,amalan ni bagus gak untuk menghadirkan rasa tawakal hanya kepada Allah..diri ini sendiri telah mengalami satu peristiwa yang boleh di katakan mencarik adat dalam tempoh mengamal amalan ini..nampak mudah,,tapi ingat,,ilmu Allah TERSANGAT LUAS..NO BOUNDARIES bak kata omputih..masa ditimpa bahaya tu,,tiba-tiba teringat akan ayat seribu dinar lalu secara automatiknya berdoa bertawakal kepada Allah..alhamdulillah,,walaupun diri ini sangat banyak dosa,,tapi Dia tetap memberi daku peluang untuk menyaksikan sedikit dari berinfiniti ilmuNya..

dari sifuku,,ilmu ini hendak dijazam sebanyak 41x selama 41 hari tanpa ponteng sehari pun..jika ponteng,,kena ulang balik la..habis proses penjazaman,,cukup sekadar baca 3x selepas solat fardu..mengikut pengalaman daku,,selalunya amalan ayat mesti ada amalan tambahan yang lain..tapi daku hanya amal ayat seribu dinar saja dah nampak kelebihan..jika ada tambah amalan lain?? mesti lah KABOOOMM!!! hehehe..nak amalan tambahan???? tu kena tanya mana-mana guru la..daku tak tau..daku budak kecik baru nak belajar..

ingat,,dalam beramal jangan hanya kerana kelebihan..tapi buat kerana mahu menjadi hamba..nak paling senang dan sistematik,,berguru lah dimana-mana tarikat yang sah diluluskan oleh akidah..

maafkan daku jika tersalah bicara..hanya mahu berkongsi

Tuesday, 6 September 2011

Silat Gerak

selepas dengar pe yg diberitahu sifu,,main gerak ni power..tapi kena istiqomah..try psni..

masalahnya,,tak de tempat yang sesuai nak main gerak ni..kang main dalam bilik,,garu kepala lak roommate kang..tu ok lagi,,buat die marah..'nak bersilat kat luar la'..lebih kurang camni la agaknya die marah nanti..hehehe..tapi memang nak kena istiqomah training gerak gak..mana tau someday memerlukan,,kan senang..dah mantap..

ilmu tanpa amal tarak guna..

Monday, 5 September 2011

Aidilfitri

dah banyak hari..tapi,,Selamat Hari Raya

Monday, 1 August 2011

Sedihnya

sedih bila ada kalangan orang yang tak pandai merebut peluang yang dah terbentang di depan mata..niat nak membawa buah pukul mat kelang di kampung macam sukar nak dicapai..geng yang dulunya rajin datang berlatih kini telah rajin tak datang berlatih..sibuk dengan urusan sosialnya..

den nak kongsi ilmu buah pukul yo..den bukan mintak duet pun..

lepas ni kalau ada yang nak datang belajar buah pukul,,nak mintak duit lak..rm2 sekali hadir..lepas tu kena datang sekurang-kurangnya 2 orang..

bukan banyak sangat buah dalam permainan buah pukul mat kelang ni.."biar buah satu,,tapi power"..ni kira pegangan dalam buah pukul mat kelang..ada dengar sampai 15 buah orang dapat dalam permainan ni..tapi diri ini tak dapat banyak pun..sebab fokus utama sifuku untuk daku mahir semahirnya sesuatu buah tu..berlatih sampai lupa buah..

syok sendiri la jawapnya daku ni...nanti-nanti kalau di izinkan nak join lian pulak..tak kisah la lian apa pun..janji buah pukul..nak tau gak cara berpukul diorang..