Tuesday 29 December 2009

Silat mana yang paling hebat????

ha,topik ni hamba slalu dgr.bg org yg cetek ilmunye psti akn mengatakan bhwa silat mereka yg paling handal skali.lawak tol diorang ni.bagi hamba,tak de satu pun silat bahkan beladiri lain juga yang paling hebat.ha,confius x? sebab hamba berkata sedemikian rupe adlah kerana(hehe,cam wt karangan lak ayt ni)yang mencipta silat ni adalah manusia sendiri dan sudah sedia maklum bahawa ciptaan manusia ni terlalu banyaklah kekurangannye.

tapi jangan la ble hamba ckp cmni de yang dr nak blajar silat trus tak jadi belajar pulak.truskan niat tuan hamba yang murni tu. belajar mempertahankan diri tu wajib hukumnye tapi belajar silat tak wajib.

bagi hamba yang berbangsa melayu,adalah molek bagi hamba untuk tahu bersilat sebagai melambangkan jati diri hamba sebagai org melayu.bagi yang berbangsa lain,bolehlah belajar beladiri masing2.bila kte sudah tahu beladiri bangsa sendiri barulah belajar beladiri lain.dalam beladiri ni ada di ajarkan adat dan adap sesuatu bangsa.

bagi hamba,hamba lebih meminati silat.dari kecil lagi hamba telah menanamkan minat untuk bersilat.hamba pun tak tau kenape.maybe nenek moyang hamba dulu ada yang berketurunan pendekar terhebat kot(olps,terbangga diri pulak.padahal tak tau pe).

untuk pandai dalam ape2 ilmu pn,mestilah ada latihan.same lah juga dengan silat.nak jadi seorang pendekar yang hebat,mstilah rajin berlatih.

ok la..hamba cuba bagi cadangan yang pada pemerhatian dri ini satu silat yg bagus..Silat Sabil Inderasakti,Buah Pukul Mat Kelang@Silat Setiabakti,Gayang Lima dan pelbagai lagi Silat Lian..sebab apa?? sebab kesemua silat ini fokuskan seperti real life scene..pukul saja..dalam gaduh takde bunga tau..ingat tu..kcuali anda dah taraf guru yang punya rahsia dalam bunga tari..habis tu silat lain macam mana?? silat lain ok jugak,,cuma silat yang hamba senaraikan sini lebih kepada minat hamba iaitu buah pukul..kalau malas sangat,,ambil Silat Sabil Imderasakti..3 jam tamat..kalau kalian susah nak hadir ke gelanggang,,belajar silat gerak..banyak keilmuan yang diajar silat gerak..ataupun,,search mana-mana tempat yang mengajar kebatinan..

setakat ni sajelah topik yg mahu hamba bincangkan.jangan kita mencaci-caci silat lain ataupun beladiri lain.ingat,nak hebat,rajinlah berlatih


p/s:bila tengok kat stats,,entry ni yang paling ramai orang baca..ye ke?? bangga sikit rasa..padahal 2,3 orang je yang baca..tu pun secara tak sengaja..hehehe..clik sikit keilmuan tu..tengok-tengok mana yang berminat..daku mengaku budak kecil yang tiada ilmu..

No comments: