Monday 31 October 2011

Terkilan

banyak ilmu melayu lama yang daku terlepas..bukan kerana guru nya tak mahu ijazahkan,,tapi kerana guru nya telah kembali menghadap Yang Maha Perkasa...Ilmu Baginda Ali dan Ilmu Dabus..Ilmu Baginda Ali ni ilmu gagah..ada suatu ketika dulu..ketika daku masih belum dizahirkan di dunia ini,,ada seorang orang tua yang masih mampu memikul padi seguni..orang tua ya..bukan muda..dah tu,,selambe je bawak beban..juga dikatakan,,tong dram minyak tar jalan yg penuh tu,,selamba je di angkat masuk kedalam lori berikutan ramai orang yang malas nak tolong bawak..dia dah tensen sangat,,die sorang je angkat..ada amalan dia tapi takda yang dapat..dia rahsiakan..wan daku ada time muda dulu try minta,,tapi jawapan nya " ko perempuan,,nanti habis lak lelaki ko tibai"..kalau dapat,,dapat gak la daku merasa salah satu keilmuan orang melayu ni..

lagi satu Ilmu Dabus..nama sebenar ilmu ni tiada lah diketahui..just daku tulis Ilmu Dabus je bagi memudahkan bicara..ilmu ni dimiliki oleh Allahyarham Tok Long daku..seorang guru silat..ada suatu masa ketika upacara menutup gelanggang,,ada seorang murid nya tercedera tertikam keris @ pisau di peha kerana perbuatan orang yang mahu mencuba kebatinan..Tok Long daku baca siket,,tepuk ditempat luka tu 3 kali,,sembuh terus..darah berhenti sakit hilang..boleh terus main balik..time Tok Long daku masih diberi nyawa di alam ini,,daku tak pegi menghadap ekoran kerana daku ingat hanya tahu bersilat..dah lama baru tau yang Tok Long daku ni seorang guru silat..nama guru silat Tok Long daku Pendekar Hassan..

ni la antara ilmu yang daku tak sempat nak berguru..Ilmu Baginda Ali memang kerana daku tak idup lagi pada masa tu dan Ilmu Dabus kerana salah daku sendiri..nak berguru ilmu ni dengan guru yang lain diluar sana,,rasanya cukup sukar..mungkin dirahsiakan..ada rezeki,,dapat juga suatu masa nanti..cuma ingat jangan nak jadi gagah sebab makhluk tak kan sesekali dapat jadi gagah..ni ikhtiar kita kepada Allah bagi mempertahankan diri,,bangsa,,negara dan agama..mempertahankan diri ini boleh dikira wajib juga la kan??? salah tolong tunjukkan..
..
..
..

No comments: