Friday 8 July 2011

Guru Mursyid

dalam proses mencari..dalam proses mengenal..dalam sedap-sedap search google,,jmpe lak satu blog yg ada info tentang guru mursyid..kat jelebu pun ada rupenye..jahil dri ini..dalam tempat sendiri pun tak tau..insyaAllah,,jika ada kelapangan,,nak menziarah..tengah tunggu info tentang guru ni..

daku sedar dri ini jahil,,bila dah tau jahil ni kena la cari ilmu..ye tak?? bukan ke tamat jahil itu kerana ilmu?? dan menjadi lumrah makhluk ini jahil,,maka jangan la sesekali terdetik di hati ini lebih baik dari orang lain walaupun sudah banyak ilmu yang diperolehi..

alhamdulillah,,dalam daku bersilat dan belajar ilmu hikmah yang berbentuk keduniaan,,maka daku diberi pengetahuan tentang jalan ahli sufi..dari sifuku daku dibuka jalan menuntut ilmu..jasa sifuku akan ku kenang..

banyak yang daku dengar tentang orang-orang yang mahu mengikut jalan ahli sufi ni..ada yang sesat,,ada yang gila dan macam-macam lagi la..dri ini sedar akan risiko yang akan ditempuhi,,tetapi dri ini juga sedar yang dri ini jahil tentang ilmu mengenal Yang Maha Esa..dari pendapat driku yang jahil ini,,ilmu mengenal Allah ini wajib hukumnya..jadi walau apa pun risikonya,,perlu juga ditempuh..moga Allah permudahkan daku..ibarat naik kereta..kita tahu yang menaiki kereta terdedah dengan kemalangan jalan raya yang mengerikan..tetapi adakah hanya kerana itu,,kita harus menolak menggunakan kereta untuk kemudahan perjalanan???

daku dah lupa dari siapa daku tahu atau dari mana daku baca..tapi bunyinya lebih kurang begini,," dalam beramal,,jangan kerana mahu menjadi wali,,tapi beramallah kerana mahu menjadi hamba Allah.."

No comments: