Friday 6 May 2011

Persediaan

baru-baru ni tersedar akan sesuatu..negara kita memang aman..dan daku berharap akan sentiasa aman..tapi adkah hanya kerana aman,,kita tidak perlukan persediaan pertahanan?? sudah tentu tidak..disebabkan kita aman juga lah kita perlu menguatkan sistem pertahanan negara kita ni..adakah cukup hanya kekuatan dari askar-askar kita sahaja?? dalam konsep mempertahankan tanah air ini tidak boleh hanya disandarkan hanya pada askar-askar kita,,tetapi semua warga negara kita..dan ni lah masanya untuk kita belajar bersilat atau apa-apa seni beladiri..

ingatkah lagi peristiwa komunis mengganas dulu?? ramai yang mati terkorban..cuba kita bayangkan jika kita semua tahu bersilat..kemungkinan besar jumlah yang terkorban akan berkurang..adkah anda bersetuju dengan pendapat daku?? siapkan lah segala macam kekuatan pada dirimu wahai saudaraku..kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan..keamanan yang dikecapi sekarang sering menimbulkan perasaan benci pada musuh-musuh kita..beringatlah..jika tiada gerangan Panglima Kiyai Salleh di Batu Pahat dulu,,bagaimana rasanya?? kerana beliau lah bisa komunis mula terubat..kerana penangan parang terbang beliau lah timbul kekuatan dari bangsa melayu khususnya..dan perlu ingat,,Kiyai Salleh seorang guru silat

trajedi 13 Mei juga tidak kurang hebatnya..negara yang sudah merdeka dan sudah merasai keamanan juga pernah di robek..hanya timbul perasaan takut yang menyelubungi di ketika itu..walaupun diri ini belum lagi wujud dikala itu,,tapi cukup bila mendengar kisah dari keluargaku sudah mula menaikkan semangatku untuk terus membela agama,bangsa dan negara..

sebab ni yang buat daku makin bersemangat nak bawak ilmu buah pukul ke kampung halaman..biar semua anak muda tahu bersilat..dalam bersilat selitkan tentang nilai murni..moga-moga daku dan seluruh penduduk kampungku khususnya dan seluruh bangsaku umumnya pandai menjaga maruah diri..tak de lah anak muda yang asyik merempit dan jadi gengster je..jadi gengster berani,,suruh mengaji takut..hehehe..

daku dalam permainan tangan kosong MUNGKIN sudah cukup untuk menjaga diri..tetapi dalam permainan persenjataan masih belum cukup lagi..perlu belajar lagi..walaupun pada hakikatnya apabila sudah boleh bermain buah pukul tangan kosong,,maka secara automatik sudah boleh bermain pisau,,keris,,kerambit dan macam-macam lagi senjata yang berukuran bawah sehasta..adakah kalian tidak percaya pernyataan ku ini??? daku yakin bagi mereka yang sudah belajar ilmu buah pukul akan percaya kataku..

siapkan diriku dan kalian dalam menentang musuh-musuh..dan ingatlah bahawa iblis dan syaitan adalah musuh kita yang nyata..dari mereka yang terkutuk inilah timbulnya huru-hara dari kalangan anak-anak Nabi Adam..mari belajar silat khususnya ilmu buah pukul..siapkan diri kita sebelum terlambat..

p/s : niat nak belajar main parang la sekarang...mintak tolong sifu ajar lah..dulu belajar tak habis..

No comments: