Saturday 22 January 2011

Jelez

sifat cemburu memang tak boleh lari dari hati manusia yang serba hina ni..tak banyak sedikit pasti ada..mari kita imbau kembali sejarah anak-anak moyang kita dlu..Habil dan Qabil,,anak kepada moyang kita Nabi Adam a.s. kerana hanya sifat cemburu akan saudara sedarahnya sendiri,,Qabil sanggup membunuh Habil..daripada kisah ini saja kita boleh lihat bahawa sifat cemburu adalah salah satu daripada pintu gerbang bagi tentera-tentera iblis mengacau jiwa setiap daripada anak cucu Nabi Adam a.s. hehehe..ada macam ustaz kan??? dah lama tau tu,,just hari ni je baru nak war-warkan pada orang ramai..eh,,cop-cop...ni bukan sifat sombong ke??? adoi,,hamba tersilap,,mari kita tengok sikit definasi bagi sombong..sifat sombong boleh diertikan sebagai satu sifat yang menganggap bahawa dirinya besar ataupun berkuasa seterusnya menganggap bahawa orang lain hina,lemah,,dan sebagainya yang boleh dikaitkan..kita bukak sikit Al-Quran ye,,

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

kalau salah surah tolong betulkan,,ni copy paste dari internet je..maafkan saya..diri ini bukan ustaz,,tapi hanya hamba Allah yang hina yang hanya memandai..sekali sekala kena gak ingat agama kan?? yeke sekali sekala je kena ingat agama?? kena selalu la..adoi,,sekali lagi hamba tersilap..maafkan saya..haa,,kan dah cakap tadi yang diri ni bukan ustaz,,memang conferm banyak salah dan silap laa..saya pinjam kata-kata dari Guru Nurulzaman,,pengasas Silat Sabil Inderasakti

"Sejauh mana kita belajar ilmu kuat, yang kuat tetap Allah.. kenapa belajar ilmu kuat, sedangkan rasullullah mengajar mencari ilmu mendapat perlindungan dari Allah. Sekuat-kuat Makhluk, kuat lagi penciptanya...cari lah ilmu mendapat perlindungan dari ALLAH selamat Dunia dan Akhirat."

sebenarnya diri ini nak bagitau yang diri ini dah ada sifat jelez..jelez pada siapa??? jelez kek sifu den yo ha...hehehe..mana tak nye,,sifu diri ini sekarang dalam proses belajar Lian..Lian Padukan if tak silap..sifu ni kalau nak ikut beza umur ngan yang empunya diri memang jauh beza..bukan lah nak cakap yang diri ini dah berumur,,just nak cakap yang umur sifu dah masuk line golongan yang penuh pengalaman (cikgu,,saya tak cakap cikgu tua ehh,,cakap berpengalaman)..best dapat jumpa dengan orang yang berpengalaman ni,,die banyak story..banyak gak yang leh amik ikhtibar..kadang-kadang kalau betul gaya,,leh dapat ilmu baru..haa,,ni lagi satu salah ni..rapat ngan sifu atas niat nak ilmu semata..bukan kerana nak merapatkan ukhuwah sesama insan...sekali lagi diri ini silap..dah berapa banyak silap dalam entri kali ni ha?? siapa dapat kira,,saya bagi 1 markah..bagi markah je la yang mampu..nak bagi duit,,diri ini kedekut..kedekut ni salah gak tau..

patut la bila baca blog orang lain banyak iklannya,,coz sedap melalut ni..yela,,blog kita sendiri kan..tulis jela..jangan tulis benda yang boleh membawa provokasi dah..ok,,sambung balik..jelez diri ini bila dengar sifu now masih rajin bergelanggang..coz diri ini memang pemalas dalam bergelanggang..kursus intensif boleh lah..sampai ke kuala kangsar pun sanggup redah..hehehe..dalam blog sifu,,die ada cakap yang nak bermastautin dalam Lian..silat baca blog Pukulan-Clans ye..de link kat sebelah kanan tu..klik je..tahniah kepada sifuku kerana masih rajin dalam bergelanggang..saya??? kemungkinan nak stay dalam Silat Setiabakti..tapi sebelum tu nak amik dulu apa-apa yang tak habis belajar dalam Buah Pukul Mat Kelang..someday nak gerak tengok Guru Abas kat Selandar,Melaka..antara guru dalam permainan Buah Pukul Mat Kelang..dengar-dengar kejap je nak habis buah..tapi tak tau la..kalau asyik sumbang je pelebat nak cepat habis macam mana kan??? kisah Guru Abas ada dalam blog Warisan Pukulan Mat Kelang..nanti tengok la tau..ok,,rasa sampai disini je yang mampu ditulis..dah kering dah idea..Assalamualaikum dan semoga berbahagia hendaknya..entri kali ni lebih kepada nak promote blog lain je sebenarnya..

p/s: ada orang tanya buah pukul ni silat ke?? den jawap yang buah pukul ni petua..kadang-kadang cakap buah pukul ni tinju melayu..bab-bab ni lemah sikit..

No comments: